Search
User Online
What time now ?
Calendar
Profile
- Ellysu Bahari
- seorang gadis yang berkecimpung dalam dunia elektrik.seorang yang workhalic dan pada masa yang sama isteri kepada Shahrul Nizwan
Facebook Badge
Followers
Categories
- Addin~Islam (5)
- Aku dan Dia (21)
- Aku Sewel~ (1)
- Bengang (2)
- Info Kesihatan (2)
- Karya Cetusan lhamku (3)
- Kerjaya Saya (3)
- Lembaga Letrik Negara (19)
- Lirik Lagu (8)
- M.Y.V.I.A.N.S (3)
- Marah (1)
- Movie (7)
- My Engagement (1)
- My Happy Family (34)
- Pelbagai (20)
- Persediaan Bride To Be (8)
- Rentetan Hidup (40)
- si kecil ku (1)
- Tekanan (6)
Love aNd Family
Dunia Blog Rakan
-
Contoh Surat Lamaran Pt Kpsg2 years ago
-
stackable jewelry trays4 years ago
-
-
-
-
-
Magik (2016)8 years ago
-
-
jodoh10 years ago
-
Ada rasa....10 years ago
-
-
-
-
-
-
-
Totally Update13 years ago
-
-
planning gi sabah13 years ago
-
-
-
KAMI BERPINDAH14 years ago
-
-
.............????15 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Dunia Blogger Famous
-
Tanda tanda mata sudah rabun !6 days ago
-
-
Hello world!1 year ago
-
-
-
-
Dah besar dah7 years ago
-
Apa yang ada di FAMILYMART?7 years ago
-
Comeback : Life After Marriage 29 years ago
-
Pasal Toujours Advanced Collagen Shots9 years ago
-
kontradiksi11 years ago
-
-
Shopping Online
Blog Archive
IKLAN
Malaysiakini
Kata Hikmah
JaLan-jaLaN Night SaFari Zoo TaiPing
Tercapai jugak niat aku nak bawak Abah merasa pegi ke Night Safari Zoo Taiping nih.. Lega sebab dah tunaikan pe yang dia teringin nak pegi. Nak belanja family pun dah. Mulanya was-was nak pegi sebab keadaan cuaca hujan jer..pun renyai-renyai. Tapi pas solat maghrib kat Masjid Taiping tu tengok cuaca macam dah ok. So,2 kereta ni pun bergerak la ke Zoo Taiping. Pak Sham memang expert bab jalan Taiping nih. Aku juz follow dia je la..Orang lain dok que tunggu train..Kami sekeluarga..exercise ..semua jalan kaki. dah lama-lama jalan. Mak abah mula la sakit dan lenguh-lenguh kaki. Tapi mak gagahkan jugak..Jalan..Akhirnya sampai ke penamatnya..Caya Mak ! caya Abah. Bukan mak je..termasuk lah aku..kaki tak ingat nye lenguh.rasa macam tak lalu nak tekan pedal minyakkkk...huhuhu (0_0)
Kopitiam My TaSte
Masa : 10pm - 12am
Kopitiam ni pelik lorr.. bekas2 untuk minuman dia sume nya lain macam. ada yang macam jug bunga,ada yang macam balang kuih.. Sekali pandang bekas air Ara tu teringat kat Kak Yang & Abah yang bela ikan laga dalam balang tu..hahaha.. tuan-tuan minuman bergaya di samping gelas-gelas minuman yang unik
Along di samping watermelon juice dan Iwan di samping Milo Ice nya..terselit gambar chicken chop Iwan..sedap ke Iwan?????
Hah tu dia Tom Yam Seafood aku..Dah la panass..pedasss...banyak...tak mampu aku nak habiskan..sebab bihun dia dah kembang..sampai kuah-kuah tomyam kering lorrr..
Ini adalah Toh Puan Muda Ara Azra yang sedang memegang bil .. Mau payung ka ??Cehh posing jerr...hahaha..tidak..malam ni Orang Kaya kami adalah Datin Along ! Thanks Along..Semoga murah rezeki ..
B.O.S.A.N
krismas..aku keje..kejenya nak g normalise system yang breakdown isnin tu dengan Pomen Saleh .. ada jugak la OT bulan ni..jadi lah demi menampung kehidupan seharian ni..
Bosan ! Bosan !
Nak keluar kemana aku pun tak pasti..Cuma ape yang pasti.aku still meniarap di atas katil bujang aku ni mengadap laptop .Mengadap facebook..layan forum..
Agak2nya.tido jelah aktiviti aku untuk malam ni kot.. hehe..
Tapi kan..tak sabar menanti hari Sabtu ni..Sabtu ni nak g wedding Huda..ex-classmate aku kawen kat Taiping. Pastu balik kampung direct bercuti sampai cukup tahun.. Best ! Best ! time tu ..
aku nak lupakan semua kerja..low voltage ke..rentis ke..tukar bare pegi ABC ke..yang aku tau..nak rehat2 ..bersenda gurau dengan family..kalau ada rezeki..nak bawak mak abah g jenjalan dan shopping sementara duit bonus ni ada..
Mak..Abah..don't noty2 kat kampung tu..
tunggu Elly balik yerrr..
(,")
Filem Avatar
Filem ini mengisahkan kerakusan manusia dalam mengejar kekayaan sehingga sanggup merosakkan keharmonian sebuah planet lain yang dinamakan, Pandora. Pandora adalah sebuah planet yang didiami oleh makhluk yang bergelar Na’vi, sejenis makhluk berwarna biru dan mempunyai ekor. Pandora merupakan planet yang sangat cantik dan unik, lagi-lagi apabila waktu malam kerana ianya bercahaya. (Rasa-rasa memang berbaloi kalau menonton dengan 3D.)
Avatar karya pengarah terkenal James Cameron sudah mendapat pujian melambung dari pengkritik filem dan para media sebelum ditayangkan lagi. Semasa tayangan perdana filem itu di kota London, Jumaat lalu, Avatar mendapat sambutan menggalakkkan hingga ramai yang memberi status lima bintang kepada filem ini.
Cerita yang dihasilkan dari teknologi canggih 3D (tiga dimensi) karya pengarah yang pernah menghasilkan Titanic, filem terhebat 1997, Avatar adalah sebuah filem termahal pernah dihasilkan, dengan kos sebanyak USD400 juta.
Filem ini akan ditayangkan serentak di semua pawagam di seluruh dunia pada 18 Disember nanti. Studio filem 20th Century Fox akan meraih keuntungan yang lumayan.
Filem ini berjaya membawa teknik efek visual yang mengagumkan, teknik rakam gerakan (motion-capture), penataan muzik dan suara. James telah mengubah filem-filem fiksyen ilmiah era abad ke-21 menjadi keajaiban yang menakjubkan dalam Avatar.
Adegan perang di akhir filem selama 20 minit benar-benar menakjubkan. Avatar menceritakan perang untuk mempertahankan cara hidup kaum Na'vi yang tinggal di hutan, melawan operasi pertambangan kolonial di planet mereka.
Perkara Yang Sunat Dilakukan Pada Hari Asyura
1. Melapangkan masa / belanja anak , suami & isteri2
fadhilat - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.
2. Memuliakan fakir miskin
fadhilat - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.
3. Menahan marah
fadhilat - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang redha.
4. Menunjukkan orang sesat
fadhilat - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.
5. Menyapu / mengusap kepala anak yatim
fadhilat - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang di sapunya.
6. Bersedekah
fadhilat - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari
kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.
7. Memelihara kehormatan diri
fadhilat - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.
8. Mandi Sunat
fadhilat - Tidak sakit (sakit berat)pada tahun itu
lafaz niat : 'Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala'
9. Bercelak
fadhilat - tidak akan sakit mata pada tahun itu.
10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir seribu kali
fadhilat - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah diakhirat nanti.
11. Sembahyang sunat empat rakaat
fadhilat - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya.
lafaz niat : 'Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala'
Pada rakaat pertama dan kedua selepas fatihah di baca Qulhuwallah sebelas kali.
12. Membaca
'hasbiyallahhu wani'mal wakil wa ni'mal maula wa ni'mannasiiru'
fadhilat - Tidak mati pada tahun ini .
13. Menjamu orang berbuka puasa
fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.
14. Puasa
Niat - 'Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala'
fadhilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka
Nak pergi ke tidak???
Sedar tak sedar dah 6 tahun meninggalkan arena persekolahan.. Kejap je masa berlalu. Yang dulu nya seorang pelajar elektrik vokasional .sekarang dah mempunyai keje yang stabil.So far,alhamdulillah..aku di kurniakan job yang tak lari dari bidang yang aku pelajari dan ceburi.
So, 30hb ni ada gathering aka reunion SMTSI.. nak join ke tidak.. Mari kita fikirkan2kan.. tak pergi..rasa rugi..ramai ke yang join?? macam2 dalam kepala aku ni.. Susah2 pergi je la..bawak mak abah sekali berunion.. hahaha..k cau sin..jumpa lagikk..
Filem Santau
Sinopsis:
Sepasang suami isteri, Halim dan Nina bersama anak perempuannya Tuti hidup dalam keadaan selesa di sebuah perkampungan Melayu moden. Halim sentiasa menjadi contoh di kalangan masyarakatnya kerana berjaya dalam kerjaya dan suasana rumah tangganya yang harmoni. Di sebelah rumah mereka tinggal sepasang suami isteri, Husin dan Ana, dan di sebelah satu lagi adalah rumah kosong yang sedang menanti orang untuk menyewa. Selepas jiran baru berpindah bersebelahan rumah mereka, keluarga Halim mula dihantui oleh kejadian aneh dan menyeramkan di dalam rumah mereka.
Bermula dengan Tuti yang terlihat pelbagai kelibat misteri sehinggalah kepada Nina yang sering mengalami kejadian pelik yang belum pernah berlaku selama ini. Semuanya berlaku apabila Halim tidak berada di rumah. Halim sangat sibuk dan menghabiskan masanya di luar sehingga lewat malam. Nina mula berubah sedikit demi sedikit daripada seorang isteri yang baik dan rajin menjadi seorang yang malas dan panas baran. Setiap hari ada sahaja perkara yang berlaku yang mampu meretakkan hubungan keluarga mereka. Sebagai seorang yang berjaya, Halim tidak begitu mempercayai wujudnya benda ghaib dalam rumah mereka apabila Tuti mengadu padanya. Satu hari Nina mula mengalami sakit perut yang amat sangat dan Halim membawanya ke klinik. Doktor mengesahkan Nina mengalami gastrik. Bagaimanapun Tuti mengesyaki ibunya mengalami gangguan benda halus. Satu malam, Halim berkejar pulang apabila diberitahu Nina dirasuk dan menjerit-jerit. Akhirnya Halim membawa Nina berjumpa bidan kampung. Bidan tersebut mendapati Nina dan Halim telah menerima SANTAU kerana perasaan dengki dengan kebahagiaan dan kejayaan mereka.
Sesuatu yang di luar jangkaan Halim telah terungkai dan ia amat mengejutkan.
Bagaimanakah Halim menangani masalah keluarganya? Siapakah yang sebenarnya dalang di sebalik masalah menyeramkan ini?
Saksikan kisah dan kesudahannya dalam SANTAU.
Moral Of The Story : Hidup sebagai manusia ini kena berhati-hati,sebab kadang-kadang orang yang hampir dengan kita la yang tikam kita dari belakang.
Servey Kasut Ivy
Hmm..tinggal beberapa hari je lagi..dah nak masuk tahun baru..Bila masuk tahun baru..Maka iVy EboNy BlaCk pun bertambah tahun nya.. Kesian tengok iVy..Kawan-kawan yang sama kuar dengan iVY sume dah ada kasut baru..iVy je pakai kasut standard lagi.Setiap kali nak tukar ada je halangan.So,riNi..secara tak sengaja..aku teman Anyah tukar tayar Sang Kancil dia..aku pun sempat tengok2 Kasut untuk iVy tercinta aku ni..Aku macam terjatuh cinta dengan kasut yang first tu..Sesuai ke idak ye..ermm kita serah pada yang pakar untuk menilai nya..
f.i.N.a.L SeM II
Pagi-pagi lagi aku dah ada mood nk updated blog ni.
Sekejap je Sem II aku hampir berlalu.. Sem II ni, dua paper je bawak final iaitu Paper Mikropemproses dan Baikpulih Senggaraan.Tinggal satu paper je lagi nak habiskan sem ni. Paper Mikropemproses dah pun berlalu 7hb hari tu.. Tawakal jer la untuk paper tu sunggupun markah yang aku kira-kira tahap nyaw ikan coz soalan-soalan nya nauzubillah susah bangatt..Susah hati memikirnya.Tapi yang tersayang cakap,paper tu dah lepas dan berlalu.Skarang kita fikirkan paper yang akan datang ni.. Baik bos ! dengan semangat ciput ni..aku gagahkan jugak study untuk second paper 16hb ni..
Huhh.. semangat2 ! chayok2 ! kul 3 pagi tadi bangun study Baikpulih.. Ape yang pasti untuk paper ni aku akan jawab soalan 1 ..soalan 2 .. soalan 3.. tapi yg keempat ni aku tak pasti nk score soalan 4?soalan 5?atau 6? ahhh confius...penin den ..
Derita Merindu by Ahli Fikir
Kau katakan cinta gunakan akal
Bila aku gunakan
Kau yang menyangkal
Bagaimana nak kekal
Kau katakan cinta gunakan minda
Bila aku gunakan
Kau yang tak percaya
Bagaimana nak bahagia
Maafmu tak bererti
Kau mudah sesali
Berulang kali telah kau mungkiri
Manis mulut berjanji terpedaya lagi
Menanti biar terus didustai
Chorus
Kaulah bahagia (bagiku)
Kaulah derita (bagimu)
Esok lusamu
Tak ku kenal lagi engkau siapa
Dan aku cuba sedaya upaya
Telah ku usaha dengan sepenuh jiwa
Bagaimana hendak ku lupa
Bayangan wajahmu selalu di depan mata
Harum baumu masih dapat ku hidu
Bagaimana ingin aku membencimu
Jikalau setiap hari merindu
Sekiranya derita merinduimu
Itu sebenarnya bahagia
Aku pilih derita
Ulang Chorus
Mungkinkah esok atau lusa
Walau biarpun lama
Akan ku biar tiada
Ku tetap kan setia
Entah bila akan tiba
Sampai jua harimu yang sama
Esok seperti semalaman yang tak berubah
Kaulah tanda tanya
Kau tiada titik noktah
Ku dibuai mimpi lena
Dikejut igau semula
Kaulah tanda tanya
Kau tiada titik noktah
Ku dibuai mimpi lena
Dikejut igau semula
Seandainya kau berada di depan mata
Mudah untuk aku berkata-kata
Supaya dapatku melihat seraut wajahmu
Walaupun belum tentu kau mahu bertemu
Apalagi memandangku
Setelah ku turutkan segala kemahuan
Kau mainkan perasaan
Begitu mudah kau ucapkan
Terimalah saja kenyataan
Aku masih terkilan
Maafmu tak bererti kau mudah sesali
Berulang kali telah kau mungkiri
Manis mulut berjanji terpedaya lagi
Menanti biar terus didustai
Ulang Chorus 2X
Jika kau dapat memahami
Hati seorang perindu
Baru kau tahu derita hatiku
Jika suatu hari nanti giliran kau merindu
Baru kau ingat derita diriku
Segala yang berlaku bukan kemahuanku
Apa gunanya bahagia
Jikalau bahagia bersamamu
Hanyalah untuk sementara waktu
Aku pilih derita merinduimu
Maafmu tak bererti
Kau mudah sesali
Berulang kali telah kau mungkiri
Manis mulut berjanji terpedaya lagi
Menanti biar terus didusta
Parit Mat Ali ..tunggu kedatangan sayeeee~
Petang ni time on the way balik dari kursus , tetiba teringat kan roommate zaman Poli dulu nak kawin sabtu ni. Nak pergi takde kawan. Nak ajak seseorang dia pun ada hal dia. hmmm...Hati berbelah bahagi,nak pergi ke tak.. Kalau tak pergi,tak sampai hati pulak. Aini dah ajak dua tiga kali ,tu hari dah la tak dpt pegi Atie kawin sebab time dia kawin aku ngah ada exam.
Sorang - sorang roommate zaman poli aku kawin.. Mula dengan Atie .. pastu Aini lak .. pastu Huda.. tinggallah aku dan Kecik jer still single..hahaha...takpe2..bagi dorang jalan dulu. Coming soon aku dan Kecik bakal menyusul..eh yeke???
Jap tadi Atie call ajak g kenduri Aini kat Segari Sabtu ni..aku macam segan je nak join. Yelah,Atie kan pengantin baru..dah tentu dia g dengan hubby dia..sekali dia cakap
"Azmil takde Sue,kita g single jer la..Pun Azmil kat Kluang dia dah bg greenlight",kata atie..
Atie pun tak sampai hati tak g wedding Aini ni,coz Aini mai time dia tunang dan kawin.Maka on la program yang kami rancangkan. Malam besok aku akan tido di rumah Atie di Parit Mat Ali ,pagi2 sabtu baru kami bertolak ke Segari. tak sabar rasanya nak pergi umah Atie ni,sebab aku nak pergi dari zaman poli lagi tapi tak penah2 sampai..dari Atie bujang sampai la Atie dah tukar status ni..yang bestnya rumah dia tengah-tengah bendang.jadi dah tentu sesi bergambar akan di adakan..hehe..
Doakan perjalanan kami berdua selamat sampai ke destinasi yang kami tuju ye..
wasalam...
The Twilight Saga.. New Moon
Pengarah : Catherine Hardwicke
Penulis Novel : Stephenie Meyer
Genre: Fantasi, seram, drama
Pelakon: Robert Pattinson, Kristen Stewart, Kellan Lutz, Michael Welch, Peter Facinelli, Taylor Lautner
Tayangan Umum: Mulai 27 November 2008
Sekali Imbas
Ia tentang percintaan pontianak dan manusia biasa yang di adaptasi daripada novel popular karya Stephenie Meyer. Twilight bukan sebuah cerita seram yang ekstrem, sebaliknya lebih bertumpu kepada jalinan rasa cinta sepasang kekasih.Aksi terbang dan panorama indah perkampungan Forks, Washington, terutama ketika Edward dan Bella bergayut di atas pokok berjaya membuai perasaan penonton
Kisahnya bertumpu kepada Bella (Kristen Stewart) yang dihantar untuk tinggal bersama ayahnya di sebuah pekan kecil di Forks, Washington, apabila ibu Bella berkahwin lain.
Di sana dia bertemu seorang jejaka yang amat tampan dan tidak pernah diimpikannya, Edward Cullen (Robert Pattinson). Pemuda itu nyata menarik perhatian Bella dengan IQ dan karektornya.
Bella dan Edward jatuh cinta dalam suasana yang sungguh luar biasa apabila gadis itu mengetahui Edward ialah seorang pontianak. Namun, Edward tidak mempunyai taring serta tidak minum darah manusia kerana keluarganya memilih cara hidup yang berbeza iaitu memakan haiwan.
Bagi Edward, Bella ialah gadis yang ditunggu-tunggu selama 90 tahun iaitu untuk menjadi pasangan sehidup semati. Namun, semakin mereka rapat, semakin kuat Edward perlu melawan nafsunya untuk melakukan sesuatu yang di luar batasan kepada gadis itu.Perjalanan cerita nya agak lambat tetapi penuh makna, percintaan antara manusia dengan pontianak dan serigala bakal berlaku..Saksikan di pawagam berhampiran..
Di bawah ini salah satu aksi penonton selepas tengok movie ni..haha
p/s dari Boy : Kalau aku jadi Bella,sudah tentu aku akan pilih serigala jadian tu dari si Edwars Pontianak.. hahaha.. ada hati nak jadi Bella ye Boy.
SeCoNd FamiLy ProJecT~
Huhh macam gempak je bunyi title posting aku kali ni eh? hehe..Yang realiti nya takde ape la sangat pon..Ni la second Kolam Ikan family aku..Kolam first buat kat lombong jer..Ni try wat kat tanah area kebun sawit abah..Kolam yang bikin sendiri ooo. seharian bermain lecah.. Dari awal pagi sampai la petang..Pagi tu jugak,aku rasa macam jointer dengan anyah..rasa macam duduk dalam joint pit la plak..tapi bukan untuk join kabel HT..tapi untuk join paip PVC abah untuk di jadikan saluran air lalu. haha. Letih dan panas terik mula meyelubungi..dahaga nya tekak ni.. 2 botol air mineral dah abes di kongsi 3 beranak ni..nak balik rumah macam malas..tahan je lah sampai makan tengah hari.. Menung punya menung ..akhirnya kolam utama dah siap di korek oleh trektar.tinggal nak touch up sikit2 jer lagi.Ingatkan pas mandi dalam pukul 3 petang tu dah boleh rest la..hujan dah renyai,sekali abah ajak g kolam daaa,katanya nak betulkan pagar kawat berduri tu..Dalam malas-malas pun ,aku akur akhirnya..tak sampai hati nak cakap "tak nak pergi la abah".Naik la kapchai mak dalam hujan renyai,2 beranak menuju ke kolam.. Letih Tuhan je tahu,tapi betulkan jugak la pagar kebun ni.Kang masuk lak kambing-kambing Opah Midah..abis lak di telan nya pucuk sawit yang baru abah tanam ni. Bukan senang nak buat,ye le kederat perempuan kan tak sama dengan laki..tarik-tarik..pagar kawat duri tu kendur jugak..last sekali abah mintak tolong cina bawak trektar tu yang bantu dia..hehe..Sorry abah..Elly jadi Pak Pacak je la.. tapi puas akhir nya kolam-kolam ini siap di buat.. Terpancar kegembiraan di riak muka abah tatkala kolam nya mula di penuhi air.. So,pasni abah jangan boring2 lagi.. Kolam Ikan Fasa II abah dah hampir siap .tinggal nak pasang filter air dan lepaskan anak-anak ikan ..Steady Abah ! Anak2mu menyokong sepenuhnya .. Sorry kepada semua..sebab kualiti picture untuk posting kali ni kureng bagus..pakai kamera henpon jer..orait..adios semua...tata~
Kes Main Lumpur !
Ni lah kerja nya 3 anak saudara saya .. Sungguh dasyat wajah-wajah mereka selepas bertransformasi menjadi Zombie.. Semua ni jadi time pembikinan kolam ikan abah kat kebun. Memasing mendapat green light dari Tok dan Papa masing-masing.. Hah pe lagi..semua pakat terjun dalam kolam lumpur abah ni..siap guling-guling dan kuak lentang lagi si Danish, V agak malu-malu dan takut pada mula nya..
tapi bila atok cakap " baring dan guling lagi v" hah... berdesup guling dorang ni..
Si adriana lak mungkin dia ingat kat spa kot..so,dia duk bersimpuh tepi tu then amik lumpur-lumpur tu rata-ratakan kat tangan.. hahaha..sungguh lawak.. orang sibuk dok tgh trektar korek tanah,dorang duk berkubang.. pastu saya pun dah tak lalu jadi Mak Pacak tgk aktiviti dorang tu saya ajak semua naik,balik mandi.. Balik je umah, kena bebel dengan Opah nya la..hah..amik korang..Pekak kan telinga tu.. Sian lak Mama tengok memberus kaki badan sorang demi sorang.. haha..ni la kisah anak2 saudaraku yang hyper
Setahun Iman Syuhada dalam hidup kami...
Salam..pejam celik pejam celik cukup 2/12/2009 ni Nurul Iman Syuhada genap berusia setahun. Dikurniakan muka yang comel dan cute.Sungguh bertuah rasanya memiliki Iman dan menjadikan Iman sebagai salah satu dari ahli keluarga kami. Uncle Shahrul aka Pak Bek pun sayang kat dia..
Malam ni malam raya,kami adakan majlis meraikan Iman setahun secara sederhana..Jadi lah Iman,tak prepare pun nak buat,petang tu Mak Nyah Iman (Cik Nor) kelam kabut rushing g beli kek dia..Thanks Cik Nor..Tak lama pastu Makde,Pakde,Ibu dan Abg Long Iman pun sampai..
Tapi party girl nye meragam,maklum la time ni Iman tengah sakit mulut..
so,dia agak bad mood la bila rambut nya di sepit-sepit..dengan orang ramai dan riuh rendah nya.. hehe..
Ape-ape pun Iman,Acu ucapkan
Selamat Hari Lahir ..
Semoga Iman gembira bersama family di sini..
M.o.U.S.e
Ni bukan cerita pasal tikus binatang..tapi cite pasal tetikus PC kat opis.. huhh..sakit hati dan tetikus ni buat aku takde mood je nak wat kerja. 1st aku pakai mouse sedia ada (colour putih),bila nak drag ke tempat lain cursor nya tak gerak2 .. takpe la..tukar mouse second (colour hitam),dengan penuh harapan..mouse second ni agak senang nak kesana kemari semua nya ok. tapi bila nak right click, tak function lak.. masalah lagi. Kerja urgent tak siap2 lagi sebab gara2 mencari mouse baru..apply kat admin belum tentu dapat hari ni.. Jadi aku ambil keputusan untuk pinjam Pomen Saleh aku punya mouse, sebab dia je yang takde kat opis wat masa tu.. tapi time aku nak ambil mouse ni punya la susah..sampai kena bersila2 bawah meja Pomen semata2 nak disconnect kan mouse tu dari CPU dia.. Yang kelakar nya si Yus bule capture gambar aku time aku merembat mouse ni..Hampeh nye Yus..haha
ReaDiNg oH ReAdiNG !
Hari ini , semua technician dari gred TTO9 sampai la gred TT 14..semua chill out ambil bacaan beban di tiap2 Pencawang Masuk Utama (PMU), Pencawang Pengagihan Utama (PPU) dan Stesen Suis Utama (SSU) sekitar Banting, Teluk Panglima Garang,Dengkil dan Tanjung Sepat.. hehe.. Office leh katakan kosong la..tinggal Unit Operation (PPB) dan kerani2 je yang ada..
So,rini aku akan ber'reading' dengan Akma.. My partner dalam Unit Maintenance ni. Aku dan Akma akan reading di 3 tempat iaitu PPU TPG 1 , PPU TPG 2 dan SSU Kaw B .. huhh.. parah gak reading kat 3 tempat ni. dah la jarak dari satu2 tempat tu agak jauh.. Sejam sekali nak kena ambil lak tu.. Parah2 pun akhir nya ambil jugak la..
Starting dari pukul 10 pagi sampai la 10 malam kena ambil bacaan dekat tiap2 breaker tu.. Aku terpaksa bertolak lewat sebab nak tengok shutdown new injection aku kat P/E R/M Tongkah tu..Habis breakfast,terus pegi Tongkah..Abis Tongkah,dah bagi briefing kat kontraktor dan penyelia aku..aku pun gerak ke Teluk Panglima Garang untuk menjalankan tugas aku hari ni. Ambil reading di setiap breaker..Ayuh kita mulakan dengan bacaan bismillah.. 1..2..3..
Hantaran Al-Quran
“Sini pun cantik juga. Warna unggu keemasan. Mana satu kita nak beli nih” balas Nabil
Mereka sedang asyik mencari bahan-bahan untuk dibuat hantaran. Tinggal satu lagi yang masih dicari-cari iaitu AlQuran yang bakal dijadikan hantaran.
“Tapi, yang ni lagi best, ada terjemahan arab” keluh Jamilah.
“ Ala , awak bukan reti pun bahasa arab” jawab Nabil. Tergelak Jamilah. Berbahagia rasanya dapat calon suami seperti Nabil. Prihatin.
“Apa yang saudara cari tu. Nampak seronok saya lihat” tegur pakcik berbaju putih. Jaluran baju ke bawah menampakkan lagi seri wajah seorang pakcik dalam lingkungan 40-an..
“Oh, kami cari AlQuran. Nak buat hantaran Maklumlah, nak bina masjid” sengih Nabil. Jamilah ikut senyum tidak jauh dari situ...
“Oh. Bagus lah. Adik selalu baca waktu bila?” pakcik menyoal sambil tersenyum.
“Aa.. aa.. lama dah saya tak baca, pakcik“ teragak-agak Nabil menjawab. Jamilah sudah di sebelah rak yang lain.
“Kalau gitu, tak perlu lah beli AlQuran kalau sekadar hantaran. Kesian ALQuran. Itu bukan kitab hiasan, dik” tegur pakcik berhemah.
“Alah, pakcik nih. Kacau daun pulak urusan orang muda. Kami beli ni nak baca la” tiba-tiba Jamilah muncul dengan selamba jawapannya.
“Oh, baguslah. Kalau gitu beli lah tafsir ArRahman. Ada tafsiran lagi” cadang pakcik. Mukanya nampak seperti orang-orang ahli masjid.
“ Ala , besar lah pakcik. Kami nak pilih nih. Kiut lagi” senyum Jamilah mengangkat bungkusan AlQuran warna unggu keemasan. Saiznya kecil.
“Jangan lupa baca ya” pakcik dengan selamba sambil meninggalkan pasangan tersebut.
“Sibuk je la pakcik tu” Jamilah mengomel.
Nabil kelihatan serba salah. Mungkin ‘terpukul’ dengan kata-kata seorang pakcik yang muncul secara tiba-tiba.
Hari yang dinantikan sudah tiba. Mereka sudah bersolek. Hari nan indah. Terlalu indah buat pasangan teruna dan dara yang bakal disatukan. Nabil dan Jamilah tidak sabar-sabar menantikan ucapan indah tersebut. Pak imam baru sahaja sampai.
“Assalamualaikum semua” ucapan salam Pak Imam bergema.
Nabil bagai hidup semula. Dirinya terkejut. Jantung bagai gugur serta merta.. Mungkin tidak percaya apa yang dipandangnya dihadapan.. Ahli-ahli keluarga berebut-rebut bersalaman dengan Pak Imam. Mukanya berseri-seri. Janggutnya putih. Jubah putih. Rambutnya ada yang berwarna putih.
“Inikah pengantin hari ini?” tegur selamba Ustaz Saad
“Pak.. Ustaz.. kabar baik, pak... usta.. ustazz..” jawab Nabil mengigil. Jamilah juga terkebil-kebil melihat kelibat orang yang dikenali di kedai buku 2 bulan lalu.
“Oh, sebelum tu, saya suka mendengar bacaan adik Nabil. Mudah-mudahan kita dapat mengambil manfaat dari bacaan pengantin” cadang Ustaz Saad. Kelihatan orang ramai mengiyakan. Maklumlah, ustaz Saad merupakan antara orang dikenali oleh ahli-ahli sebagai penceramah tetap setiap hari Khamis selepas maghrib.
Nabil menelan air liur. Baginya inilah saat paling menyeramkan bagi dirinya Peluh membasahi baju melayu satin berwarna putih.
“Ss.. su.. surah apa ustaz?” Nabil cuba mengagahkan diri. Jamilah masih melihat dari tepi tirai. Memegang kepalanya. Seperti mengagak benda yang sebaliknya berlaku.
“Oh, ayat yang mudah ja. Baca 3 ayat Surah ArRa’d” kata ustaz Saad sambil menunjukkan baris giginya yang putih hasil bersugi setiap solat mengikut sunnah nabi.
Surah Ar Rad
Surah Ar Ra'd
“Apa benda nih ” detik hati Nabil.
“ Bismillahirrahmaanirrahim..ALL..MAA... RIII..!! ” berlagu Nabil.
Kelihatan gemuruh satu rumah pengantin perempuan. Ada yang keluar dari rumah menahan gelak. Ada yang mengeluarkan air mata menahan kelucuan. Ada yang menggeleng-geleng kepala. Ibu bapa Jamilah merah padam wajahnya. Jamilah entah ke mana, mungkin berpura-pura ke tandas.
“Baru ustaz tahu ada kalimah almari di dalam ALQuran. Adik Nabil, cara bacanya seperti begini : A’uzubillahiminnassyaitaanirrajim.. Bismillahirrahmanirrahim.. ALIF.. LAMM.. MIMMM... RAA.. ” kedengar suara gemersik Ustaz Sa ’ ad. Orang ramai kelihatan ingin mendengar lebih banyak lagi alunan irama ALQurannya.
Nabil berasa seperti kilat menyambar kepalanya.
“Nabil, kamu jangan merendah-rendahkan kitab petunjuk iaitu AlQuran. Ianya hendaklah dibaca bukan sekadar dijadikan hantaran. Malah lebih malang perlakuan seperti ini seolah-olah menghina ALQuran. Beli ALQuran kemudian menaruh di tempat-tempat tinggi seolah-olah ianya sudah cukup bagi seorang muslim” tazkirah sudah bermula. Orang ramai memang senang cara penyampaian ustaz Sa ’ad.
“Tinggi mana pun kamu belajar, tiada gunanya kitab yang tidak berubah ini tidak mampu kamu baca. Kitab ini pasti begini rupanya, ayatnya tetap sama, kedudukannya tidak sama. Malah, ketahuilah Allah akan menjaganya sehingga hari kiamat. Nabil, kalau kamu tahu orang-orang yang mengaku kitab AlQuran sebagai kitab petunjuk kemudian diabaikan dia pasti dilaknat oleh AlQuran itu sendiri. Tetapi beruntungnya orang-orangnya memanfaatkan AlQuran setiap hari, membacanya, menghafalnya, mengamalkan menjadikan hati terlalu tenang walapun dia bukannya seorang yang tinggi pelajarannya, kaya hidupnya dan sebagainya..” penutup Ustaz Sa ’ad sudah dikagumi orang terutama yang mengikuti ceramahnya.
Hari semakin cepat berlalu..
Nabil sudah melalui hari-hari yang indah. Kitab ALQUran yang menjadi hantaran pertunangan sudah menjadi diari kehidupannya yang aktif setiap hari.
Pit.. Pit! Jangan lupa datang rumah ustaz malam nih. Kita belajar sama-sama. Jangan lupa bawa isteri sekali ya Nabil. SMS dari ustaz Sa’ad tiba. Jamilah senyum disisi suaminya, Nabil.
read dis..
Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) said: 'When a man dies and his
relatives are busy in funeral, there stands an extremely handsome man by
his head. When the dead body is shrouded, that man gets in between the
shroud and the chest of the deceased.
Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda : 'Bila seseorang lelaki
itu mati dan saudaranya sibuk dengan pengebumiannya, berdiri lelaki yang
betul-betul kacak di bahagian kepalanya. Bila mayatnya dikapan, lelaki itu
berada di antara kain kapan dan si mati.
Selepas pengebumian, semua orang pulang ke rumah, 2 malaikat Mungkar dan
Nakir, datang dalam kubur dan cuba memisahkan lelaki kacak ini supaya
mereka boleh menyoal lelaki yang telah meninggal itu seorang diri mengenai
ketaatannya kepada Allah. Tapi lelaki kacak itu berkata,
Dia adalah temanku, dia adalah kawanku. Aku takkan meninggalkannya seorang
diri walau apa pun. Jika kamu ditetapkan untuk menyoal, lakukanlah
tugasmu. Aku tidak boleh meninggalkannya sehingga aku dapati dia
dimasukkan ke dalam Syurga.'
Thereafter he turns to his dead companion and says, 'I am the Qur'an,
which you used to read, sometimes in a loud voice and sometimes in a low
voice. Do not worry. After the interrogation of Munkar and Naker, you will
have no grief.'
Selepas itu dia berpaling pada temannya yang meninggal dan berkata,'Aku
adalah Al-Quran, yang mana kamu membacanya, kadang-kadang dengan suara
yang nyaring dan kadang-kadang dengan suara yang perlahan. Jangan bimbang.
Selepas soal siasat dari Mungkar dan Nakir, kamu tidak akan bersedih.'
When the interrogation is over, the handsome man arranges for him from
Al-Mala'ul A'laa (the angels in Heaven) silk bedding filled with musk.
Selepas soal siasat selesai, lelaki kacak mengatur untuknya daripada
Al-Mala'ul A'laa (malaikat dalam Syurga) tempat tidur dari sutera yang
dipenuhi bauan kesturi
Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) said: 'On the Day of Judgement,
before Allah, no other Intercessor will have a greater status than the
Qur'an, neither a Prophet nor an angel.'
Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda :'Di hari pengadilan, di
hadapan Allah, tiada syafaat yang lebih baik darjatnya daripada Quran,
mahupun dari nabi atau malaikat.'
Please keep forwarding this 'Hadith' to all ....because
Sila sebarkan Hadis ini kepada semua ......kerana
Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) said:
'Pass on knowledge from me even if it is only one verse'.
'Sampaikan pengetahuan dari ku walaupun hanya satu ayat.'
May Allah bestow this favour on all of us.
Filem 2012
John Cusack
Woody Harrelson
George Segal
Amanda Peet
Danny Glover
Thandie Newton
Oliver Platt
Chiwetel Ejiofor
Sinopsis : Berlaku bencana seluruh dunia yang menuju ke hujung dunia dan mempunyai orang yang mungkin terselamat berusaha sedaya upaya untuk meneruskan kehidupan mereka.Filem ini mendapat inspirasi dari beberapa hipotesis menyatakan yang bahawa kaum Mayans purba meramalkan kiamat akan berlaku di sekeliling musin sejuk solstis 2012. Adakah benar dunia ini bakal kiamat pada tahun 2012?
Antara scene-scene yang ada :
B.U.S.Y
Unit Voltan Rendah bukan mudah untuk di ceburi, terlalu rumit Unit ni rupanya. Naik berpeluh gak la keje bab Unit ni.. So far,alhamdulillah.. Projek Shutdown New Injection akan berjalan pada 25hb ni.. Barang dah release dan keluar,notis shutdown dah create dan dah edar..Jointer dah arrange,tinggal nak shutdown jer.Shutdown eh..bukan breakdown..kang Namewee datang Banting lak wat kecoh.. hahaha
Semalam gak, aku dah nampak macam mana nak selesai 2 masalah low voltage kat Sek Madrasah Darul Fakir Morib ni dan Lorong Haji Azhor ni.. Atas jasa Pomen Saleh ..petang semalam..aku dan penyelia aku dah start ukur kabel nak lay untuk projek ni.. yeehaaa..Semoga segala nya berjalan lancar.. Doa2kan yer..
2.Nov.2009
Sekali pandang tengok kat jawatan ada tertulis "Juruteknik Senggaraan Talian Atas/Pasukan Kren Auger".. hahaha..lawak sangat2..tau kenape?? Selama ni mulut ni duk asyik sangat sebut pengendali kren auger.pengendali kren auger. Last2 dan rini aku bebetol jaga pasukan "kren auger" ni..hahaha..Yang mana tak tau..Crane Auger/Kren Auger tu lori yang kegunaan nya untuk gerudi tanah untuk tanam tiang.
Aku pun sign la surat..Igt nak handover kerja,Azmi EL sebab tak sihat..so,rini aku juz selak2 fail lama tentang Unit LV dan belajr dengan Lan untuk wat AKK..lamanya nak tunggu masa balik.. hmm bila bule balik ni.. dulu kat PPB ,kul 4 je dah boleh gedebusss balik ..ni kena tunggu pukul 5.15pm la..tepat 5.16pm..aku pun gedebus balikk..tamatlah dah hari pertama aku di position yang baru..
Tercapai jugak niat aku nak bawak Abah merasa pegi ke Night Safari Zoo Taiping nih.. Lega sebab dah tunaikan pe yang dia teringin nak pegi. Nak belanja family pun dah. Mulanya was-was nak pegi sebab keadaan cuaca hujan jer..pun renyai-renyai. Tapi pas solat maghrib kat Masjid Taiping tu tengok cuaca macam dah ok. So,2 kereta ni pun bergerak la ke Zoo Taiping. Pak Sham memang expert bab jalan Taiping nih. Aku juz follow dia je la..Orang lain dok que tunggu train..Kami sekeluarga..exercise ..semua jalan kaki. dah lama-lama jalan. Mak abah mula la sakit dan lenguh-lenguh kaki. Tapi mak gagahkan jugak..Jalan..Akhirnya sampai ke penamatnya..Caya Mak ! caya Abah. Bukan mak je..termasuk lah aku..kaki tak ingat nye lenguh.rasa macam tak lalu nak tekan pedal minyakkkk...huhuhu (0_0)
Labels: My Happy Family
Lokasi : My Taste Kopitiam
Masa : 10pm - 12am
Kopitiam ni pelik lorr.. bekas2 untuk minuman dia sume nya lain macam. ada yang macam jug bunga,ada yang macam balang kuih.. Sekali pandang bekas air Ara tu teringat kat Kak Yang & Abah yang bela ikan laga dalam balang tu..hahaha.. tuan-tuan minuman bergaya di samping gelas-gelas minuman yang unik
Along di samping watermelon juice dan Iwan di samping Milo Ice nya..terselit gambar chicken chop Iwan..sedap ke Iwan?????
Hah tu dia Tom Yam Seafood aku..Dah la panass..pedasss...banyak...tak mampu aku nak habiskan..sebab bihun dia dah kembang..sampai kuah-kuah tomyam kering lorrr..
Ini adalah Toh Puan Muda Ara Azra yang sedang memegang bil .. Mau payung ka ??Cehh posing jerr...hahaha..tidak..malam ni Orang Kaya kami adalah Datin Along ! Thanks Along..Semoga murah rezeki ..
Labels: Pelbagai
Esok krismas..aku bosan.. nak keluar shopping..jenjalan tak bley..fobia je bila naik nombor phone breakdown kat phone ni..igt kot ada breakdown HT.. so keje aku seminggu ni..memerap dalam bilik.melayan online..hmm..nasib baik broadband aku ada..kalau tak..lagi bosan teramat sangat la.
krismas..aku keje..kejenya nak g normalise system yang breakdown isnin tu dengan Pomen Saleh .. ada jugak la OT bulan ni..jadi lah demi menampung kehidupan seharian ni..
Bosan ! Bosan !
Nak keluar kemana aku pun tak pasti..Cuma ape yang pasti.aku still meniarap di atas katil bujang aku ni mengadap laptop .Mengadap facebook..layan forum..
Agak2nya.tido jelah aktiviti aku untuk malam ni kot.. hehe..
Tapi kan..tak sabar menanti hari Sabtu ni..Sabtu ni nak g wedding Huda..ex-classmate aku kawen kat Taiping. Pastu balik kampung direct bercuti sampai cukup tahun.. Best ! Best ! time tu ..
aku nak lupakan semua kerja..low voltage ke..rentis ke..tukar bare pegi ABC ke..yang aku tau..nak rehat2 ..bersenda gurau dengan family..kalau ada rezeki..nak bawak mak abah g jenjalan dan shopping sementara duit bonus ni ada..
Mak..Abah..don't noty2 kat kampung tu..
tunggu Elly balik yerrr..
(,")
Filem ini mengisahkan kerakusan manusia dalam mengejar kekayaan sehingga sanggup merosakkan keharmonian sebuah planet lain yang dinamakan, Pandora. Pandora adalah sebuah planet yang didiami oleh makhluk yang bergelar Na’vi, sejenis makhluk berwarna biru dan mempunyai ekor. Pandora merupakan planet yang sangat cantik dan unik, lagi-lagi apabila waktu malam kerana ianya bercahaya. (Rasa-rasa memang berbaloi kalau menonton dengan 3D.)
Avatar karya pengarah terkenal James Cameron sudah mendapat pujian melambung dari pengkritik filem dan para media sebelum ditayangkan lagi. Semasa tayangan perdana filem itu di kota London, Jumaat lalu, Avatar mendapat sambutan menggalakkkan hingga ramai yang memberi status lima bintang kepada filem ini.
Cerita yang dihasilkan dari teknologi canggih 3D (tiga dimensi) karya pengarah yang pernah menghasilkan Titanic, filem terhebat 1997, Avatar adalah sebuah filem termahal pernah dihasilkan, dengan kos sebanyak USD400 juta.
Filem ini akan ditayangkan serentak di semua pawagam di seluruh dunia pada 18 Disember nanti. Studio filem 20th Century Fox akan meraih keuntungan yang lumayan.
Filem ini berjaya membawa teknik efek visual yang mengagumkan, teknik rakam gerakan (motion-capture), penataan muzik dan suara. James telah mengubah filem-filem fiksyen ilmiah era abad ke-21 menjadi keajaiban yang menakjubkan dalam Avatar.
Adegan perang di akhir filem selama 20 minit benar-benar menakjubkan. Avatar menceritakan perang untuk mempertahankan cara hidup kaum Na'vi yang tinggal di hutan, melawan operasi pertambangan kolonial di planet mereka.
Labels: Movie
10 Muharram, bersamaan Ahad, 27 DEC 2009)
1. Melapangkan masa / belanja anak , suami & isteri2
fadhilat - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.
2. Memuliakan fakir miskin
fadhilat - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.
3. Menahan marah
fadhilat - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang redha.
4. Menunjukkan orang sesat
fadhilat - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.
5. Menyapu / mengusap kepala anak yatim
fadhilat - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang di sapunya.
6. Bersedekah
fadhilat - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari
kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.
7. Memelihara kehormatan diri
fadhilat - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.
8. Mandi Sunat
fadhilat - Tidak sakit (sakit berat)pada tahun itu
lafaz niat : 'Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala'
9. Bercelak
fadhilat - tidak akan sakit mata pada tahun itu.
10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir seribu kali
fadhilat - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah diakhirat nanti.
11. Sembahyang sunat empat rakaat
fadhilat - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya.
lafaz niat : 'Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala'
Pada rakaat pertama dan kedua selepas fatihah di baca Qulhuwallah sebelas kali.
12. Membaca
'hasbiyallahhu wani'mal wakil wa ni'mal maula wa ni'mannasiiru'
fadhilat - Tidak mati pada tahun ini .
13. Menjamu orang berbuka puasa
fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.
14. Puasa
Niat - 'Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala'
fadhilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka
Labels: Addin~Islam
Sedar tak sedar dah 6 tahun meninggalkan arena persekolahan.. Kejap je masa berlalu. Yang dulu nya seorang pelajar elektrik vokasional .sekarang dah mempunyai keje yang stabil.So far,alhamdulillah..aku di kurniakan job yang tak lari dari bidang yang aku pelajari dan ceburi.
So, 30hb ni ada gathering aka reunion SMTSI.. nak join ke tidak.. Mari kita fikirkan2kan.. tak pergi..rasa rugi..ramai ke yang join?? macam2 dalam kepala aku ni.. Susah2 pergi je la..bawak mak abah sekali berunion.. hahaha..k cau sin..jumpa lagikk..
Labels: Pelbagai
Sinopsis:
Sepasang suami isteri, Halim dan Nina bersama anak perempuannya Tuti hidup dalam keadaan selesa di sebuah perkampungan Melayu moden. Halim sentiasa menjadi contoh di kalangan masyarakatnya kerana berjaya dalam kerjaya dan suasana rumah tangganya yang harmoni. Di sebelah rumah mereka tinggal sepasang suami isteri, Husin dan Ana, dan di sebelah satu lagi adalah rumah kosong yang sedang menanti orang untuk menyewa. Selepas jiran baru berpindah bersebelahan rumah mereka, keluarga Halim mula dihantui oleh kejadian aneh dan menyeramkan di dalam rumah mereka.
Bermula dengan Tuti yang terlihat pelbagai kelibat misteri sehinggalah kepada Nina yang sering mengalami kejadian pelik yang belum pernah berlaku selama ini. Semuanya berlaku apabila Halim tidak berada di rumah. Halim sangat sibuk dan menghabiskan masanya di luar sehingga lewat malam. Nina mula berubah sedikit demi sedikit daripada seorang isteri yang baik dan rajin menjadi seorang yang malas dan panas baran. Setiap hari ada sahaja perkara yang berlaku yang mampu meretakkan hubungan keluarga mereka. Sebagai seorang yang berjaya, Halim tidak begitu mempercayai wujudnya benda ghaib dalam rumah mereka apabila Tuti mengadu padanya. Satu hari Nina mula mengalami sakit perut yang amat sangat dan Halim membawanya ke klinik. Doktor mengesahkan Nina mengalami gastrik. Bagaimanapun Tuti mengesyaki ibunya mengalami gangguan benda halus. Satu malam, Halim berkejar pulang apabila diberitahu Nina dirasuk dan menjerit-jerit. Akhirnya Halim membawa Nina berjumpa bidan kampung. Bidan tersebut mendapati Nina dan Halim telah menerima SANTAU kerana perasaan dengki dengan kebahagiaan dan kejayaan mereka.
Sesuatu yang di luar jangkaan Halim telah terungkai dan ia amat mengejutkan.
Bagaimanakah Halim menangani masalah keluarganya? Siapakah yang sebenarnya dalang di sebalik masalah menyeramkan ini?
Saksikan kisah dan kesudahannya dalam SANTAU.
Moral Of The Story : Hidup sebagai manusia ini kena berhati-hati,sebab kadang-kadang orang yang hampir dengan kita la yang tikam kita dari belakang.
Labels: Movie
Hmm..tinggal beberapa hari je lagi..dah nak masuk tahun baru..Bila masuk tahun baru..Maka iVy EboNy BlaCk pun bertambah tahun nya.. Kesian tengok iVy..Kawan-kawan yang sama kuar dengan iVY sume dah ada kasut baru..iVy je pakai kasut standard lagi.Setiap kali nak tukar ada je halangan.So,riNi..secara tak sengaja..aku teman Anyah tukar tayar Sang Kancil dia..aku pun sempat tengok2 Kasut untuk iVy tercinta aku ni..Aku macam terjatuh cinta dengan kasut yang first tu..Sesuai ke idak ye..ermm kita serah pada yang pakar untuk menilai nya..
Labels: Pelbagai
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..
Pagi-pagi lagi aku dah ada mood nk updated blog ni.
Sekejap je Sem II aku hampir berlalu.. Sem II ni, dua paper je bawak final iaitu Paper Mikropemproses dan Baikpulih Senggaraan.Tinggal satu paper je lagi nak habiskan sem ni. Paper Mikropemproses dah pun berlalu 7hb hari tu.. Tawakal jer la untuk paper tu sunggupun markah yang aku kira-kira tahap nyaw ikan coz soalan-soalan nya nauzubillah susah bangatt..Susah hati memikirnya.Tapi yang tersayang cakap,paper tu dah lepas dan berlalu.Skarang kita fikirkan paper yang akan datang ni.. Baik bos ! dengan semangat ciput ni..aku gagahkan jugak study untuk second paper 16hb ni..
Huhh.. semangat2 ! chayok2 ! kul 3 pagi tadi bangun study Baikpulih.. Ape yang pasti untuk paper ni aku akan jawab soalan 1 ..soalan 2 .. soalan 3.. tapi yg keempat ni aku tak pasti nk score soalan 4?soalan 5?atau 6? ahhh confius...penin den ..
Labels: Rentetan Hidup
Kau katakan cinta gunakan akal
Bila aku gunakan
Kau yang menyangkal
Bagaimana nak kekal
Kau katakan cinta gunakan minda
Bila aku gunakan
Kau yang tak percaya
Bagaimana nak bahagia
Maafmu tak bererti
Kau mudah sesali
Berulang kali telah kau mungkiri
Manis mulut berjanji terpedaya lagi
Menanti biar terus didustai
Chorus
Kaulah bahagia (bagiku)
Kaulah derita (bagimu)
Esok lusamu
Tak ku kenal lagi engkau siapa
Dan aku cuba sedaya upaya
Telah ku usaha dengan sepenuh jiwa
Bagaimana hendak ku lupa
Bayangan wajahmu selalu di depan mata
Harum baumu masih dapat ku hidu
Bagaimana ingin aku membencimu
Jikalau setiap hari merindu
Sekiranya derita merinduimu
Itu sebenarnya bahagia
Aku pilih derita
Ulang Chorus
Mungkinkah esok atau lusa
Walau biarpun lama
Akan ku biar tiada
Ku tetap kan setia
Entah bila akan tiba
Sampai jua harimu yang sama
Esok seperti semalaman yang tak berubah
Kaulah tanda tanya
Kau tiada titik noktah
Ku dibuai mimpi lena
Dikejut igau semula
Kaulah tanda tanya
Kau tiada titik noktah
Ku dibuai mimpi lena
Dikejut igau semula
Seandainya kau berada di depan mata
Mudah untuk aku berkata-kata
Supaya dapatku melihat seraut wajahmu
Walaupun belum tentu kau mahu bertemu
Apalagi memandangku
Setelah ku turutkan segala kemahuan
Kau mainkan perasaan
Begitu mudah kau ucapkan
Terimalah saja kenyataan
Aku masih terkilan
Maafmu tak bererti kau mudah sesali
Berulang kali telah kau mungkiri
Manis mulut berjanji terpedaya lagi
Menanti biar terus didustai
Ulang Chorus 2X
Jika kau dapat memahami
Hati seorang perindu
Baru kau tahu derita hatiku
Jika suatu hari nanti giliran kau merindu
Baru kau ingat derita diriku
Segala yang berlaku bukan kemahuanku
Apa gunanya bahagia
Jikalau bahagia bersamamu
Hanyalah untuk sementara waktu
Aku pilih derita merinduimu
Maafmu tak bererti
Kau mudah sesali
Berulang kali telah kau mungkiri
Manis mulut berjanji terpedaya lagi
Menanti biar terus didusta
Labels: Lirik Lagu
Petang ni time on the way balik dari kursus , tetiba teringat kan roommate zaman Poli dulu nak kawin sabtu ni. Nak pergi takde kawan. Nak ajak seseorang dia pun ada hal dia. hmmm...Hati berbelah bahagi,nak pergi ke tak.. Kalau tak pergi,tak sampai hati pulak. Aini dah ajak dua tiga kali ,tu hari dah la tak dpt pegi Atie kawin sebab time dia kawin aku ngah ada exam.
Sorang - sorang roommate zaman poli aku kawin.. Mula dengan Atie .. pastu Aini lak .. pastu Huda.. tinggallah aku dan Kecik jer still single..hahaha...takpe2..bagi dorang jalan dulu. Coming soon aku dan Kecik bakal menyusul..eh yeke???
Jap tadi Atie call ajak g kenduri Aini kat Segari Sabtu ni..aku macam segan je nak join. Yelah,Atie kan pengantin baru..dah tentu dia g dengan hubby dia..sekali dia cakap
"Azmil takde Sue,kita g single jer la..Pun Azmil kat Kluang dia dah bg greenlight",kata atie..
Atie pun tak sampai hati tak g wedding Aini ni,coz Aini mai time dia tunang dan kawin.Maka on la program yang kami rancangkan. Malam besok aku akan tido di rumah Atie di Parit Mat Ali ,pagi2 sabtu baru kami bertolak ke Segari. tak sabar rasanya nak pergi umah Atie ni,sebab aku nak pergi dari zaman poli lagi tapi tak penah2 sampai..dari Atie bujang sampai la Atie dah tukar status ni..yang bestnya rumah dia tengah-tengah bendang.jadi dah tentu sesi bergambar akan di adakan..hehe..
Doakan perjalanan kami berdua selamat sampai ke destinasi yang kami tuju ye..
wasalam...
Labels: Rentetan Hidup
Pengarah : Catherine Hardwicke
Penulis Novel : Stephenie Meyer
Genre: Fantasi, seram, drama
Pelakon: Robert Pattinson, Kristen Stewart, Kellan Lutz, Michael Welch, Peter Facinelli, Taylor Lautner
Tayangan Umum: Mulai 27 November 2008
Sekali Imbas
Ia tentang percintaan pontianak dan manusia biasa yang di adaptasi daripada novel popular karya Stephenie Meyer. Twilight bukan sebuah cerita seram yang ekstrem, sebaliknya lebih bertumpu kepada jalinan rasa cinta sepasang kekasih.Aksi terbang dan panorama indah perkampungan Forks, Washington, terutama ketika Edward dan Bella bergayut di atas pokok berjaya membuai perasaan penonton
Kisahnya bertumpu kepada Bella (Kristen Stewart) yang dihantar untuk tinggal bersama ayahnya di sebuah pekan kecil di Forks, Washington, apabila ibu Bella berkahwin lain.
Di sana dia bertemu seorang jejaka yang amat tampan dan tidak pernah diimpikannya, Edward Cullen (Robert Pattinson). Pemuda itu nyata menarik perhatian Bella dengan IQ dan karektornya.
Bella dan Edward jatuh cinta dalam suasana yang sungguh luar biasa apabila gadis itu mengetahui Edward ialah seorang pontianak. Namun, Edward tidak mempunyai taring serta tidak minum darah manusia kerana keluarganya memilih cara hidup yang berbeza iaitu memakan haiwan.
Bagi Edward, Bella ialah gadis yang ditunggu-tunggu selama 90 tahun iaitu untuk menjadi pasangan sehidup semati. Namun, semakin mereka rapat, semakin kuat Edward perlu melawan nafsunya untuk melakukan sesuatu yang di luar batasan kepada gadis itu.Perjalanan cerita nya agak lambat tetapi penuh makna, percintaan antara manusia dengan pontianak dan serigala bakal berlaku..Saksikan di pawagam berhampiran..
Di bawah ini salah satu aksi penonton selepas tengok movie ni..haha
p/s dari Boy : Kalau aku jadi Bella,sudah tentu aku akan pilih serigala jadian tu dari si Edwars Pontianak.. hahaha.. ada hati nak jadi Bella ye Boy.
Labels: Movie
Huhh macam gempak je bunyi title posting aku kali ni eh? hehe..Yang realiti nya takde ape la sangat pon..Ni la second Kolam Ikan family aku..Kolam first buat kat lombong jer..Ni try wat kat tanah area kebun sawit abah..Kolam yang bikin sendiri ooo. seharian bermain lecah.. Dari awal pagi sampai la petang..Pagi tu jugak,aku rasa macam jointer dengan anyah..rasa macam duduk dalam joint pit la plak..tapi bukan untuk join kabel HT..tapi untuk join paip PVC abah untuk di jadikan saluran air lalu. haha. Letih dan panas terik mula meyelubungi..dahaga nya tekak ni.. 2 botol air mineral dah abes di kongsi 3 beranak ni..nak balik rumah macam malas..tahan je lah sampai makan tengah hari.. Menung punya menung ..akhirnya kolam utama dah siap di korek oleh trektar.tinggal nak touch up sikit2 jer lagi.Ingatkan pas mandi dalam pukul 3 petang tu dah boleh rest la..hujan dah renyai,sekali abah ajak g kolam daaa,katanya nak betulkan pagar kawat berduri tu..Dalam malas-malas pun ,aku akur akhirnya..tak sampai hati nak cakap "tak nak pergi la abah".Naik la kapchai mak dalam hujan renyai,2 beranak menuju ke kolam.. Letih Tuhan je tahu,tapi betulkan jugak la pagar kebun ni.Kang masuk lak kambing-kambing Opah Midah..abis lak di telan nya pucuk sawit yang baru abah tanam ni. Bukan senang nak buat,ye le kederat perempuan kan tak sama dengan laki..tarik-tarik..pagar kawat duri tu kendur jugak..last sekali abah mintak tolong cina bawak trektar tu yang bantu dia..hehe..Sorry abah..Elly jadi Pak Pacak je la.. tapi puas akhir nya kolam-kolam ini siap di buat.. Terpancar kegembiraan di riak muka abah tatkala kolam nya mula di penuhi air.. So,pasni abah jangan boring2 lagi.. Kolam Ikan Fasa II abah dah hampir siap .tinggal nak pasang filter air dan lepaskan anak-anak ikan ..Steady Abah ! Anak2mu menyokong sepenuhnya .. Sorry kepada semua..sebab kualiti picture untuk posting kali ni kureng bagus..pakai kamera henpon jer..orait..adios semua...tata~
Labels: My Happy Family
Ni lah kerja nya 3 anak saudara saya .. Sungguh dasyat wajah-wajah mereka selepas bertransformasi menjadi Zombie.. Semua ni jadi time pembikinan kolam ikan abah kat kebun. Memasing mendapat green light dari Tok dan Papa masing-masing.. Hah pe lagi..semua pakat terjun dalam kolam lumpur abah ni..siap guling-guling dan kuak lentang lagi si Danish, V agak malu-malu dan takut pada mula nya..
tapi bila atok cakap " baring dan guling lagi v" hah... berdesup guling dorang ni..
Si adriana lak mungkin dia ingat kat spa kot..so,dia duk bersimpuh tepi tu then amik lumpur-lumpur tu rata-ratakan kat tangan.. hahaha..sungguh lawak.. orang sibuk dok tgh trektar korek tanah,dorang duk berkubang.. pastu saya pun dah tak lalu jadi Mak Pacak tgk aktiviti dorang tu saya ajak semua naik,balik mandi.. Balik je umah, kena bebel dengan Opah nya la..hah..amik korang..Pekak kan telinga tu.. Sian lak Mama tengok memberus kaki badan sorang demi sorang.. haha..ni la kisah anak2 saudaraku yang hyper
Labels: My Happy Family
Salam..pejam celik pejam celik cukup 2/12/2009 ni Nurul Iman Syuhada genap berusia setahun. Dikurniakan muka yang comel dan cute.Sungguh bertuah rasanya memiliki Iman dan menjadikan Iman sebagai salah satu dari ahli keluarga kami. Uncle Shahrul aka Pak Bek pun sayang kat dia..
Malam ni malam raya,kami adakan majlis meraikan Iman setahun secara sederhana..Jadi lah Iman,tak prepare pun nak buat,petang tu Mak Nyah Iman (Cik Nor) kelam kabut rushing g beli kek dia..Thanks Cik Nor..Tak lama pastu Makde,Pakde,Ibu dan Abg Long Iman pun sampai..
Tapi party girl nye meragam,maklum la time ni Iman tengah sakit mulut..
so,dia agak bad mood la bila rambut nya di sepit-sepit..dengan orang ramai dan riuh rendah nya.. hehe..
Ape-ape pun Iman,Acu ucapkan
Selamat Hari Lahir ..
Semoga Iman gembira bersama family di sini..
Labels: My Happy Family
Ni bukan cerita pasal tikus binatang..tapi cite pasal tetikus PC kat opis.. huhh..sakit hati dan tetikus ni buat aku takde mood je nak wat kerja. 1st aku pakai mouse sedia ada (colour putih),bila nak drag ke tempat lain cursor nya tak gerak2 .. takpe la..tukar mouse second (colour hitam),dengan penuh harapan..mouse second ni agak senang nak kesana kemari semua nya ok. tapi bila nak right click, tak function lak.. masalah lagi. Kerja urgent tak siap2 lagi sebab gara2 mencari mouse baru..apply kat admin belum tentu dapat hari ni.. Jadi aku ambil keputusan untuk pinjam Pomen Saleh aku punya mouse, sebab dia je yang takde kat opis wat masa tu.. tapi time aku nak ambil mouse ni punya la susah..sampai kena bersila2 bawah meja Pomen semata2 nak disconnect kan mouse tu dari CPU dia.. Yang kelakar nya si Yus bule capture gambar aku time aku merembat mouse ni..Hampeh nye Yus..haha
Labels: Rentetan Hidup
Hari ini , semua technician dari gred TTO9 sampai la gred TT 14..semua chill out ambil bacaan beban di tiap2 Pencawang Masuk Utama (PMU), Pencawang Pengagihan Utama (PPU) dan Stesen Suis Utama (SSU) sekitar Banting, Teluk Panglima Garang,Dengkil dan Tanjung Sepat.. hehe.. Office leh katakan kosong la..tinggal Unit Operation (PPB) dan kerani2 je yang ada..
So,rini aku akan ber'reading' dengan Akma.. My partner dalam Unit Maintenance ni. Aku dan Akma akan reading di 3 tempat iaitu PPU TPG 1 , PPU TPG 2 dan SSU Kaw B .. huhh.. parah gak reading kat 3 tempat ni. dah la jarak dari satu2 tempat tu agak jauh.. Sejam sekali nak kena ambil lak tu.. Parah2 pun akhir nya ambil jugak la..
Starting dari pukul 10 pagi sampai la 10 malam kena ambil bacaan dekat tiap2 breaker tu.. Aku terpaksa bertolak lewat sebab nak tengok shutdown new injection aku kat P/E R/M Tongkah tu..Habis breakfast,terus pegi Tongkah..Abis Tongkah,dah bagi briefing kat kontraktor dan penyelia aku..aku pun gerak ke Teluk Panglima Garang untuk menjalankan tugas aku hari ni. Ambil reading di setiap breaker..Ayuh kita mulakan dengan bacaan bismillah.. 1..2..3..
Labels: Lembaga Letrik Negara
Sayang, tengok nih. Cantiknya AlQuran nih. Warna keemasan. Sesuai untuk kita buat hantaran” pekik Jamilah kepada Nabil..
“Sini pun cantik juga. Warna unggu keemasan. Mana satu kita nak beli nih” balas Nabil
Mereka sedang asyik mencari bahan-bahan untuk dibuat hantaran. Tinggal satu lagi yang masih dicari-cari iaitu AlQuran yang bakal dijadikan hantaran.
“Tapi, yang ni lagi best, ada terjemahan arab” keluh Jamilah.
“ Ala , awak bukan reti pun bahasa arab” jawab Nabil. Tergelak Jamilah. Berbahagia rasanya dapat calon suami seperti Nabil. Prihatin.
“Apa yang saudara cari tu. Nampak seronok saya lihat” tegur pakcik berbaju putih. Jaluran baju ke bawah menampakkan lagi seri wajah seorang pakcik dalam lingkungan 40-an..
“Oh, kami cari AlQuran. Nak buat hantaran Maklumlah, nak bina masjid” sengih Nabil. Jamilah ikut senyum tidak jauh dari situ...
“Oh. Bagus lah. Adik selalu baca waktu bila?” pakcik menyoal sambil tersenyum.
“Aa.. aa.. lama dah saya tak baca, pakcik“ teragak-agak Nabil menjawab. Jamilah sudah di sebelah rak yang lain.
“Kalau gitu, tak perlu lah beli AlQuran kalau sekadar hantaran. Kesian ALQuran. Itu bukan kitab hiasan, dik” tegur pakcik berhemah.
“Alah, pakcik nih. Kacau daun pulak urusan orang muda. Kami beli ni nak baca la” tiba-tiba Jamilah muncul dengan selamba jawapannya.
“Oh, baguslah. Kalau gitu beli lah tafsir ArRahman. Ada tafsiran lagi” cadang pakcik. Mukanya nampak seperti orang-orang ahli masjid.
“ Ala , besar lah pakcik. Kami nak pilih nih. Kiut lagi” senyum Jamilah mengangkat bungkusan AlQuran warna unggu keemasan. Saiznya kecil.
“Jangan lupa baca ya” pakcik dengan selamba sambil meninggalkan pasangan tersebut.
“Sibuk je la pakcik tu” Jamilah mengomel.
Nabil kelihatan serba salah. Mungkin ‘terpukul’ dengan kata-kata seorang pakcik yang muncul secara tiba-tiba.
Hari yang dinantikan sudah tiba. Mereka sudah bersolek. Hari nan indah. Terlalu indah buat pasangan teruna dan dara yang bakal disatukan. Nabil dan Jamilah tidak sabar-sabar menantikan ucapan indah tersebut. Pak imam baru sahaja sampai.
“Assalamualaikum semua” ucapan salam Pak Imam bergema.
Nabil bagai hidup semula. Dirinya terkejut. Jantung bagai gugur serta merta.. Mungkin tidak percaya apa yang dipandangnya dihadapan.. Ahli-ahli keluarga berebut-rebut bersalaman dengan Pak Imam. Mukanya berseri-seri. Janggutnya putih. Jubah putih. Rambutnya ada yang berwarna putih.
“Inikah pengantin hari ini?” tegur selamba Ustaz Saad
“Pak.. Ustaz.. kabar baik, pak... usta.. ustazz..” jawab Nabil mengigil. Jamilah juga terkebil-kebil melihat kelibat orang yang dikenali di kedai buku 2 bulan lalu.
“Oh, sebelum tu, saya suka mendengar bacaan adik Nabil. Mudah-mudahan kita dapat mengambil manfaat dari bacaan pengantin” cadang Ustaz Saad. Kelihatan orang ramai mengiyakan. Maklumlah, ustaz Saad merupakan antara orang dikenali oleh ahli-ahli sebagai penceramah tetap setiap hari Khamis selepas maghrib.
Nabil menelan air liur. Baginya inilah saat paling menyeramkan bagi dirinya Peluh membasahi baju melayu satin berwarna putih.
“Ss.. su.. surah apa ustaz?” Nabil cuba mengagahkan diri. Jamilah masih melihat dari tepi tirai. Memegang kepalanya. Seperti mengagak benda yang sebaliknya berlaku.
“Oh, ayat yang mudah ja. Baca 3 ayat Surah ArRa’d” kata ustaz Saad sambil menunjukkan baris giginya yang putih hasil bersugi setiap solat mengikut sunnah nabi.
Surah Ar Rad
Surah Ar Ra'd
“Apa benda nih ” detik hati Nabil.
“ Bismillahirrahmaanirrahim..ALL..MAA... RIII..!! ” berlagu Nabil.
Kelihatan gemuruh satu rumah pengantin perempuan. Ada yang keluar dari rumah menahan gelak. Ada yang mengeluarkan air mata menahan kelucuan. Ada yang menggeleng-geleng kepala. Ibu bapa Jamilah merah padam wajahnya. Jamilah entah ke mana, mungkin berpura-pura ke tandas.
“Baru ustaz tahu ada kalimah almari di dalam ALQuran. Adik Nabil, cara bacanya seperti begini : A’uzubillahiminnassyaitaanirrajim.. Bismillahirrahmanirrahim.. ALIF.. LAMM.. MIMMM... RAA.. ” kedengar suara gemersik Ustaz Sa ’ ad. Orang ramai kelihatan ingin mendengar lebih banyak lagi alunan irama ALQurannya.
Nabil berasa seperti kilat menyambar kepalanya.
“Nabil, kamu jangan merendah-rendahkan kitab petunjuk iaitu AlQuran. Ianya hendaklah dibaca bukan sekadar dijadikan hantaran. Malah lebih malang perlakuan seperti ini seolah-olah menghina ALQuran. Beli ALQuran kemudian menaruh di tempat-tempat tinggi seolah-olah ianya sudah cukup bagi seorang muslim” tazkirah sudah bermula. Orang ramai memang senang cara penyampaian ustaz Sa ’ad.
“Tinggi mana pun kamu belajar, tiada gunanya kitab yang tidak berubah ini tidak mampu kamu baca. Kitab ini pasti begini rupanya, ayatnya tetap sama, kedudukannya tidak sama. Malah, ketahuilah Allah akan menjaganya sehingga hari kiamat. Nabil, kalau kamu tahu orang-orang yang mengaku kitab AlQuran sebagai kitab petunjuk kemudian diabaikan dia pasti dilaknat oleh AlQuran itu sendiri. Tetapi beruntungnya orang-orangnya memanfaatkan AlQuran setiap hari, membacanya, menghafalnya, mengamalkan menjadikan hati terlalu tenang walapun dia bukannya seorang yang tinggi pelajarannya, kaya hidupnya dan sebagainya..” penutup Ustaz Sa ’ad sudah dikagumi orang terutama yang mengikuti ceramahnya.
Hari semakin cepat berlalu..
Nabil sudah melalui hari-hari yang indah. Kitab ALQUran yang menjadi hantaran pertunangan sudah menjadi diari kehidupannya yang aktif setiap hari.
Pit.. Pit! Jangan lupa datang rumah ustaz malam nih. Kita belajar sama-sama. Jangan lupa bawa isteri sekali ya Nabil. SMS dari ustaz Sa’ad tiba. Jamilah senyum disisi suaminya, Nabil.
read dis..
Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) said: 'When a man dies and his
relatives are busy in funeral, there stands an extremely handsome man by
his head. When the dead body is shrouded, that man gets in between the
shroud and the chest of the deceased.
Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda : 'Bila seseorang lelaki
itu mati dan saudaranya sibuk dengan pengebumiannya, berdiri lelaki yang
betul-betul kacak di bahagian kepalanya. Bila mayatnya dikapan, lelaki itu
berada di antara kain kapan dan si mati.
Selepas pengebumian, semua orang pulang ke rumah, 2 malaikat Mungkar dan
Nakir, datang dalam kubur dan cuba memisahkan lelaki kacak ini supaya
mereka boleh menyoal lelaki yang telah meninggal itu seorang diri mengenai
ketaatannya kepada Allah. Tapi lelaki kacak itu berkata,
Dia adalah temanku, dia adalah kawanku. Aku takkan meninggalkannya seorang
diri walau apa pun. Jika kamu ditetapkan untuk menyoal, lakukanlah
tugasmu. Aku tidak boleh meninggalkannya sehingga aku dapati dia
dimasukkan ke dalam Syurga.'
Thereafter he turns to his dead companion and says, 'I am the Qur'an,
which you used to read, sometimes in a loud voice and sometimes in a low
voice. Do not worry. After the interrogation of Munkar and Naker, you will
have no grief.'
Selepas itu dia berpaling pada temannya yang meninggal dan berkata,'Aku
adalah Al-Quran, yang mana kamu membacanya, kadang-kadang dengan suara
yang nyaring dan kadang-kadang dengan suara yang perlahan. Jangan bimbang.
Selepas soal siasat dari Mungkar dan Nakir, kamu tidak akan bersedih.'
When the interrogation is over, the handsome man arranges for him from
Al-Mala'ul A'laa (the angels in Heaven) silk bedding filled with musk.
Selepas soal siasat selesai, lelaki kacak mengatur untuknya daripada
Al-Mala'ul A'laa (malaikat dalam Syurga) tempat tidur dari sutera yang
dipenuhi bauan kesturi
Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) said: 'On the Day of Judgement,
before Allah, no other Intercessor will have a greater status than the
Qur'an, neither a Prophet nor an angel.'
Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda :'Di hari pengadilan, di
hadapan Allah, tiada syafaat yang lebih baik darjatnya daripada Quran,
mahupun dari nabi atau malaikat.'
Please keep forwarding this 'Hadith' to all ....because
Sila sebarkan Hadis ini kepada semua ......kerana
Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) said:
'Pass on knowledge from me even if it is only one verse'.
'Sampaikan pengetahuan dari ku walaupun hanya satu ayat.'
May Allah bestow this favour on all of us.
Labels: Addin~Islam
John Cusack
Woody Harrelson
George Segal
Amanda Peet
Danny Glover
Thandie Newton
Oliver Platt
Chiwetel Ejiofor
Sinopsis : Berlaku bencana seluruh dunia yang menuju ke hujung dunia dan mempunyai orang yang mungkin terselamat berusaha sedaya upaya untuk meneruskan kehidupan mereka.Filem ini mendapat inspirasi dari beberapa hipotesis menyatakan yang bahawa kaum Mayans purba meramalkan kiamat akan berlaku di sekeliling musin sejuk solstis 2012. Adakah benar dunia ini bakal kiamat pada tahun 2012?
Antara scene-scene yang ada :
Labels: Movie
Salam .. Morning semua..
Unit Voltan Rendah bukan mudah untuk di ceburi, terlalu rumit Unit ni rupanya. Naik berpeluh gak la keje bab Unit ni.. So far,alhamdulillah.. Projek Shutdown New Injection akan berjalan pada 25hb ni.. Barang dah release dan keluar,notis shutdown dah create dan dah edar..Jointer dah arrange,tinggal nak shutdown jer.Shutdown eh..bukan breakdown..kang Namewee datang Banting lak wat kecoh.. hahaha
Semalam gak, aku dah nampak macam mana nak selesai 2 masalah low voltage kat Sek Madrasah Darul Fakir Morib ni dan Lorong Haji Azhor ni.. Atas jasa Pomen Saleh ..petang semalam..aku dan penyelia aku dah start ukur kabel nak lay untuk projek ni.. yeehaaa..Semoga segala nya berjalan lancar.. Doa2kan yer..
Labels: Lembaga Letrik Negara
Syukur ke hadrat Ilahi,aku di beri peluang untuk menjawat jawatan yang baru. Yang dulu nya bekerja giliran tapi sekarang ..aku bekerja normal office hour..Hari ni hari pertama aku di position yang baru.. dari seorang Juruteknik PPB beralih ke Juruteknik Senggaraan Talian Atas..