Sunday, December 27, 2009

JaLan-jaLaN Night SaFari Zoo TaiPing










Tercapai jugak niat aku nak bawak Abah merasa pegi ke Night Safari Zoo Taiping nih.. Lega sebab dah tunaikan pe yang dia teringin nak pegi. Nak belanja family pun dah. Mulanya was-was nak pegi sebab keadaan cuaca hujan jer..pun renyai-renyai. Tapi pas solat maghrib kat Masjid Taiping tu tengok cuaca macam dah ok. So,2 kereta ni pun bergerak la ke Zoo Taiping. Pak Sham memang expert bab jalan Taiping nih. Aku juz follow dia je la..Orang lain dok que tunggu train..Kami sekeluarga..exercise ..semua jalan kaki. dah lama-lama jalan. Mak abah mula la sakit dan lenguh-lenguh kaki. Tapi mak gagahkan jugak..Jalan..Akhirnya sampai ke penamatnya..Caya Mak ! caya Abah. Bukan mak je..termasuk lah aku..kaki tak ingat nye lenguh.rasa macam tak lalu nak tekan pedal minyakkkk...huhuhu (0_0)

Friday, December 25, 2009

Kopitiam My TaSte

Lokasi : My Taste Kopitiam
Masa : 10pm - 12am



Kopitiam ni pelik lorr.. bekas2 untuk minuman dia sume nya lain macam. ada yang macam jug bunga,ada yang macam balang kuih.. Sekali pandang bekas air Ara tu teringat kat Kak Yang & Abah yang bela ikan laga dalam balang tu..hahaha.. tuan-tuan minuman bergaya di samping gelas-gelas minuman yang unik




Along di samping watermelon juice dan Iwan di samping Milo Ice nya..terselit gambar chicken chop Iwan..sedap ke Iwan?????



Hah tu dia Tom Yam Seafood aku..Dah la panass..pedasss...banyak...tak mampu aku nak habiskan..sebab bihun dia dah kembang..sampai kuah-kuah tomyam kering lorrr..



Ini adalah Toh Puan Muda Ara Azra yang sedang memegang bil .. Mau payung ka ??Cehh posing jerr...hahaha..tidak..malam ni Orang Kaya kami adalah Datin Along ! Thanks Along..Semoga murah rezeki ..

Thursday, December 24, 2009

B.O.S.A.N

Esok krismas..aku bosan.. nak keluar shopping..jenjalan tak bley..fobia je bila naik nombor phone breakdown kat phone ni..igt kot ada breakdown HT.. so keje aku seminggu ni..memerap dalam bilik.melayan online..hmm..nasib baik broadband aku ada..kalau tak..lagi bosan teramat sangat la.

krismas..aku keje..kejenya nak g normalise system yang breakdown isnin tu dengan Pomen Saleh .. ada jugak la OT bulan ni..jadi lah demi menampung kehidupan seharian ni..

Bosan ! Bosan !

Nak keluar kemana aku pun tak pasti..Cuma ape yang pasti.aku still meniarap di atas katil bujang aku ni mengadap laptop .Mengadap facebook..layan forum..
Agak2nya.tido jelah aktiviti aku untuk malam ni kot.. hehe..

Tapi kan..tak sabar menanti hari Sabtu ni..Sabtu ni nak g wedding Huda..ex-classmate aku kawen kat Taiping. Pastu balik kampung direct bercuti sampai cukup tahun.. Best ! Best ! time tu ..
aku nak lupakan semua kerja..low voltage ke..rentis ke..tukar bare pegi ABC ke..yang aku tau..nak rehat2 ..bersenda gurau dengan family..kalau ada rezeki..nak bawak mak abah g jenjalan dan shopping sementara duit bonus ni ada..

Mak..Abah..don't noty2 kat kampung tu..
tunggu Elly balik yerrr..

(,")

Wednesday, December 23, 2009

Filem Avatar






Filem ini mengisahkan kerakusan manusia dalam mengejar kekayaan sehingga sanggup merosakkan keharmonian sebuah planet lain yang dinamakan, Pandora. Pandora adalah sebuah planet yang didiami oleh makhluk yang bergelar Na’vi, sejenis makhluk berwarna biru dan mempunyai ekor. Pandora merupakan planet yang sangat cantik dan unik, lagi-lagi apabila waktu malam kerana ianya bercahaya. (Rasa-rasa memang berbaloi kalau menonton dengan 3D.)

Avatar karya pengarah terkenal James Cameron sudah mendapat pujian melambung dari pengkritik filem dan para media sebelum ditayangkan lagi. Semasa tayangan perdana filem itu di kota London, Jumaat lalu, Avatar mendapat sambutan menggalakkkan hingga ramai yang memberi status lima bintang kepada filem ini.

Cerita yang dihasilkan dari teknologi canggih 3D (tiga dimensi) karya pengarah yang pernah menghasilkan Titanic, filem terhebat 1997, Avatar adalah sebuah filem termahal pernah dihasilkan, dengan kos sebanyak USD400 juta.

Filem ini akan ditayangkan serentak di semua pawagam di seluruh dunia pada 18 Disember nanti. Studio filem 20th Century Fox akan meraih keuntungan yang lumayan.

Filem ini berjaya membawa teknik efek visual yang mengagumkan, teknik rakam gerakan (motion-capture), penataan muzik dan suara. James telah mengubah filem-filem fiksyen ilmiah era abad ke-21 menjadi keajaiban yang menakjubkan dalam Avatar.

Adegan perang di akhir filem selama 20 minit benar-benar menakjubkan. Avatar menceritakan perang untuk mempertahankan cara hidup kaum Na'vi yang tinggal di hutan, melawan operasi pertambangan kolonial di planet mereka.

Monday, December 21, 2009

Perkara Yang Sunat Dilakukan Pada Hari Asyura

10 Muharram, bersamaan Ahad, 27 DEC 2009)


1. Melapangkan masa / belanja anak , suami & isteri2
fadhilat - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.

2. Memuliakan fakir miskin
fadhilat - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.

3. Menahan marah
fadhilat - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang redha.

4. Menunjukkan orang sesat
fadhilat - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.

5. Menyapu / mengusap kepala anak yatim
fadhilat - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang di sapunya.

6. Bersedekah
fadhilat - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari
kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.

7. Memelihara kehormatan diri
fadhilat - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.

8. Mandi Sunat
fadhilat - Tidak sakit (sakit berat)pada tahun itu
lafaz niat : 'Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala'

9. Bercelak
fadhilat - tidak akan sakit mata pada tahun itu.

10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir seribu kali
fadhilat - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah diakhirat nanti.

11. Sembahyang sunat empat rakaat
fadhilat - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya.
lafaz niat : 'Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala'
Pada rakaat pertama dan kedua selepas fatihah di baca Qulhuwallah sebelas kali.

12. Membaca
'hasbiyallahhu wani'mal wakil wa ni'mal maula wa ni'mannasiiru'
fadhilat - Tidak mati pada tahun ini .

13. Menjamu orang berbuka puasa
fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.

14. Puasa
Niat - 'Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala'
fadhilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka

Sunday, December 20, 2009

Nak pergi ke tidak???




Sedar tak sedar dah 6 tahun meninggalkan arena persekolahan.. Kejap je masa berlalu. Yang dulu nya seorang pelajar elektrik vokasional .sekarang dah mempunyai keje yang stabil.So far,alhamdulillah..aku di kurniakan job yang tak lari dari bidang yang aku pelajari dan ceburi.

So, 30hb ni ada gathering aka reunion SMTSI.. nak join ke tidak.. Mari kita fikirkan2kan.. tak pergi..rasa rugi..ramai ke yang join?? macam2 dalam kepala aku ni.. Susah2 pergi je la..bawak mak abah sekali berunion.. hahaha..k cau sin..jumpa lagikk..

Thursday, December 17, 2009

Filem Santau


Sinopsis:
Sepasang suami isteri, Halim dan Nina bersama anak perempuannya Tuti hidup dalam keadaan selesa di sebuah perkampungan Melayu moden. Halim sentiasa menjadi contoh di kalangan masyarakatnya kerana berjaya dalam kerjaya dan suasana rumah tangganya yang harmoni. Di sebelah rumah mereka tinggal sepasang suami isteri, Husin dan Ana, dan di sebelah satu lagi adalah rumah kosong yang sedang menanti orang untuk menyewa. Selepas jiran baru berpindah bersebelahan rumah mereka, keluarga Halim mula dihantui oleh kejadian aneh dan menyeramkan di dalam rumah mereka.

Bermula dengan Tuti yang terlihat pelbagai kelibat misteri sehinggalah kepada Nina yang sering mengalami kejadian pelik yang belum pernah berlaku selama ini. Semuanya berlaku apabila Halim tidak berada di rumah. Halim sangat sibuk dan menghabiskan masanya di luar sehingga lewat malam. Nina mula berubah sedikit demi sedikit daripada seorang isteri yang baik dan rajin menjadi seorang yang malas dan panas baran. Setiap hari ada sahaja perkara yang berlaku yang mampu meretakkan hubungan keluarga mereka. Sebagai seorang yang berjaya, Halim tidak begitu mempercayai wujudnya benda ghaib dalam rumah mereka apabila Tuti mengadu padanya. Satu hari Nina mula mengalami sakit perut yang amat sangat dan Halim membawanya ke klinik. Doktor mengesahkan Nina mengalami gastrik. Bagaimanapun Tuti mengesyaki ibunya mengalami gangguan benda halus. Satu malam, Halim berkejar pulang apabila diberitahu Nina dirasuk dan menjerit-jerit. Akhirnya Halim membawa Nina berjumpa bidan kampung. Bidan tersebut mendapati Nina dan Halim telah menerima SANTAU kerana perasaan dengki dengan kebahagiaan dan kejayaan mereka.
Sesuatu yang di luar jangkaan Halim telah terungkai dan ia amat mengejutkan.
Bagaimanakah Halim menangani masalah keluarganya? Siapakah yang sebenarnya dalang di sebalik masalah menyeramkan ini?
Saksikan kisah dan kesudahannya dalam SANTAU.


Moral Of The Story : Hidup sebagai manusia ini kena berhati-hati,sebab kadang-kadang orang yang hampir dengan kita la yang tikam kita dari belakang.

Saturday, December 12, 2009

Servey Kasut Ivy




Hmm..tinggal beberapa hari je lagi..dah nak masuk tahun baru..Bila masuk tahun baru..Maka iVy EboNy BlaCk pun bertambah tahun nya.. Kesian tengok iVy..Kawan-kawan yang sama kuar dengan iVY sume dah ada kasut baru..iVy je pakai kasut standard lagi.Setiap kali nak tukar ada je halangan.So,riNi..secara tak sengaja..aku teman Anyah tukar tayar Sang Kancil dia..aku pun sempat tengok2 Kasut untuk iVy tercinta aku ni..Aku macam terjatuh cinta dengan kasut yang first tu..Sesuai ke idak ye..ermm kita serah pada yang pakar untuk menilai nya..








Saturday, December 12, 2009

f.i.N.a.L SeM II

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Pagi-pagi lagi aku dah ada mood nk updated blog ni.
Sekejap je Sem II aku hampir berlalu.. Sem II ni, dua paper je bawak final iaitu Paper Mikropemproses dan Baikpulih Senggaraan.Tinggal satu paper je lagi nak habiskan sem ni. Paper Mikropemproses dah pun berlalu 7hb hari tu.. Tawakal jer la untuk paper tu sunggupun markah yang aku kira-kira tahap nyaw ikan coz soalan-soalan nya nauzubillah susah bangatt..Susah hati memikirnya.Tapi yang tersayang cakap,paper tu dah lepas dan berlalu.Skarang kita fikirkan paper yang akan datang ni.. Baik bos ! dengan semangat ciput ni..aku gagahkan jugak study untuk second paper 16hb ni..

Huhh.. semangat2 ! chayok2 ! kul 3 pagi tadi bangun study Baikpulih.. Ape yang pasti untuk paper ni aku akan jawab soalan 1 ..soalan 2 .. soalan 3.. tapi yg keempat ni aku tak pasti nk score soalan 4?soalan 5?atau 6? ahhh confius...penin den ..

Saturday, December 12, 2009

Derita Merindu by Ahli Fikir




Kau katakan cinta gunakan akal
Bila aku gunakan
Kau yang menyangkal
Bagaimana nak kekal
Kau katakan cinta gunakan minda
Bila aku gunakan
Kau yang tak percaya
Bagaimana nak bahagia

Maafmu tak bererti
Kau mudah sesali
Berulang kali telah kau mungkiri
Manis mulut berjanji terpedaya lagi
Menanti biar terus didustai

Chorus
Kaulah bahagia (bagiku)
Kaulah derita (bagimu)
Esok lusamu
Tak ku kenal lagi engkau siapa

Dan aku cuba sedaya upaya
Telah ku usaha dengan sepenuh jiwa
Bagaimana hendak ku lupa
Bayangan wajahmu selalu di depan mata
Harum baumu masih dapat ku hidu
Bagaimana ingin aku membencimu
Jikalau setiap hari merindu
Sekiranya derita merinduimu
Itu sebenarnya bahagia
Aku pilih derita

Ulang Chorus

Mungkinkah esok atau lusa
Walau biarpun lama
Akan ku biar tiada
Ku tetap kan setia
Entah bila akan tiba
Sampai jua harimu yang sama
Esok seperti semalaman yang tak berubah

Kaulah tanda tanya
Kau tiada titik noktah
Ku dibuai mimpi lena
Dikejut igau semula
Kaulah tanda tanya
Kau tiada titik noktah
Ku dibuai mimpi lena
Dikejut igau semula

Seandainya kau berada di depan mata
Mudah untuk aku berkata-kata
Supaya dapatku melihat seraut wajahmu
Walaupun belum tentu kau mahu bertemu
Apalagi memandangku
Setelah ku turutkan segala kemahuan
Kau mainkan perasaan
Begitu mudah kau ucapkan
Terimalah saja kenyataan
Aku masih terkilan

Maafmu tak bererti kau mudah sesali
Berulang kali telah kau mungkiri
Manis mulut berjanji terpedaya lagi
Menanti biar terus didustai

Ulang Chorus 2X

Jika kau dapat memahami
Hati seorang perindu
Baru kau tahu derita hatiku
Jika suatu hari nanti giliran kau merindu
Baru kau ingat derita diriku
Segala yang berlaku bukan kemahuanku
Apa gunanya bahagia
Jikalau bahagia bersamamu
Hanyalah untuk sementara waktu
Aku pilih derita merinduimu

Maafmu tak bererti
Kau mudah sesali
Berulang kali telah kau mungkiri
Manis mulut berjanji terpedaya lagi
Menanti biar terus didusta

Thursday, December 10, 2009

Parit Mat Ali ..tunggu kedatangan sayeeee~



Petang ni time on the way balik dari kursus , tetiba teringat kan roommate zaman Poli dulu nak kawin sabtu ni. Nak pergi takde kawan. Nak ajak seseorang dia pun ada hal dia. hmmm...Hati berbelah bahagi,nak pergi ke tak.. Kalau tak pergi,tak sampai hati pulak. Aini dah ajak dua tiga kali ,tu hari dah la tak dpt pegi Atie kawin sebab time dia kawin aku ngah ada exam.

Sorang - sorang roommate zaman poli aku kawin.. Mula dengan Atie .. pastu Aini lak .. pastu Huda.. tinggallah aku dan Kecik jer still single..hahaha...takpe2..bagi dorang jalan dulu. Coming soon aku dan Kecik bakal menyusul..eh yeke???

Jap tadi Atie call ajak g kenduri Aini kat Segari Sabtu ni..aku macam segan je nak join. Yelah,Atie kan pengantin baru..dah tentu dia g dengan hubby dia..sekali dia cakap

"Azmil takde Sue,kita g single jer la..Pun Azmil kat Kluang dia dah bg greenlight",kata atie..

Atie pun tak sampai hati tak g wedding Aini ni,coz Aini mai time dia tunang dan kawin.Maka on la program yang kami rancangkan. Malam besok aku akan tido di rumah Atie di Parit Mat Ali ,pagi2 sabtu baru kami bertolak ke Segari. tak sabar rasanya nak pergi umah Atie ni,sebab aku nak pergi dari zaman poli lagi tapi tak penah2 sampai..dari Atie bujang sampai la Atie dah tukar status ni..yang bestnya rumah dia tengah-tengah bendang.jadi dah tentu sesi bergambar akan di adakan..hehe..

Doakan perjalanan kami berdua selamat sampai ke destinasi yang kami tuju ye..
wasalam...

Tuesday, December 08, 2009

The Twilight Saga.. New Moon





Pengarah : Catherine Hardwicke
Penulis Novel : Stephenie Meyer
Genre: Fantasi, seram, drama
Pelakon: Robert Pattinson, Kristen Stewart, Kellan Lutz, Michael Welch, Peter Facinelli, Taylor Lautner
Tayangan Umum: Mulai 27 November 2008


Sekali Imbas

Ia tentang percintaan pontianak dan manusia biasa yang di adaptasi daripada novel popular karya Stephenie Meyer. Twilight bukan sebuah cerita seram yang ekstrem, sebaliknya lebih bertumpu kepada jalinan rasa cinta sepasang kekasih.Aksi terbang dan panorama indah perkampungan Forks, Washington, terutama ketika Edward dan Bella bergayut di atas pokok berjaya membuai perasaan penonton

Kisahnya bertumpu kepada Bella (Kristen Stewart) yang dihantar untuk tinggal bersama ayahnya di sebuah pekan kecil di Forks, Washington, apabila ibu Bella berkahwin lain.

Di sana dia bertemu seorang jejaka yang amat tampan dan tidak pernah diimpikannya, Edward Cullen (Robert Pattinson). Pemuda itu nyata menarik perhatian Bella dengan IQ dan karektornya.

Bella dan Edward jatuh cinta dalam suasana yang sungguh luar biasa apabila gadis itu mengetahui Edward ialah seorang pontianak. Namun, Edward tidak mempunyai taring serta tidak minum darah manusia kerana keluarganya memilih cara hidup yang berbeza iaitu memakan haiwan.

Bagi Edward, Bella ialah gadis yang ditunggu-tunggu selama 90 tahun iaitu untuk menjadi pasangan sehidup semati. Namun, semakin mereka rapat, semakin kuat Edward perlu melawan nafsunya untuk melakukan sesuatu yang di luar batasan kepada gadis itu.Perjalanan cerita nya agak lambat tetapi penuh makna, percintaan antara manusia dengan pontianak dan serigala bakal berlaku..Saksikan di pawagam berhampiran..

Di bawah ini salah satu aksi penonton selepas tengok movie ni..haha



p/s dari Boy : Kalau aku jadi Bella,sudah tentu aku akan pilih serigala jadian tu dari si Edwars Pontianak.. hahaha.. ada hati nak jadi Bella ye Boy.