Showing posts with label Tekanan. Show all posts
Showing posts with label Tekanan. Show all posts
Wednesday, January 05, 2011

Kenapa dengan aku ?

Kenapa perasaan seperti ini ada dalam diri ini?
Baru 5 hari di tahun 2011
Penyakit malas dah menempek kat diri ini~
Tapi seriyess, gue memang balas gile la nih !
Duk depan PC , asyik mencekik kacang puteh ni hah
Ni sume pasal kacang puteh nih!!
(sian kacang puteh di persalahkan)
Padahal keja kat site + office dah terang lagi bersuluh
memang-memang banyak @_@
Who knows how want nurturing the spirit of working?
Oh no Sue, wake up! wake up ~

Tahun ini adalah tahun mencabar untuk aku.
Memang banyak kerja official + private yang perlu di lakukan
Tapi satu pun tak mula lagi..
haisssshhhh~


Friday, November 26, 2010

TiRed wEEk



This week is was a hectic week for me because
I had to make the office work which is not really my job ~ what the hell of dis ?? i'm very tired bos...



Giler ! a lot's of memorandum, aku kena susun balik.
Ni semua angkara kerani engineering yang bodoh suak !~
huhh!~ (

Table yang semak dengan failing yang mengandungi segala memorandum tidak tersusun~
Goshhhhhh~! huawarghh

Kawan baik aku ketika di office



Mini helikopter yang selalu aku terbangkan
bila aku dalam keadaan stress !~



*afternoon face aku~!*
*tetap maintain senyum dgn mata kiri sepet *
*even dengan banyak job + melayan karenah "dorang" nih*


Rasa seperti mahu melancong ke oversea (weoww, berkata seperti banyak uwang saja dong!). Dah la, ada lot of problems minggu ni. Kira minggu bermasalah la pada aku. Hmm.. Arghh semalam baru dapat tau, result aku di tahan atas sebab2 tertentu (saman x settle kan lagik). Today dah boleh view result kau !~mak aii ! Seb baik En Pensyarah aku dah tolong viewkan walaupun aku tak le tgk result exam aku.. Thanks ya :)



Result yang kurang memberangsangkan. Agak mengecewakan jugak sebab tak dapat pointer yang di hajati but i'm still thankful to Allah S.W.T.


Ini pengajaran buat aku supaya lebih gigih lagi di masa hadapan untuk merealisasikan segala impian di hati.~


Wednesday, November 03, 2010

Kenapadenganlu

Hari ini dalam sejarah ..
Kenapakah permulaan belog gue begini ???


Hohhhhh!~
Rasa seperti mahu mengaum dan telan je sorang-sorang manusia yang telah menserabut kan kepala ku ini.Dua ragam manusia yang gue benci adalah :-

i) duk jaja cerita.
ii) hipokerit + penipu ngan aku.

Sekali gue tengok..takpe..gue faham..
Berkali-kali gue tengok???
Naik jelek la weh...


Jangan cabar kewibawaan gue
Renung-renungkan... Fikir-fikirkan
! Siapa makan cili terasalah pedasnya !










p/s : lu suka belukar , rahsia lu bakal terbongkar~



Monday, October 25, 2010

Final Exam .. Final Semester ..Semua Final lahhh


Apekah taksubnya aku untuk study dalam masa terdekat nih?
Maybe yang lain sudah mula mentelaah dari awal. Tapi tidak pada aku. Disaat seminggu sebelum hari paper pertama gue.. berbekal kan Nescafe Hi-Calsium Milk yang di beli oleh Inchek Tunang gue semalam baru sekarang ini gue mula study..huhu ~SEMANGAT~

Hati sedikit gubra, ahhhh selalu nya takde la perasaan gue camni. Maybe ini exam terakhir dan merupakan exam penentu pointer gue.. HUargggghhh tak sangka dah nak grad ... eh silap. baru nak g jawab paper final daaaaa..

Harapan yang tinggi bak gunung kinabalu , gue harapkan pointer yang tinggi dan mabeles kali ni. Uwaaa..nak konvo pakai medal ooo.. HPNM pun sket g jerk nak cecah 3.5.. Wowww!! dapat 3.6 nye pointer pun cukopppp mak !! senang nak naik pangkat... *sigh*~

Borang cuti dah siap apply untuk 2 paper nih. Alhamdullillah, hope bos lepas tanpa sebarang bebelan..

"sue, ko ni asyik apply cuti r" ..

hahaha... abaikan kata2 dari orang keliling. bak kata member gue.

"sue, ko ibarat kan mereka yang bercakap macam cicak tokek,persetankan semua tu"..

mamposss gue gelak berdekah2..hahahaha

Semoga gue ,inchek tunang serta rakan sekelas gue berjaya di final semester ini..

Doakan KAMi ya kawan-kawan~







Monday, October 18, 2010

OMG!! Exam hampirinnnn ....

Pejam celik pejam terbelit..
tinggal lagi 13 hari gue nak ngadap paper Siskom..
yuuksss~ tahpape tak baca lagi..

Tu Siskom belom lagi paper Kawalan Automatik.
Contoh soklan final sem2 lepas dah amek..
tapi tah bila nak mula ntah

FUhhhhh...Basah ketiak.
Nak layan
.::Final Exam+Pertandingan Projek PSA+Pindah Rumah::.




Tuesday, July 27, 2010

Pressure Bangatttt !

Uwarghhh .. pembuka blog rini jer aku gue dah mula mengaum macam singa kelaparan. Bukan apa,terlalu tension,pressure dengan sikap certain manusia di ofis ni. Terlalu la sellfish ! damn ~

Wahai staff yang baru setahun jagung, lu mintak macam2 menda kat gue. Kalau gue takda stock camna guenak bagi weiiiii! Huarggggghhh lagi sekali gue mengaum tapi ala beruang panda plak.
Hati memang panas, telinga pun merah jer sepanjang hari ni. Bila jumpa staff2 ni,

"eh Cik Sue,bila kami boleh dapat Safety Vest bla..bla.."..

Adoi, kang dah bagi tau kat morning talk bila siap surat penerima semua staff akan di telefon untuk ambil dan sign surat dekat kerani kejuruteraan. Lagi mau tanya ka????? Kita yang hidup sebagai umat Islam di mukabumi ni harap banyak-banyak bersabar. Gue hanya ada 2 tangan 10 jari 2 kaki sepuluh jari kaki. Tak kan dalam satu hari sume benda boleh settle?

Pun hari ni teramat lah bengang ! Kena amik Tangga 25ft kat Stor Bukit Sentosa, jadi seperti biasa gue akan pergi menaiki lori la. Tapi di cari-cari driver, sorang pun takde :(
Uhh sungguh tension ! Kalau gue ada lesen bawak lori tak payah gue mintak,susah2 korang2 sume beb. dah tentu gue lenjan lori tu sendirikkkk ! Susah sangat ke nak hulur bantuan kat gue nih?? bab minyak, swap je pakai kad minyak. Bab tol dan makan dah tentu gue sponsor. tu pun susahhh ke??? gue amik pun barang keperluan untuk korang2 jugakkk.. Takkan aku nak ikat tangga kayu 25ft tu kat Subaru aku ???? (ahaks, baru tukar subaru ka??)

Apa2 pun nanti kan esok, aku kan ke sana dengan bantuan driver Team Lampu Awam !
Sejuk sket slps mengadu domba kat Kakak Tersayang gue ~yukkks~


Nota Kaki : surrender next tahun kewangan gue tak mahu di pilih sebagai Coordinator Tools Stesen lagik ! Bagi chance kat manusia lain plak untuk di mandatkan jawatan nih ~