Showing posts with label Info Kesihatan. Show all posts
Showing posts with label Info Kesihatan. Show all posts
Monday, December 13, 2010

Kulit Yang Cantik Perlu ....



Ekceli,terdapat banyak cara mengekal dan menjaga kulit agar sihat dan licin.Cara paling mudah,murah lagi berkesan adalah dengan menjaga pemakanan. Ramai pakar menyebut,pengambilan makanan semula jadi yang memberi manfaat kepada kulit,adalah jauh lebih berkesan berbanding dengan menyapu losyen,krim atau gel pada luaran kulit kerana nutriennya sukar diserap masuk ke dalam sel kulit.Jadi,dengan hanya mengubah pola pemakanan harian,kulit kita boleh kekal sihat dan cantik!Kulit cantik,bersih,mulus & gebu memang idaman semua orang,lazimnya wanita seperti kita ~

Oleh itu,yukkk kita amalkan…..

  • Minum Lebih Banyak Air
  • Minumlah 8 gelas air sehari supaya kandungan air pada kulit yang terhidrat dapat digantikan,juga secara tidak langsung dapat memastikan proses penghidratan dijalankan secara berterusan dalam menyahkan toksin (racun) daripada kulit.(make sure kena sentiasa dekat toilet)

  • Makan Makanan Yang Berwarna Oren
  • Makanan seperti kentang,lobak merah,buah oren,betik dan mangga biasanya kaya dengan beta karotena yang berfungsi dalam memperbaiki sel kulit.Namun diingatkan, anda tidak harus makan makanan ini secara berlebihan kerana kandungan yang melebihi keperluan akan tersimpan dalam tubuh dan mungkin menimbulkan masalah lain. ( oren ok lagi, but betik ?? Ouchhhh)

  • Ambil vitamin C
  • Vitamin C membantu dalam pembentukan kolagen yang memang diketahui umum banyak peranannya dalam mencantik & menegangkan kulit.

  • Makan Sedikit Lemak
  • Walaupun lemak memang diketahui ramai sebagai agen kegemukan,namun badan kita tetap memerlukan sedikit lemak dalam memelihara kulit agar lebih berseri.Kekurangan lemak akan menjadikan kulit kurang lembapan dan lebih kering serta cenderung menampakkan garis penuaan dan kedutan lebih cepat sebelum masanya.Walaubagaimanapun,makanan berkandungan lemak lebih tinggi seperti daging merah,mentega,keju dan sebagainya wajar diambil pada kadar yang sepatutnya sahaja.

  • Menjaga Keseimbangan Nutrien
  • Pemakanan yang seimbang adalah cara terbaik dalam mengekalkan kesihatan kulit kerana seperti organ lain kulit memerlukan pelbagai khasiat dalam menjalankan tugas-tugasnya.

  • Makan Makanan Yang Mengandungi Vitamin H
  • Vitamin B7 atau nama lainnya vitamin H yang biasa ditemui dalam telur,ikan,susu,keju dan kubis dapat mencegah kerapuhan kuku.(yes ! yang ni aku setuju.. sebab aku suka sangat makan ikan)


    Wednesday, December 08, 2010

    Tips Bagi Menjaga Jantung Anda

    Salam Jumaat ~
    Pagi ini terdetik untuk sharing maklumat bagaimana nak jaga jantung kita yang merupakan aset terpenting dalam tubuh seorang manusia. Bukan apa, kebanyakan penduduk Malaysia amat senang untuk menjerumuskan diri ke penyakit "J" ini.



    Antara sedikit tips yang boleh kita lakukan adalah :

    1.Elakkan dari meminum minuman yang mengandungi kafein yang boleh merosak buah pinggang dan elakkan sama sekali apa jua jenis krimer yang dibuat dari selain susu (non dairy creamer)
    2. Elakkan dari mengambil coffee mate kerana ia adalah non dairy creamer
    3. Elakkan makan ais krim kerana mengandungi krimer yang tinggi
    4. Elakkan susu pekat manis yang mengandungi krimer dari selain susu.
    5. Elakkan memakan sebarang makanan yang mengandungi margarine
    6. Elakkan memakan burger, nudget, kentang goreng, potato chip dan segala yang sewaktu dengannya
    7. Elakkan mandi selepas makan
    8. Amalkan amalan: Ambil segenggam kacang hijau, rendam dalam air kira-kira 10 minit,selepas itu rebus asal masak dan bukan rebus sehingga pecah tanpa membubuh garam. Selepas itu buang air rebusan dan makanlah kacang hijau ini dan amalkan amalan ini setiap hari.
    9. Boleh beli jintan hitam dan makan setiap hari atau pun belilah yang sudah siap diproses atas nama habbatussauda
    10. Amalkan makan sayuran pahit seperti kailan, peria, pegaga, daun ubi, pucuk betik, ulam-ulam dsbnya.
    11. Kurangkan makan nasi lemak terutama sekali nasi lemak di kedai kerana mereka mencampurkan minyak masak kepada nasi lemak agar nasi lemak ini kelihatan cantik berderai dan tidak melekat.



    p/s : baru jerk pagi tadi bekpes nasi lemak ~
    Ouchhh kena stop mamam nasi lemak, kata kan YA pada Quacker Oat :)