Showing posts with label Movie. Show all posts
Showing posts with label Movie. Show all posts
Thursday, June 10, 2010

Lagenda Budak Setan ! Superbbbb ~



Bila tengok Novel kat atas tu,teringat zaman remaja gue dgn novel kegemaran Along.. Novel yang di tulis oleh Akhadiat Akashah. Memang superbbb dia nya jalan cerita. Semalam tercapai nak tengok movie yang di adaptasi dari Novel nih dengan yang tersayang..

Malas nak membebel panjang, jom terjah sinopsis cerita tentang " Lagenda Budak Setan" ~


Lakonan: Farid Kamil , Lisa Surihani (pelakon kesukaan cinta hati gue), Que Haidar, Raja Farah, Sheila Mambo
Pengarah : Sharad Sharan
Syarikat Penerbit : Astro Shaw Sdn. Bhd.


Kisah bermula dengan kenakalan Kasyah, seorang pelajar kolej yang sering membuli dan mengenakan pelajar lain, bersama beberapa rakannya. Sikap dan kenakalan Kasyah berubah dengan kehadiran pelajar baru, Ayu, yang menambat hati pemuda terbabit.

Hubungan Kasyah dan Ayu bertambah erat dengan bibit percintaan mulai bercambah. Pada semester akhir, Kasyah ke kawasan pedalaman bagi menjalankan kajian untuk tugasannya. Mereka tidak berhubungan dengan harapan Kasyah dapat menumpukan perhatian pada kajiannya.

Ketika pemergian Kasyah, bekas kekasih Ayu, Azmi, muncul menagih cinta. Azmi menggunakan kedudukan dan kemewahan keluarga bagi mempengaruhi ibu Ayu, Mak Leha, agar memujuk gadis itu berkahwin dengannya. Berpura-pura sakit tenat, ibu Ayu berjaya meminta anaknya berkahwin dengan Azmi, meskipun hatinya mencintai Kasyah.

Sebaik saja pulang ke kampus, Kasyah yang tidak mengetahui perkahwinan Ayu dan Azmi, terkejut dengan berita yang diterimanya itu.

Masa berlalu, rumah tangga Ayu dan Azmi berantakan lantaran sikap Azmi yang panas baran dan pemabuk. Ayu sering dipukul. Suatu malam, akibat tidak tahan dipukul Azmi, Ayu bertindak melarikan diri dari rumah dengan memandu kereta. Ayu hilang kawalan lalu terbabit dalam kemalangan. Ayu cedera parah dan dibawa ke hospital. Mukanya hancur dan terpaksa melakukan pembedahan plastik. Wajahnya berubah, tetapi dia pulih semula. Seterusnya Ayu menuntut perceraian.

Bersama wajah berbeza dan dengan trauma kehidupan lampau, Ayu kini bertekad untuk memulakan hidup baru. Bersama wajah barunya dan dengan pampasan perceraian, dia membuka syarikat perniagaan serta menampilkan diri sebagai Emilia. Menerusi Suzana, kawan rapatnya ketika di universiti, Kasyah diambil bekerja.

Kasyah yang mulanya tidak perasan kehadiran Ayu dalam diri Emilia, mulai berasakan sesuatu kerana persamaan yang dimiliki antara dua wanita itu. Emilia mendapati Kasyah masih setia menyintai Ayu. Melalui Suzana juga Kasyah mengetahui segalanya tentang Ayu / Emilia. Hubungan mereka kembali bertaut. Azmi yang sakit hati cuba mengagalkan hubungan itu kembali. Azmi sekali lagi meminta bantuan Mak Leha untuk memujuk Ayu / Emilia. Semasa di rumah Emilia, Azmi telah memukul Emilia dihadapan Mak Leha sehingga milia terjatuh dan tidak sedarkan diri. Emilia cedera parah di kepala dan hilang ingatan. Berbagai cara dilakukan oleh Kasyah dan Mak Leha untuk memulihakn ingatan namun belum berhasil. Emilia yang senakin pulih, akhirnya mengahwini Kasyah. Kebahagian yang diharapkan Kasyah tidak kekal lama. Ayu / Emilia meninggal dunia ketika melahirkan anak..


p/s : Mmg toching cau ini story, gue yg kasar ni pun leleh air mata.. Sedih :(

so,sediakan tisu banyak2 k ! kalau tade tisu , lap je kat tudung.. hik2 !









Write By :

Friday, January 15, 2010

Adnan Sempit ~superbbbbb !










Durasi:1 Jam 25 Minit
Pengarah:Ahmad Idham
Lakonan:Cat Farish, Intan Ladyana, Julia Hana, Reanna, Shaheizy Sam

Sinopsis:

Mengisahkan Adnan, seorang mat rempit yang berusia lingkungan 27 tahun. Adnan atau lebih dikenali sebagai Nan Sempit di kalangan rakan-rakannya adalah seorang anak yatim piatu yang dibela serta dijaga oleh makciknya sejak kecil selepas kematian ayahnya. Namun dia berhijrah ke Kuala Lumpur kerana tidak mendapat kasih sayang dan layanan yang baik dari keluarga makciknya. Di ibu kota, Adnan tinggal bersama Macha, abang saudaranya dan menjadi tempat dia meluahkan rasa hati. Dia mula hidup di Kuala Lumpur dan bekerja sebagai mat despacth di sebuah syarikat swasta dan menyimpan perasaan pada bosnya,Nadia.

Nadia dilahirkan dalam keluarga mewah dan stabil dalam kerjayanya. Nadia sering ditemani pembantu peribadinya,Wawa.Wawa adalah teman wanita kepada Bobby dan juga menjadi sahabat pada Adnan. Nadia pernah kecewa akibat putus cinta, menyebabkan Nadia susah dan takut untuk bercinta lagi. Sehinggalah pada suatu hari, rakan-rakannya merancang untuk membuat “reunion party”. Pada mulanya Nadia kurang bersetuju, tetapi Nadia disindir enggan pergi ke reunion tersebut kerana malu tiada teman lelaki. Nadia tercabar dan kebetulan Adnan lalu di hadapan mereka dengan tidak sengaja. Nadia terus menarik Adnan dan terus memperkenalkan Adnan adalah teman lelakinya. Adnan terkelu. Sejak peristiwa itu,pelbagai cerita yang berlaku antara mereka sehinggalah pada satu hari Nadia cedera akibat diserang sekumpulan remaja dan telah diselamatkan oleh Adnan. Nadia mula menyimpan perasaaan pada Adnan. Walaubagaimanapun Nadia tidak pernah mengabaikan kerjayanya sehinggalah Nadia telah mendapat tender kontrak besar dari Datuk Harun seorang usahawan yang berjaya dan telah bertemu dengan Jofri. Jofri adalah rakan Nadia ketika di kolej mempunyai agendanya tersendiri. Jofri menyimpan hasrat dendam pada Adnan untuk memiliki Nadia dan bersubahat dengan Zack bagi membantu rancangannya memisahkan Adnan dan Nadia selain ingin mendapat tender Datuk Harun.

Namun, Nadia dan Adnan semakin mesra, Nadia berjinak-jinak dengan dunia Adnan sebagai seorang mat rempit dengan niat untuk mengenali Adnan dengan lebih mendalam. Nadia sangat teruja. sehinggalah satu kejadian berlaku di mana Zack telah cuba mengambil kesempatan pada Nadia dan Adnan menyerang sehingga menyebabkan pergaduhan besar. Nadia mula merasa tidak selesa serta memarahi Adnan dan semenjak kejadian itu Nadia mula rasa benci pada Adnan walaupun Adnan cuba memujuk. Nadia mengambil keputusan untuk memecat Adnan selain memaki dan menghina Adnan. Jofri mengambil kesempatan itu untuk menenang dan menceriakan Nadia dengan harapan Nadia jatuh ke tangannya. Namun,segalanya terbongkar apabila Adnan mengetahui Jofri dan Zack bersubahat merancang segalanya selepas Jofri mengupah Zack merompak bag laptop yang mengandungi pelbagai proposal dan dokumen penting untuk tender Datuk Harun. Nadia menyesal mengenali Jofri. Nadia cuba memandang Adnan tetapi Adnan tidak mengendahkannya dan berlalu pergi... nak tahu ape kesudahan nye? Saksikan sendiri.. dari mula sampai la habes.. penuh dengan hilai tawa para penonton !


Wednesday, December 23, 2009

Filem Avatar






Filem ini mengisahkan kerakusan manusia dalam mengejar kekayaan sehingga sanggup merosakkan keharmonian sebuah planet lain yang dinamakan, Pandora. Pandora adalah sebuah planet yang didiami oleh makhluk yang bergelar Na’vi, sejenis makhluk berwarna biru dan mempunyai ekor. Pandora merupakan planet yang sangat cantik dan unik, lagi-lagi apabila waktu malam kerana ianya bercahaya. (Rasa-rasa memang berbaloi kalau menonton dengan 3D.)

Avatar karya pengarah terkenal James Cameron sudah mendapat pujian melambung dari pengkritik filem dan para media sebelum ditayangkan lagi. Semasa tayangan perdana filem itu di kota London, Jumaat lalu, Avatar mendapat sambutan menggalakkkan hingga ramai yang memberi status lima bintang kepada filem ini.

Cerita yang dihasilkan dari teknologi canggih 3D (tiga dimensi) karya pengarah yang pernah menghasilkan Titanic, filem terhebat 1997, Avatar adalah sebuah filem termahal pernah dihasilkan, dengan kos sebanyak USD400 juta.

Filem ini akan ditayangkan serentak di semua pawagam di seluruh dunia pada 18 Disember nanti. Studio filem 20th Century Fox akan meraih keuntungan yang lumayan.

Filem ini berjaya membawa teknik efek visual yang mengagumkan, teknik rakam gerakan (motion-capture), penataan muzik dan suara. James telah mengubah filem-filem fiksyen ilmiah era abad ke-21 menjadi keajaiban yang menakjubkan dalam Avatar.

Adegan perang di akhir filem selama 20 minit benar-benar menakjubkan. Avatar menceritakan perang untuk mempertahankan cara hidup kaum Na'vi yang tinggal di hutan, melawan operasi pertambangan kolonial di planet mereka.

Thursday, December 17, 2009

Filem Santau


Sinopsis:
Sepasang suami isteri, Halim dan Nina bersama anak perempuannya Tuti hidup dalam keadaan selesa di sebuah perkampungan Melayu moden. Halim sentiasa menjadi contoh di kalangan masyarakatnya kerana berjaya dalam kerjaya dan suasana rumah tangganya yang harmoni. Di sebelah rumah mereka tinggal sepasang suami isteri, Husin dan Ana, dan di sebelah satu lagi adalah rumah kosong yang sedang menanti orang untuk menyewa. Selepas jiran baru berpindah bersebelahan rumah mereka, keluarga Halim mula dihantui oleh kejadian aneh dan menyeramkan di dalam rumah mereka.

Bermula dengan Tuti yang terlihat pelbagai kelibat misteri sehinggalah kepada Nina yang sering mengalami kejadian pelik yang belum pernah berlaku selama ini. Semuanya berlaku apabila Halim tidak berada di rumah. Halim sangat sibuk dan menghabiskan masanya di luar sehingga lewat malam. Nina mula berubah sedikit demi sedikit daripada seorang isteri yang baik dan rajin menjadi seorang yang malas dan panas baran. Setiap hari ada sahaja perkara yang berlaku yang mampu meretakkan hubungan keluarga mereka. Sebagai seorang yang berjaya, Halim tidak begitu mempercayai wujudnya benda ghaib dalam rumah mereka apabila Tuti mengadu padanya. Satu hari Nina mula mengalami sakit perut yang amat sangat dan Halim membawanya ke klinik. Doktor mengesahkan Nina mengalami gastrik. Bagaimanapun Tuti mengesyaki ibunya mengalami gangguan benda halus. Satu malam, Halim berkejar pulang apabila diberitahu Nina dirasuk dan menjerit-jerit. Akhirnya Halim membawa Nina berjumpa bidan kampung. Bidan tersebut mendapati Nina dan Halim telah menerima SANTAU kerana perasaan dengki dengan kebahagiaan dan kejayaan mereka.
Sesuatu yang di luar jangkaan Halim telah terungkai dan ia amat mengejutkan.
Bagaimanakah Halim menangani masalah keluarganya? Siapakah yang sebenarnya dalang di sebalik masalah menyeramkan ini?
Saksikan kisah dan kesudahannya dalam SANTAU.


Moral Of The Story : Hidup sebagai manusia ini kena berhati-hati,sebab kadang-kadang orang yang hampir dengan kita la yang tikam kita dari belakang.

Tuesday, December 08, 2009

The Twilight Saga.. New Moon





Pengarah : Catherine Hardwicke
Penulis Novel : Stephenie Meyer
Genre: Fantasi, seram, drama
Pelakon: Robert Pattinson, Kristen Stewart, Kellan Lutz, Michael Welch, Peter Facinelli, Taylor Lautner
Tayangan Umum: Mulai 27 November 2008


Sekali Imbas

Ia tentang percintaan pontianak dan manusia biasa yang di adaptasi daripada novel popular karya Stephenie Meyer. Twilight bukan sebuah cerita seram yang ekstrem, sebaliknya lebih bertumpu kepada jalinan rasa cinta sepasang kekasih.Aksi terbang dan panorama indah perkampungan Forks, Washington, terutama ketika Edward dan Bella bergayut di atas pokok berjaya membuai perasaan penonton

Kisahnya bertumpu kepada Bella (Kristen Stewart) yang dihantar untuk tinggal bersama ayahnya di sebuah pekan kecil di Forks, Washington, apabila ibu Bella berkahwin lain.

Di sana dia bertemu seorang jejaka yang amat tampan dan tidak pernah diimpikannya, Edward Cullen (Robert Pattinson). Pemuda itu nyata menarik perhatian Bella dengan IQ dan karektornya.

Bella dan Edward jatuh cinta dalam suasana yang sungguh luar biasa apabila gadis itu mengetahui Edward ialah seorang pontianak. Namun, Edward tidak mempunyai taring serta tidak minum darah manusia kerana keluarganya memilih cara hidup yang berbeza iaitu memakan haiwan.

Bagi Edward, Bella ialah gadis yang ditunggu-tunggu selama 90 tahun iaitu untuk menjadi pasangan sehidup semati. Namun, semakin mereka rapat, semakin kuat Edward perlu melawan nafsunya untuk melakukan sesuatu yang di luar batasan kepada gadis itu.Perjalanan cerita nya agak lambat tetapi penuh makna, percintaan antara manusia dengan pontianak dan serigala bakal berlaku..Saksikan di pawagam berhampiran..

Di bawah ini salah satu aksi penonton selepas tengok movie ni..haha



p/s dari Boy : Kalau aku jadi Bella,sudah tentu aku akan pilih serigala jadian tu dari si Edwars Pontianak.. hahaha.. ada hati nak jadi Bella ye Boy.

Wednesday, November 18, 2009

Filem 2012

Pelakon :
John Cusack
Woody Harrelson
George Segal
Amanda Peet
Danny Glover
Thandie Newton
Oliver Platt
Chiwetel Ejiofor

Sinopsis : Berlaku bencana seluruh dunia yang menuju ke hujung dunia dan mempunyai orang yang mungkin terselamat berusaha sedaya upaya untuk meneruskan kehidupan mereka.Filem ini mendapat inspirasi dari beberapa hipotesis menyatakan yang bahawa kaum Mayans purba meramalkan kiamat akan berlaku di sekeliling musin sejuk solstis 2012. Adakah benar dunia ini bakal kiamat pada tahun 2012?

Antara scene-scene yang ada :






Sunday, October 18, 2009

Nasi Kandar Saadom from Papadom


Judul: PapaDom
Genre: Drama / Komedi
Pengarah: Afdlin Shauki
Penerbit: Tayangan Unggul Sdn Bhd
Kos penerbitan: RM1.44 juta

Pelakon:
Afdlin Shauki (Saadom)
Noorkhiriah (Munira)
Liyana Jasmay (Miasara)
Vanidah Imran (Profesor Balqis)
Farid Kamil (Hisham)
Scha (Shasha)
Chelsia Ng (Yvonne)
Que Haidar (Mat)
Harun Salim Bachik (Hussin)
Pete Teo (Alan)
Adham Malek (Ali)


PAPADOM sebuah filem terbaru dari Tayangan Unggul yang kini sedang sibuk menjalani pengambaran di sekitar Pulau Pinang dan di UiTM Shah Alam. Filem arahan Afdlin Shauki turut dibintangi beberapa pelakon popular. Mesti gempak habis ni kan? Tajuknya pun unik dan double meaning.

Sinopsis Filem PapaDom:
Mengisahkan Saadom adalah seorang pengusaha kedai makan yang terlalu kuat bekerja sehingga berjaya mengejar impian hidupnya, namun dia gagal dalam tanggungjawabnya sebagai suami kepada Munira dan ayah kepada Miasara. Situasi ini berubah apabila Saadom kehilangan isteri kesayangannya yang mati dalam satu kemalangan ketika ingin melihat anaknya menerima anugerah di sekolah selepas suaminya memberikan alasan sibuk. Sebelum itu, Munirah sempat berpesan agar suaminya akan sentiasa menjaga anaknya seperti mana menjaga kerjanya. Sejak itu Saadom tidak lagi seperti dulu, ke mana saja anaknya berada dia sentiasa berada di sisi. Sehinggalah saat berpisah apabila Miasara ditawarkan untuk melanjutkan pelajarannya di IPTA. Miasara tidak lagi mahu ayahnya mengikutnya ke Kuala Lumpur dan mengugut akan berhenti belajar sekiranya tidak patuh arahannya. Saadom akur dengan kehendak anaknya, namun di sebalik itu Saadom punyai rancangan untuk memohon jawatan sebagai tukang kebun di IPTA tempat anaknya belajar agar dapat sentiasa melihat anaknya.

Akhir Kata.. Sesiapa yang tak tengok cerita ni.. Memang rugi..Penuh dengan isi2 yang tersirat.. tentang kehidupan.. dan lain..