Showing posts with label Rentetan Hidup. Show all posts
Showing posts with label Rentetan Hidup. Show all posts
Thursday, August 18, 2011

s.i.m.p.t.o.n !

Hari ni rasa semangat pula nak updated belog..
maybe mood menaip sudah mula kembali
pun mungkin juga mood kekeyangan membuatkan aku nak updated belog..
apo-apo je lah kak !


actually, sejak dua menjak ni aku perhatikan
ada simpton-simpton baru yang aku dapat

yang pertama nya

MALAS ! - sume malas, nak pegi keje malas, wat keje malas..
KUAT TIDO - sehari dalam waktu siang mesti nak tido. dapat 10 minit pun jadi
DIET NASI - ouchh.. skang memang takde nafsu nak makan nasi.hari2 berbuka kuih
KUAT BERJALAN - memang kuat, boleh katakan satu hari tak merayap setiap tingkat kat opis memang tak sah
CEPAT DAHAGA - uihhh..ni jangan cakap lah..mentang-mentang bulan puasa... air sejuk/suam berbotol2 minum starting berbuka sampai nak tido
HARI-HARI MIMPI- 1 malam tak mimpi mesti tak sah ! merepek2 plak tu mimpi nya




haishhh...

Wednesday, August 17, 2011

Ramadhan 1432H

As salam

Pejam celik..pejam celik..
17 hari dah kita menjalani ibadat berpuasa
Blog pun makin berhabuk ..uhuksss


Alhamdulillah..
Ramadhan kali ini membawa seribu makna kepada saya
Pertamanya, menjalani ibadah berpuasa yang pertama dengan title ISTERI
Syukur, mata dan badan masih gagah untuk bangun menyiapkan juadah sahur dan berbuka
buat suami tercinta..


Alhamdulillah juga, ramadhan kali ini saya berpuasa bersama "mybuble"..
Semakin hari semakin kuat saya dan "mybuble" berpuasa
Tak seperti permulaan ramadhan...
macam-macam persoalan..pertanyaaan terlintas di fikiran

"mampukah aku berpuasa penuh tahun ini Ya Allah"...


Alhamdulillah...
* saya semakin kuat *



Lastly..
Semoga bulan ramadhan 1432H ini kita sama-sama dapat melalui dan mengimarahkan lagi


Salam Ramadhan untuk semua !

Wednesday, May 11, 2011

Bila hati mula berubah

Terkejut tak tengok tajuk post aku kali ni?
hahaha

Bukan

Betul lah apa yang selalu orang kata. Manusia ni tak pernah yang cukup dengan apa yang ada.Post kali ni serba sikit cerita pasal perilaku diri ni jugak la.

Bila merenung balik kehidupan aku di masa lampau, sedih rasa nya
Yelah, hidup adik beradik ramai. Tapi alhamdulillah.. aku di kurniakan abang-abang, kakak-kakak yang bertanggungjawab. Semua kehendak aku di penuhi even time tu dorang sendiri dah kering poket. Thanks Along , Anyah , Kak Yang dan Kak De..

Tapi bila di lihat life aku sekarang ni aku rasa makin boros untuk berbelanja

Kalau dulu zaman sekolah, aku rasakan handbag Bonia, Carlo Rino tu mahal ya amat.. Tapi jiwa semakin berubah mengikut aliran masa kini.
Masuk alam pekerjaaan ni, 1 tahun lebih.. aku habiskan duit berfoya-foya beli barang apa yang terlintas..terhajat kat hati ni. Puas sangat ! (sambil lidah terjelir..)
Dari beg sekolah Puma Biru (anyah beli) -> Radioactive (along beli) -> beg etnik sarawak (kak yang beli ) -> alfio raldo (mak beli) -> converse -> nike -> carlo rino -> guess

dulu aku cakap, teringin sangat nak pakai Guess.. dan siap cakap ni je last nak beli handbeg memahal..pasni takde lagi brand lain aku nak. tu janji time tengah nak pay kat kaunter ..ehehehe

Sekali .....
Aku dah mula terjatuh hati kat brand COACH la plak..
Aduii..
manusia-manusia tak pernah rasa cukup
kemonnn Sue, jangan membazir pelisss

1st design & colour yang paling aku minat
nak ! nak ! ada sape2 nak bagi free tak ??
;p


Simple & Nice

Ohh..Hitam itu menawan
tapi Encik Tunang dah bosan dengan colour ini
dia suruh aku jangan di bayangi oleh warna hitam



Sweet gituwww..
tapi da sama design dgn handbeg saya yang ni





Brown + Soft Blue
aummmm... lawa jugak


lawakan? korang-korang pun mesti terliur tgk design handbag Coach ni kan..
aduhaii..

Saturday, February 19, 2011

Puan Status & Encik Komen



I accept this may be,
it might kind of speak for my sins past.
but be reminded of what it is doing all of that for our family.

adakah semuanya berpunca dari aku?
atau dari "kau" ?
bukan wang ringgit yang menjadi masalah
tapi bantuan ihsan yang aku minta.
kau kata tak bincang? bila masa tak bincang?
lu duduk mana...gua duduk mana
cukup lah berbincang dengan orang yang sepatutnya
dan orang yang lebih arif dalam hal ini
kau pun baru lagi melepasi alam-alam yang aku nak lalui ni
tapi tak payah nak tunjuk perfect
tak leh tolong ek?
takpe lah , the matter was already gone
dan aku takkan toleh ke belakang lagi
apa yang terjadi akan ku semat dalam
hati supaya berjaga-jaga dengan orang keliling aku
even darah daging sendiri pun


not the threat not a dream
but , remember these things can happen to you & your family
I do not need further explanation
apa nak cakap..lu cakap la wei..

p/s : thanks atas sume yang lu dah buat kat gua.
camne pun, gue tetap happy dengan hidup gue yang bakal gua lalui.




Monday, February 07, 2011

Monday Blues


Bila sebut isnin jerk, aku dah mula rasa sakit MALAS datang. Biasa la .. Setelah bercuti panjang semperna CNY .. Maka aku bertambah-tambah lah malas. Monday Blues

Nak di jadikan hal, hari ini aku leh bangun lambat. Sedar-sedar jam dah 8.18am. Mak aiii..mandi tak, iron uniform tak..satu hape pun tak. Tu pun tersedar sebab bunyi mesej bagi tau ada breakdown.. Aduhaii, dengan mamai aku bangun terus terhegeh2,terkebil-kebil cari tuala dan iron baju dulu. Dah siap tu, aku handover kerja-kerja breakdown pada team baru lah aku g mandi. Sue ohh Sue.. Kalau takde mesej masuk dalam fon, mahu pukul doblas bangun kot.. :]

Pagi tadi monitoring team attend kerja breakdown dan la ni menghabiskan masa di office sampai pukul 10mlm sebab aku dalam mood ..


S T A N D B Y
LV B R E A K D O W N

~ cau dulu ~

Wednesday, December 29, 2010

Bye -bYe 2010 welcome 2011

Actually, tahun 2010 banyak memberi kenangan pahit manis , suka duka untuk aku. although not a lot of memories going through my grief this year, but this year has also managed to change my status from in a relationship to fiancee of Mr Shahrul ..
One more step to be a bride.. hahaha *in mood gatal*


Let's me share my experiences that occurred in 2010 :

11 Feb 2010 - Ulangtahun kelahiran saya yang ke 2+ ( no celebration for this year sob..sob)

10 March 2010 - Menunaikan Umrah di Tanah Suci & Ziarah ke Egypt.

6 April 2010 - skin disease yang teruk :[

25 Mei 2010 - Excident kat Telok Datok .. Myvi VS Wira :[

3 Jun 2010 - My new niece melihat dunia boleh usha kat belog dia nih-> Durani NurSyauqina

12 Sept 2010 - My engagement with Inchek Tunang

16 Nov 2010 - Grad dengan berjaya nya dalam pelajaran ..

17 Dis 2010 - Buy Nokia N8 :]

25 Dis 2010 - Journey to Fraser Hill & Bukit Tinggi


Ni tinggal beberapa hari jer lagi 2010 bakal melabuhkan tirai penutupnya.
Hopefully 2011, di bekalkan dengan ketabahan untuk menghadapi segala perit getir sebagai seorang manusia dalam menempuh kehidupan seharian ..






Monday, November 22, 2010

Apa Sebenarnya ?






Emosi terbuai dengan segala kenangan lalu
Memerhati dari sebuah hati ..

Buntu dengan keadaan ini..

Realiti yang harus diterima

Luka di jari terasa sakit hanya beberapa hari
sampai ia menutup dan meninggalkan bekas
Luka di hati payah untuk di lihat
Tetapi begitu pedih, perih dan sakitnya terasa begitu lama
Kebarangkalian , sehingga seumur hidup
akan menjadi igauan dalam minda

Terasa semua pengorbanan sia-sia
Segala kebaikan tidak ada ertinya lagi ..


Tuesday, October 12, 2010

Ada apa dengan SOFA ~





! Selamat Petang Blogger !

Ada apa dengan sofa ? Aku terlalu desperate nak kan sofa. Al-maklum la nak pindah ke banglo yang baru (before this duk homestay jerkk).. Dengan nafsu yang membuak-buak. Aku desperate jugak nak hias banglo yang bakal aku duduki nih!! hati pompuan beb... nak jugak letak gubah2 bunga bagai.. dalam erti kata lain nak wat banglo bujang nih macam banglo family ler..


Tapi aku di himpit dengan suara2 lain, kenapa perlu beli sofa ? kenapa tak beli set katil dulu ??kan dah nak kawin, huhhh ! nak kawin memang la .. tapi aku tak rasa boleh kawin dalam masa terdekat nih.. al-maklum lah kewangan aku pun belum cukup stabil. Jadi aku rasa, set katil Queen/King tak perlu lagi di beli buat masa nih.. cukup sekadar katil bujang aku gunakan. tu pun kekadang tak guna sebab kekadang aku tido dalam kete jer (bila standby).Wouhhhhh ~ set katil ??? kalau tade riban-riban jangan harap aku nak beli. Sebab aku perlu kan set katil idaman aku .. Set katil idaman aku macam nih...... ada sape2 nak adiah kan tak???? takde kan??




So, tunggu la sket2 lagi.. Nak beli katil pada aku better la pegi beli dengan yang tersayang. At least boleh combine sama2 kriteria-kriteria katil yang di sukai.. Ahhh lupakan katil dulu. Aku nak cite pasal SOFA !

Kenapa aku terlalu desperate kan sofa ??? Aku terlalu desperate sofa sebab dah dekat nak cecah 4tahun umah sewa aku tak bersofa. Aku dah tak lalu nak tgk TV melepap .. baring.. meniarap kat carpet ! bosan siot.. tak feel kenkadang. Sebab kadang kala aku perlukan kerusi untuk melenakan badan aku di samping beronline atas sofa.. means kerusi tu sama dengan sofa la.. Sofa yang aku inginkan tak le high class cam set katil idaman aku.. Aku juz nak beli sofa L-Shape cam nih jerk..




Jadi tolong lah faham.. kenapa , mengapa, pengapa aku perlukan sofa dari pada katil.. Tapi tak pe lah,kalau susah sangat , satg aku nak g beli kerusi plestik letak depan tv jer lah ;[

>>> Alahai labu <<<







Thursday, September 02, 2010

L.A.P.A.N hari lagikkk


Morning blogger..

Hari ini terlalu awal saya sampai di pejabat dan seawal jam 3:30pagi dikejutkan dengan deringan telefon dari Pusat Operasi TNB .. Aduhaiii.Sungguh liat mata ini untuk di buka. Tapi di sebabkan demi mencari sesuap nasi,ku gagahkan jua. Saya ada breakdown overhead :(

ding.dong.ding.dong..
breakdown pun berjaya di siapkan. Langkah kaki laju menuju ke kenderaan rasmi.
Mata sepet ku mengantuk. Seperti mahu tidur di opis ,bisik hati kecil ini..

Sampai office, mata segar ! Yuks,
Mari kita tgk calendar.. Kira-Kira tinggal 8 hari lagi untuk kita semua Umat Islam menyambut
kedatangan Bulan Syawal. OMG ~

Rasa baru semalam baru mula berpuasa. Pejam celik , pejam celik tinggal 8 hari lagi.
Bermakna lagi 7 hari untuk saya pulang semula ke kampung halaman ! wink*..wink*..
Maknanya lagi semua preparation must done before this day ..
antara persiapan raya saya :
  • Biskut Raya 4 my mom & bkl mak men2a - done
  • Baju Raya x 2 psg ( 1 done, 1 lagi nk cari this weekend dgn Cinta Hati)
  • Angpau mak ,abah ,anak sedara,sepupu2, bkl adik ipar - done
  • servis Ivy @ perodua -done
  • Kemas bilik -done
  • Sehelai Blouse & Jeans/Slack -slack? uwaaaa tak biasa pakai slack mak! :)
  • Fitting baju tutttttt -done
  • Beli kerepek -done
  • menyiapkan segala kerja-kerja yang tertangguh -done
  • beli hadiah besday Cinta Hati -done
  • menyiapkan milleage bulan Ogos - (duit nak pakai tuk raya,tp bila nak menaip..uhh malas bangattt)
  • High heel Primavera - not done lagik..takde masa nak carik !
  • Handbeg CR-done



-



Monday, July 12, 2010

Not Feeling Well ~

OMG !~

Hari ini sungguh tak sihat aku rasa. Dengan sesema + sakit tekak= rasa nak demam.. Rini tak pegi morning talk ! tak lalu rasa nak diri. So sampai ofis aku punch card then g kat workstation aku...Bila tak g Yard,aku rindukan nak tgk Transfomer aku @ istilah yang Makde aku bagi Transfomer Angkat aku.. aduiii..Hopefully dia sihat.Dan wacth out sape yang kuar kan tiang dari Stor tu ! Jgn senggol Transfomer gue k !

Rini seharian,tak kuar g site. Wat 5s kat meja. Delete or remove sume software2 yang tak patut dlm PC ni sbb esok ada Auditer dtg dari ICT nak audit. Before kena bagi warning letter, baik aku remove game2 Ikan..Game Sponge Bob aku.. :(

Hari ni jugak takde mood sgt3..Tak lalu nk wat keje. Tapi sempat ke TPG untuk site site visit mslh Low Voltage dengan Penyelia aku. Then, g klinik dapt ubat .


Ubat dalam bentuk kapsul/tablet sgt di gemari but not like syrup (ubat batuk)
Uhhh ..Weikkk!

Makan ubat, mata aku rasa nak terlena jer. So,lunch hour aku rini adalah tido di meja. Bangun2, solat zohor .. terkebil2 cari member nak ajak makan. Sorang pun tade. Alahaii sedih.. Makan la kacang botak yg aku beli jumaat lepas (tu pun tinggal skit sbb Pomen Saleh dah serbu..) uwaaaaaaa~



Rasa macam nak updated ttg Majlis Berendoi my niece iaitu Qina,tp sory la Yayang. Acu tak de mood skang nih. Malam2 skit erk..

Tuesday, July 06, 2010

L . I . F. E

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Bila senja berlabuh ,banyak sekali yang kurenungkan. Salah satunya tentang definisi kehidupan. Lagi-lagi aku memikirkannya. Mungkin pertanyaan seperti ini memang tak akan pernah habis dijawab.Kebiasaanya aku mendefinisi kan KEHIDUPAN itu adalah singkat

Tapi, sayangnya,dulu bagiku hal itu tidak tidak masalah. Maklum la ketika itu aku masih mentah. Apa saja yang boleh di fikirkan , di analisakan..Mungkin sudut pandangku waktu itu masih satu jawapan dalam version ku sendiri.Definisi yang singkat membuatku mudah untuk mengingatnya untuk dijadikan acuan dalam menjalani kehidupan.

Dulu, sepertinya sewaktu masih di alam persekolahan, aku mendefinisikan kehidupan sebagai fatamorgana .Walaupun fatamorgana, tapi kehidupan itu sebenarnya adalah sebuah anugerah yang patut untuk disyukuri, sekaligus ujian yang kita patut untuk berhati-hati. Ujian dari siapa? Tentu saja ujian dari Tuhan.

Hari demi hari semakin mendewasakan aku tentang KEHIDUPAN ini. Macam2 aku lalui, aku tempuh sampai kadangkala aku sendiri bingung dengan diri ini. Ya Allah.Moga Engkau beri peluang kepadaku...

Monday, June 28, 2010

^ iVy di jalanan ^

25/05/10 - iVy excident
14/05/10 - claim dari MSIG has been approval
17/05/10 - body part iVy dah cantum tinggal side mirror jerk tak pasang
21/05/10 - spray cat untuk body part yang dah di cantum ..
23/05/10 - dah boleh amik iVy ~ngeee (bergegas dari ILSAS ,mintak pelepasan dari instructor keluar awal semata2 nak amik iVy..)<- kena amik rini gakk sebab dah takde masa..


ending nye..
iVy megah di jalanan~ hohoho


iVy keluar park dari Perodua Workshop Bukit Raja
Gudbye Perodua !!



Berkilat , licin~

Fender, (yeke eja camni?? ) yang sudah siap di repair with new bumper
for my car


Write By:

Monday, June 28, 2010

* L2 dtg membantu *



| Salam sore untuk dunia blogger ini |

Ape lagi yang aku nak bebelkan ni??? huhu..Kali ni aku juz nak ucapkan sekalung penghargaan ucapan ribuan terima kasih ke atas Kancil L2 ini kerana telah menjadi kenderaan rasmi aku ke hulu ..ke hilir..ke darat but not ke air ya! Sementara iVy EboNy di rawat di hospital. Thanks a lot to Anyah & Family yang banyak membantu. Tak lupa juge yg tersayang yang banyak memberi moral support !





♥♥ Thanks dude ♥♥




Write By:

Sunday, June 27, 2010

Fifa 2010


Aloha kepada semua rakan blogger ~
Add Video
*Besemperna dengan musim Bola Piala Dunia .
*Jadi gue update dan kasi tukar background blog oNe JourNey ..
*Walaupun tak follow apa2 game..
*Tapi follow lagu tema 2010 FIfa World pun kira okeh la..

Mempersembahkan :

"Shakira~Waka Waka"

Write By:

Wednesday, June 16, 2010

sEmEster III

Tergelak sorang gue time tengok balik gambar2 ni. Al maklumlah, baru habis 5s email ni hah. scroll2 tengok ada gambar, pe yang si Asro bagi ni. Sekali tengok gambar budak kelas gue time main futsal .. Yang best nya BFF gue iaitu Asiah pun ada. Import nye pompom girl . Kuala mari..
Jom layan pic2 sepanjang gue berada di Semester III ini nie..


Abg Chor yang tersenyum riang bak kanak2 Ribena.. :P


Ni apa pesyen gue tak tau daa..
Oit Asiah, kita posing pe nih????


Gambar last before memasing pulang ke rumah..
Auuuww !! nampak bulu kaki u... hahahaha


Ni la 2 sahabat girl2 gue..
Mama Ila dan Cik Ain

Abg Chor posing manja kununnn~ hahaha
Asro! tutup mulut ler...


Kebosanan menunggu rakan2 yang lain..


Mempersembahkan En Otai EK
~Lan EK~


Mempersembahkan
~Azmie~

Mempersembahkan Datuk Feel Sweaty
~En AP aka Yaacob Tarbawi~
Ni budak kelas gue yang pak lawak..
sape tak kenal dgn dia..pakar bab menyambung ayat pensyarah..
hahaha




Write By :

Thursday, June 10, 2010

Story iVy EboNy ~

Gue in da house.. Selamat bertemu kembali. Letih + Sakit pinggang + ngantuk time mengarang post nih. Baru balik dari Kuala Selangor.

Walaupun letih, tp gue sangat bangat gumbira. Hari ni gue dapat bertemu dengan kekasih hati gue yang kedua iaitu ..... iVy EboNy gue kat workshop..Abis jer siap audit Tools kat TNB Kuala Selangor. Berdesupp bergegas ke Workshop Perodua Bukit Raja. Rindu kat iVy~

yeahhhh ! time selekoh nak masuk Workshop tu gue jeling tgk iVy dah tade kat tempat asal. Huihh... Tgh repair ka?? Hati tertanya2.. Masuk,park kancil L2 gue terus ke JC ( incharge person yg handle kes gue nih)..

yummy2 daaaa... perghh ! iVy EboNy gue sudah hampir siap seyh! Pintu sudah ,Bumper depan baru, ape satu lagi tu fender ?? ye ke gue eja... bukan Gitar Electric Fender tu eh.. Semua dah siap pasang.Tinggal nak sembur cat jer ! Alhamdulillah~ Syukur ke hadrat Ilahi..

iVy semakin sihat ! Kira cepat jugak r kat sini, claim approved hari Senin (7/06/10) tu , rini sampai dah complete pasang sume body part tu.. Syukran ! Syukran..

Tapi agak cedih, sebab gue tak dapek capture iVy eboNy,kamera tade..HP abes bateri. Nnti next week , gue melawat iVy gue capture eh..

Apa2 pun, nantikan episode seterus nye tentang perkembangan iVy EboNy guE..

Write By :

Wednesday, May 26, 2010

25 Mei 2010 Dalam Sejarah

Hari ini dalam sejarah. Kereta yang aku sayang2 , akhirnya mengalami kecederaan.. Hmm sedih bukan kepalang. Tapi apa boleh buat semua itu ketentuan dari Nya dan mungkin ada hikmah di sebalik kejadian yang berlaku tu. Apa2 pun aku redho.....

Ringkasan Tentang Excident :

Lokasi Kejadian : Telok Datok,Banting
Tarikh : 25 Mei 2010
Masa : 12:30 tgh hari
Jenis Kemalangan : Langgar Belakang
Kenderaan : Myvi Hitam 1.3


Kemalangan ni berlaku time aku otw nak balik ke office untuk lunch. Sebelum tu aku ke site untuk semak laporan kerja siap projek aku kat area Kebun Baru. Otw nak balik tu la aku kena..
Dah nasib badan. Nak kata aku berkhayal tidakkk.. nak kata aku men SMS time tu tidakk.. Cuma aku tak perasan depan van tu ada wira biru. Tiba-tiba wira biru tu belok simpang kiri ke Taman Perumahan Telok Datok tu. Aku tak sempat break... Bummmmmmmppppppp !




Huhuhu.... Ivy Ebony Black aku cedera.. Abis sebelah pintu kiri depan remuk,lampu pecah, bumper depan pecah,side mirror kiri pecah.. Dalam kata mudah, segala2 depan sebelah kiri Ivy aku jahanam lahh.. aku yang dalam kaget ni, call la abang nyah aku. Segala nya di uruskan oleh Anyah. Towing sampai dalam pukul 3 ptg , bawak g balai polis wat report dan yang tersayang pun dah sampai .. Habis report polis, follow tol truck towing ke Perodua Workshop Bukit Raja..






Maka , tinggal lah Ivy Kesayangan aku kat sana.. Don't worry Ivy, aku akan uruskan semua document dalam kadar segera ! Ivy tenang2 saja k.. Cau~

Write By :

Friday, May 14, 2010

Mulut ohhh Mulut...

Hari ni nye hal lu orang tau. ada sorang minah nih bole membebel macam bagus jerk. Padahal tak bagus mana pun. Atitude memang out.. Hal manyak kecik tapi di perbesar2kan. Suara dia sampai ground floor dengar. Mak aii..

Udah-udah la beb, hal macam tu nak di kecohkan. Next time nye meeting gua akan suggest supaya admin buat satu PARKING khas untuk dia ~ hahahaha..

Monday, May 10, 2010

Jelma lah kau


Hati dah la susah memikirkan exam final yang hampir tiba. Kedatangan bunga sekuntum ini tambahkan lagi kegusaran + kekusutan hati ini. Siapa pengirim ? dari mana ? ahh.. .Ini bunga yang kedua den dapek. Before this sejambak bunga. Tak sempat nak capture time sejambak tu..Ni sekuntum plak.. aduhaii.. menjelma lah kau wahai pengirim ~ den malas nak berteka teki lagi.

Thursday, April 29, 2010

<< Bila Mau Start Study >>



Huhh.. Permulaan cerita dah mengeluh aku nih. Bukan apa. Minggu hujung bulan April ni adalah minggu paling sibuk , paling pack aku rasa. Dengan tengah Audit GIA unit Maintenance ni. Dengan aduan customer Low Voltage, tiang condong,talian sagging.. Huhh.. Berpeluh den nak attend weii~

Tak cukup tu,minggu ni hujan+angin=ribut kawasan Banting ni. Aduhaii..time den standby la ribut taufan,pe lagi.. Banyak la pokok2 menyembah Overhead 415v aku ni. Ape lagi "breakdown" ler.. Orang duk kata "Masyukkkkkkkk".. Masyukk menda. Den surrender dah wei. Kalau dapat minggu ni hingga 19 Mei den nak kojo office hour ..ngam 5.15pm gedebus balik. Tapi sampai skang den tak dapat archieve nak balik awal ! Pagi-pagi dah kuar estimate + pantau kerja kontrak .. Tengah hari berhenti lunch,tu pun kadang2 lunch dah nak kul 4pm.. Camna den tak dapek gastrik.. huhu..

Ni dah nak masuk 1 Mei, tinggal lbh kurang 2 minggu aku nak final Sem 3 nih.. Tapi satu ape den tak study lagi. Pe nak jadi Sue oii.. kecut perut gak bila memikirkan nya. Subject Mate ? den nye killer paper tu.. Takut + Cuak + gabra! haishh.. Dah tu satu, antara paper Mate dgn Paper Data Comm langsung takde gap .. satu kira-kira..satu ngafal teori..hmm.. Data Comm alhamdulillah aku dah mula study skit2.Harap study kat office sementara tak de call breakdown..


Komunikasi Data



Table den yang berterabur


PC Office yang telah di salah guna ~study tue..hahaha

Jadi la . Tapi Mate ni ..satu ape tak selak pun nota2 ..Harap belajar time kuliah je. Tekad ! Pas abis Standby Week ni, den nak mula study Mate.. Tak bole jadi nih..
Doakan den dan rakan2 den berjayo eh..