Showing posts with label Kerjaya Saya. Show all posts
Showing posts with label Kerjaya Saya. Show all posts
Friday, December 17, 2010

Minggu Yang Mewah .. Yeayyyy \(^_^)/

Wallaweiii~
Minggu ni amatlah havoc untuk kami berada di office..
Bayangkan 3 hari berturut2 duit masuk ke dalam akaun..
ini bukan cerita MLM .. huhuhu
Tak ke girang .. senyum.. sengih .. berangan sensorang aku di buatnya.

Huhh..thanks a lot to my beloved majikan.
Coz bagi kami semua gaji ! bonus dan milleage ~
ngeeeeeee... senyumm kambeng lagikkk ;p

Bila duit dah ada, macam-macam la di dalam fikiran.
Kejap rasa nak beli handbeg, kejap rasa nak beli baju..
Lastly..
aku kena utamakan yang penting dulu
1) decide nak beli Telefon Tangan
Alasan :
sebab hp aku dah jahanam , berryhitam dah rosak pas eksiden tu hari
dan hp canggih hijo aku ni bateri nya semedang habis.
charge full pun kjp je habisnya ..

hp yang banyak berjasa pada aku :)

So , aku fedupp nak jual beli bateri baru.
Muktamad nya aku nak beli N8 bukan Iphone k !
(bagusnye alasan)


2) Aku nak beli blackhammer boot yg jenis high cut ni


sebab
boot blackhammer low cut aku ni dah uzur giler.
kesian, dengan tali dah simpul mati.
ada koyak rabak sket..
hah tgk nih
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*


tapi aku sallute r, sebab aku duk usung ke sana kemari
waktu office hour dalam jangkamasa 2 tahun
2 tahun hanya sepasang kasut boot?
dasyat kan sampai dah jadi camni...


hahahahahaha
Kat sini, aku syorkan jugak la kepada semua yang kerja tempat2 berisiko tinggi
cam aku ni, di sarankan pakai boot yang berkualiti. Contoh cam Blackhammer ni.
Sebab agak selamat kaki-kaki anda , even jatuh barang2 tak le lebam kaki u all yang gebu tu..


Nak pakai boot cam ni time bekerja rasa tak sesuai benor..
kang dah macam SkinHead plak..



tapi kalau di bagi free untuk di pakai jalan2 pun tak nak aku..
aku bukan jenis kaki fashionita & ranggi cenggitu.
cukup sekadar tshirt dan berselipar Padini
sudah memadai ..



p/s: Oh Nokia N8 & High Cut Boot..
aku menanti kehadiran mu :)

t

Friday, October 01, 2010

My Activities ?

Minggu ini adalah minggu yang gembira + sedih untuk gue~ but cite topik gumbira dulu lah. Minggu ni adalah minggu makan sedonia. Open house sana sini. Hampir setiap malam ada saja invitations open house. Ouhhh sebu+senak perut gue. Ni baru je balik 2 open house kat Pantai Morib & Panel Kenderaan TNB iaitu Azam Motor. Perghhh pekena kambeng gulek, sate & macam2 la. Alhamdulillah dan syukur kepada Allah S.W.T kerana di limpahkan rezeki-rezeki tersebut..

Cite sedih plak,gue di tinggalkan Inchek Tunang.Inchek Tunang kena oustation 4 hari. uwaaa... Miss himm so muchhhh~ balik la cepat syg. (mengada-ngada nampak) .. selain di tinggalkan sementara, gue juga di bebani load kerja yang melimpah ruah bak kuah kacang terlebih kat atas sate! dengan tahun kewangan yang baru, dengan kerja yang baru. Secara automatik pada 28/09/2010 termatera la gue menjadi Penunggu Setia Overhead~ uwaaa Zon SMT gue telah di bubarkan. After this, jangan mimpi la nak tengok gue ada terpacak kat office. keje 8jam sehari.. 6 jam gue berada di site. Huhh makin hitam la jawabnya. Dan minggu ni adalah minggu team gue present persembahan projek akhir kami.tapi slide tak siap lagi.. adoiiiii~ :(
Semoga gue tabah untuk menghadapi cabaran kerja baru ini.. Thanx kepada Kak Yang & Inchek Tunang yang banyak bagi moral support. Love u all :)


My Beloved Sis aka Kak Yang & her daughter Iman Syuhada.
Missed very much .. Mwuahhhh~


Monday, August 02, 2010

Senin punya cite .................

Monday ? uhhh ahhh . Tersangat lah takde mood untuk kerja.Bukan pe, maklum la weekend sebelum tu gue balik kampung. Jadi mood kampung gue still ada .Dalam kepala duk teringat2 jer durian yang Abah beli kan tu . Sampai office lesu jerk. Tgk tray kat table ..Tu diaaa..Fuhh..melambak payment kontraktor tak settle lagikk.. Jenuh pujuk gak hati ni, wat la keje sue..wat la.. tapi feel keje langsung tak da. Haishhh..Pun nak di jadikan lesu sebab i'm fasting today laaaa~

Mood mula memuncak bila gue paksa diri untuk site visit..tau kemana????? Ladang Boh Bkt Chedding.

Gue berasa sedikit batak la.. Sambil keluar kan tangan ..Yang kononnya nak rasa sejuk ke tak angin kat sini..Ye lah, selalu teh tanam kat kawasan sejuk kan. Ni kat tempat gini tanam nya.. Kualiti ke tak teh-teh yang di tanam & di proses disini? wallahualam~


~Ni la site gue ~
tengok nye tak sampai 10minit


Mengambil peluang untuk kuch kuch hotta heyy dalam ladang teh
:]


~boleh petik tak?~
ahh ..ape gue peduli..
nak petikkk jugakkk
lalalalala



~Boh Plantation Bkt Chedding~
Balik petang gini, rehat-rehat sambil wat payment kontraktor sambil melayan nescafe 3in1