Wednesday, December 23, 2009

Filem Avatar






Filem ini mengisahkan kerakusan manusia dalam mengejar kekayaan sehingga sanggup merosakkan keharmonian sebuah planet lain yang dinamakan, Pandora. Pandora adalah sebuah planet yang didiami oleh makhluk yang bergelar Na’vi, sejenis makhluk berwarna biru dan mempunyai ekor. Pandora merupakan planet yang sangat cantik dan unik, lagi-lagi apabila waktu malam kerana ianya bercahaya. (Rasa-rasa memang berbaloi kalau menonton dengan 3D.)

Avatar karya pengarah terkenal James Cameron sudah mendapat pujian melambung dari pengkritik filem dan para media sebelum ditayangkan lagi. Semasa tayangan perdana filem itu di kota London, Jumaat lalu, Avatar mendapat sambutan menggalakkkan hingga ramai yang memberi status lima bintang kepada filem ini.

Cerita yang dihasilkan dari teknologi canggih 3D (tiga dimensi) karya pengarah yang pernah menghasilkan Titanic, filem terhebat 1997, Avatar adalah sebuah filem termahal pernah dihasilkan, dengan kos sebanyak USD400 juta.

Filem ini akan ditayangkan serentak di semua pawagam di seluruh dunia pada 18 Disember nanti. Studio filem 20th Century Fox akan meraih keuntungan yang lumayan.

Filem ini berjaya membawa teknik efek visual yang mengagumkan, teknik rakam gerakan (motion-capture), penataan muzik dan suara. James telah mengubah filem-filem fiksyen ilmiah era abad ke-21 menjadi keajaiban yang menakjubkan dalam Avatar.

Adegan perang di akhir filem selama 20 minit benar-benar menakjubkan. Avatar menceritakan perang untuk mempertahankan cara hidup kaum Na'vi yang tinggal di hutan, melawan operasi pertambangan kolonial di planet mereka.

1 comments:

DiDiEE said...

Aku bagi 5 bintang untuk filem ni Jojie. Menarik ! tapi lama sangat dehhhh ..Ayokkk