Showing posts with label Karya Cetusan lhamku. Show all posts
Showing posts with label Karya Cetusan lhamku. Show all posts
Monday, August 31, 2009

Happy National Day


Dalam kesempatan ni aku mengucap Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Ke 51
buat korang, rakan-rakan sekerja dan ahli keluarga.
Aku bangga menjadi anak Malaysia.
Kita punya banyak sumber makanan, kestabilan ekonomi dan kita juga punya kelebihan untuk menjana income seharian

Aku bersyukur menjadi anak Malaysia, kerana Aku diberi pendidikan,
sumber ilmu dan peluang besar untuk mencapai kejayaan dalam kerjaya, keluarga serta kehidupan.

Menjadi anak Malaysia membuat Aku punya peluang melakar hidup lebih bahagia!

Jika Aku ditanya apa pengertian merdeka pada aku, jawapannya,
biar kita merdeka dari rasa takut dan merdeka dari perampas impian.
Biar merdeka di jiwa, juga di minda.

Takut yang cemana? Takut membuat sesutu kerana tak pasti menjadi ke tidak.

Takut adalah perasaan dominan yang menghalang ramai orang berusaha rajin memburu kejayaan.
Takut benda tak menjadi, takut gagal dan takut merana.

Apa pula takut dari perampas impian? Takut dengan orang-orang yang mentertawakan usaha kita
memburu kejayaan dan usaha keras kita merealisasikan impian. Kita selalu takut berdepan dengan mereka.

Biasanya mereka akan memberi komen-komen seperti ..

"jangan nak mimpilah"

"hmmph, impian konon, boleh tercapai ke?"

Kita perlu merdeka dari rasa takut usaha tak menjadi dan takut usaha keras kita diketawakan orang .
Kita perlu bebaskan minda dari semua itu.

dan yang terakhir dan yg paling penting..
luhur dari hati aku..
merdeka adalah bebas dari penjajah..
Hidup Tanah Melayu..

Merdeka di jiwa di minda memberi maksud berlainan bagi setiap orang.
Bagi aku, maksud ketiga2 nya aku dah kongsikan di atas. Itulah slh satu makna merdeka pada diri aku..

Merdeka ! Merdeka ! Merdeka

Tuesday, July 07, 2009

" Kalau lah aku "

Kalaulah aku..seekor burung..akan aku terbang tinggi…

Kalau lah aku seekor ikan Akan aku berenang di lautan dalam

Kalau lah aku sekuntum bunga.Akan aku hiasi seluruh dunia seindah mungkin..

tapi tak mungkin ..tak mungkin..

Kerana aku adalah aku..

Seorang insan yang lemah..

Kalau lah aku..Kalau lah aku..Kalau lah aku..

Kelakar ..kelakar..

Ahh mengarut semua itu

Yang harus di hadapi ialah reality bukan fantasi

Cetusan minda

Di dalam mentari terpercik misteri

Kucapai namamu tegak baiduri

Didalam lamunan kita menari

Mimpi pasti..Datang dan Pergi

Namun pepohon tetap teguh..Walau berbuah ranting rapuh

Teguh matlamat jiwa utuh..Disimbah racun tidak akan luruh



Salam Ukhwah dari Ku..

Ellysu Bahari

Wednesday, April 15, 2009

Hidup

Perjuangan Abadi
Oleh Semua yang Bernafas
Yang Merasai Agungnya
Karya ciptaan Nya
Hidup...
Menempuh Pelbagai Cabaran
Semata-mata untuk memastikan
Kita mampu menjadi pejuang yang berjaya
Menempuh dan mengalami
Erti yang sebenar
Hidup pelbagai definisi di berikan
Kepalsuan , kepayahan
Kerakusan
Dan kebahagian
Namun satu yang dicari
Pengalaman yang tidak akan
Kembali
Hidup..
Akhirmu bukan di kubur
Namun bergantung kepada
Perjuanganmu
Nanti akan di tentukan-Nya