Wednesday, May 12, 2010

Akasia Adamaya di TV3

Assalamualaikum semua…

Aku tergerak nak berkongsi dengan rakan-rakan blogger.Aku pun lom pernah buat review tentang cerita di televisyen tempatan ni,hehe.ok berbalik kepada tajuk entri pada hari ni iaitu Slot Akasia Adamaya di TV3. Nak di jadi kan cerita, aku tak la follow Slot Akasia ni coz busy yang melanda. Tiba2 satu hari tu,terdetik hati nak petik suis TV utk tgk cite Adamaya ni. Tu pun sbb "Rangga" aku duk selalu sebut nak balik nak tgk cite ni. Pelik la jugak..Best sgt ke? Pada mula tak terjerumus pun ..Last2 tu dia..semalam siap bertekak dgn Bro Kedai Pak Mie sbb nak suh tukar channel Adamaya ni.. hahahaha..

Drama yang mempunyai 23 episod ini diterbitkan oleh MIG Production Sdn. Bhd. Adamaya hasil nukilan istimewa Feroz Kader dan skripnya ditulis oleh Zarihah Hassan.

Sinopsis Adamaya~get from Yahoo

"Perkahwinan adalah suatu ikatan suci manakala cinta sejati menuntut pengorbanan. Begitulah yang terjadi terhadap Adam, 24 tahun (Hussein) dan Maya, 21 tahun (Lisa Surihani). Adam kelulusan undang-undang tetapi lebih cenderung kepada fotografi. Maya merupakan pelajar universiti tahun kedua dalam bidang insuran. Ibu bapanya mengambil keputusan mencarikan suami yang dapat menjaganya kerana mereka terpaksa bekerja di luar negara selama lima tahun. Adam ialah pilihan terbaik kerana ibu bapa mereka bersahabat baik.

Adam menurut kehendak ibu bapanya kerana tidak mahu menghampakan mereka. Maya pada mulanya membantah kerana mempunyai kekasih hati, Dani (Faizal Yusup) tetapi selepas dipujuk oleh ibu bapanya, dengan alasan yang kukuh, dia akhirnya bersetuju. Walaupun tiada perasaan cinta, Adam sebagai suami telah bertindak bijak untuk mencari titik persamaan yang menyatukan mereka.

Mereka mula bercinta dan dikurniakan seorang anak. Selepas lima tahun, percintaan mereka menghadapi dugaan tatkala Maya digoda kembali oleh Dani. Adam mula berjauhan dengan Maya untuk mengejar impiannya dan ini membuatkan mereka sering bergaduh. Adakah Maya akan menyedari tiada cinta yang lebih tulus selain dari cinta suaminya?

Adam menurut kehendak ibubapanya kerana tidak mahu menghampakan mereka. Maya pada mulanya membantah kerana telah mempunyai kekasih hati, Dani (Faizal Yusup) tetapi setelah dipujuk oleh ibubapanya, dengan alasan yang kukuh, dia akhirnya bersetuju..

Walaupun tiada perasaan cinta, Adam sebagai suami telah bertindak bijak untuk mencari titik persamaan yang menyatukan mereka. Mereka mula bercinta dan dikurniakan seorang anak. Selepas lima tahun, percintaan mereka menghadapi dugaan tatkala Maya digoda kembali oleh Dani. Adam mula berjauhan dengan Maya untuk mengejar impiannya dan ini membuatkan mereka sering bergaduh.

Adakah Maya akan menyedari tiada cinta yang lebih tulus selain dari cinta suaminya?

Jom saksikan jalan cerita seterusnya~

0 comments: