Wednesday, May 26, 2010

25 Mei 2010 Dalam Sejarah

Hari ini dalam sejarah. Kereta yang aku sayang2 , akhirnya mengalami kecederaan.. Hmm sedih bukan kepalang. Tapi apa boleh buat semua itu ketentuan dari Nya dan mungkin ada hikmah di sebalik kejadian yang berlaku tu. Apa2 pun aku redho.....

Ringkasan Tentang Excident :

Lokasi Kejadian : Telok Datok,Banting
Tarikh : 25 Mei 2010
Masa : 12:30 tgh hari
Jenis Kemalangan : Langgar Belakang
Kenderaan : Myvi Hitam 1.3


Kemalangan ni berlaku time aku otw nak balik ke office untuk lunch. Sebelum tu aku ke site untuk semak laporan kerja siap projek aku kat area Kebun Baru. Otw nak balik tu la aku kena..
Dah nasib badan. Nak kata aku berkhayal tidakkk.. nak kata aku men SMS time tu tidakk.. Cuma aku tak perasan depan van tu ada wira biru. Tiba-tiba wira biru tu belok simpang kiri ke Taman Perumahan Telok Datok tu. Aku tak sempat break... Bummmmmmmppppppp !




Huhuhu.... Ivy Ebony Black aku cedera.. Abis sebelah pintu kiri depan remuk,lampu pecah, bumper depan pecah,side mirror kiri pecah.. Dalam kata mudah, segala2 depan sebelah kiri Ivy aku jahanam lahh.. aku yang dalam kaget ni, call la abang nyah aku. Segala nya di uruskan oleh Anyah. Towing sampai dalam pukul 3 ptg , bawak g balai polis wat report dan yang tersayang pun dah sampai .. Habis report polis, follow tol truck towing ke Perodua Workshop Bukit Raja..






Maka , tinggal lah Ivy Kesayangan aku kat sana.. Don't worry Ivy, aku akan uruskan semua document dalam kadar segera ! Ivy tenang2 saja k.. Cau~

Write By :

Thursday, May 20, 2010

< Aku Tak SemPurNa>

detik waktu terus berjalan
berhias gelap dan terang
suka dan duka tangis dan tawa
tergores bagai lukisan

seribu mimpi berjuta sepi
hadir bagai teman sejati
di antara lelahnya jiwa
dalam resah dan air mata
ku persembahkan kepadamu
yang terindah dalam hidup

meski ku rapuh dalam langkah
kadang tak setia kepadamu
namun cinta dalam jiwa
hanyalah padamu

maafkanlah bila hati
tak sempurna mencintaimu
dalam dadaku harap hanya
dirimu yang bertahta

detik waktu terus berlalu
semua berakhir padamu

Thursday, May 20, 2010

M>E>R>D>E>K>A~

Yabedabedu~

Gue sudah merdeka seyhh !! Semalam last paper Data Comm gue.. Wahhh !! seronok bangat menjawab. GUe dan Mr Mybek kuar awal tu ~tapi tak la awal sangat. Lagi awal Mama Ila..hahaha.. Selamat Tinggal Semester 3 jumpa lagi di Semester Akhir bulan Julai ini ......

Semoga semua rakan sekelas ku iaitu DKE3B especially cinta hati gue <> dan 2 lagi member terapat gue berjaya dengan cemerlang.. Ada brani mau fight pointer Kak Chor ke? lalalalala~

Kita tunggu dan lihat result SEMESTER 3 ini pada 16 Jun 2010..
DKE 3B da best !!










Write By :

Friday, May 14, 2010

Mulut ohhh Mulut...

Hari ni nye hal lu orang tau. ada sorang minah nih bole membebel macam bagus jerk. Padahal tak bagus mana pun. Atitude memang out.. Hal manyak kecik tapi di perbesar2kan. Suara dia sampai ground floor dengar. Mak aii..

Udah-udah la beb, hal macam tu nak di kecohkan. Next time nye meeting gua akan suggest supaya admin buat satu PARKING khas untuk dia ~ hahahaha..

Wednesday, May 12, 2010

About Fish Pond Abah :(

Sejam tadi Anyah call bagi tau Kolam Ikan Abah habis pecah sebab air naik. Habis semua ikan keluar dari takungan. Tebing kolam pun pecah. Nauzubillah.. Yang lagi buat aku sedih bila Anyah cakap "abah tak bape lalu nak cakap".. means tentu Abah sedih sangat bila tengok Kolam yang dia jaga hari2 rosak dan hancur macam tu jer. Ikut kan hati kecik ni nak je terus call Abah tanya hal sebenar. Tapi tak sampai hati.. Abah mesti kecewa..

Sekejap tadi , Abah call .. Aku dah syak tentu dia nak bagi tahu hal kolam but alasan Abah mula2 call tanya nak aku cakap dengan Kucuk Kango (Iman) tak.. Aku layan kan dlu.. Lama2 Abah buka cite pasal kolam. Dia bagi tau dia sedih sangat sebab kolam tu hancur. Ikan pun semua dah besar2..

"Abah ingat nak kutip hasil , jual ikan-ikan ni time bulan puasa nanti..
Tapi dah macam ni, sume ikan dah lepas.tinggal pun sisa2 kecik jer" ..kata Abah dengan nada kecewa.. sedih sgt :(

Mak pun pergi tgk Kolam tu dengan Abah & Iman. Sedih mak cakap tengok sisa2 Ikan yang ada kat atas pasir. Mengeletek2 ikan tu. Yang mana sempat mak tangkap. Mak tangkap dan taruk dalam baldi.

Aku tau, rutin harian abah sekarang adalah berulang ke Kolam tu la. sekarang.. Kolam tu dah pecah.. Sedihnya lagi semalam Abah baru dapat 1000 ekor anak ikan Pejabat Perikanan bagi dan semalam jugak abah dah lepaskan. Tuppp..tupp rini abis semua.. Mungkin takde rezeki Abah kata.

Lega skit bila Abah kembali semangat bgtau esok nak panggil trektar nak baiki kolam tu balik. Semoga Abah terus tabah menghadapi segala dugaan & cabaran ni.

Elly dan anak2 Abah yang lain sentiasa menyokong Abah !

Wednesday, May 12, 2010

Akasia Adamaya di TV3

Assalamualaikum semua…

Aku tergerak nak berkongsi dengan rakan-rakan blogger.Aku pun lom pernah buat review tentang cerita di televisyen tempatan ni,hehe.ok berbalik kepada tajuk entri pada hari ni iaitu Slot Akasia Adamaya di TV3. Nak di jadi kan cerita, aku tak la follow Slot Akasia ni coz busy yang melanda. Tiba2 satu hari tu,terdetik hati nak petik suis TV utk tgk cite Adamaya ni. Tu pun sbb "Rangga" aku duk selalu sebut nak balik nak tgk cite ni. Pelik la jugak..Best sgt ke? Pada mula tak terjerumus pun ..Last2 tu dia..semalam siap bertekak dgn Bro Kedai Pak Mie sbb nak suh tukar channel Adamaya ni.. hahahaha..

Drama yang mempunyai 23 episod ini diterbitkan oleh MIG Production Sdn. Bhd. Adamaya hasil nukilan istimewa Feroz Kader dan skripnya ditulis oleh Zarihah Hassan.

Sinopsis Adamaya~get from Yahoo

"Perkahwinan adalah suatu ikatan suci manakala cinta sejati menuntut pengorbanan. Begitulah yang terjadi terhadap Adam, 24 tahun (Hussein) dan Maya, 21 tahun (Lisa Surihani). Adam kelulusan undang-undang tetapi lebih cenderung kepada fotografi. Maya merupakan pelajar universiti tahun kedua dalam bidang insuran. Ibu bapanya mengambil keputusan mencarikan suami yang dapat menjaganya kerana mereka terpaksa bekerja di luar negara selama lima tahun. Adam ialah pilihan terbaik kerana ibu bapa mereka bersahabat baik.

Adam menurut kehendak ibu bapanya kerana tidak mahu menghampakan mereka. Maya pada mulanya membantah kerana mempunyai kekasih hati, Dani (Faizal Yusup) tetapi selepas dipujuk oleh ibu bapanya, dengan alasan yang kukuh, dia akhirnya bersetuju. Walaupun tiada perasaan cinta, Adam sebagai suami telah bertindak bijak untuk mencari titik persamaan yang menyatukan mereka.

Mereka mula bercinta dan dikurniakan seorang anak. Selepas lima tahun, percintaan mereka menghadapi dugaan tatkala Maya digoda kembali oleh Dani. Adam mula berjauhan dengan Maya untuk mengejar impiannya dan ini membuatkan mereka sering bergaduh. Adakah Maya akan menyedari tiada cinta yang lebih tulus selain dari cinta suaminya?

Adam menurut kehendak ibubapanya kerana tidak mahu menghampakan mereka. Maya pada mulanya membantah kerana telah mempunyai kekasih hati, Dani (Faizal Yusup) tetapi setelah dipujuk oleh ibubapanya, dengan alasan yang kukuh, dia akhirnya bersetuju..

Walaupun tiada perasaan cinta, Adam sebagai suami telah bertindak bijak untuk mencari titik persamaan yang menyatukan mereka. Mereka mula bercinta dan dikurniakan seorang anak. Selepas lima tahun, percintaan mereka menghadapi dugaan tatkala Maya digoda kembali oleh Dani. Adam mula berjauhan dengan Maya untuk mengejar impiannya dan ini membuatkan mereka sering bergaduh.

Adakah Maya akan menyedari tiada cinta yang lebih tulus selain dari cinta suaminya?

Jom saksikan jalan cerita seterusnya~

Monday, May 10, 2010

Jelma lah kau


Hati dah la susah memikirkan exam final yang hampir tiba. Kedatangan bunga sekuntum ini tambahkan lagi kegusaran + kekusutan hati ini. Siapa pengirim ? dari mana ? ahh.. .Ini bunga yang kedua den dapek. Before this sejambak bunga. Tak sempat nak capture time sejambak tu..Ni sekuntum plak.. aduhaii.. menjelma lah kau wahai pengirim ~ den malas nak berteka teki lagi.