Ikutkan hati aku .. nak pergi hari Sabtu atau Ahad lepas..tapi apakan daya..Aku dan Bek masing2 ada kuliah.tapi sehingga info yang Hafiz bagi, Atan telah di masukkan ke Unit Rawatan Rapi Hospital Ipoh jam 02:00pagi 11/10/2009..kami decide untuk pergi jugak jenguk Atan petang isnin.. Hari Isnin tu jugak aku keluh kesah dan tak senang duduk kat office ni bila dapat tahu keadaan Atan parah dan salah satu tulang rusuk sebelah kiri nya patah..Injap ataupun tiub terpaksa digunakan untuk support paru-paru Atan ..Nauzubillah...
Habis keje pukul 4 aku terus gerak ke Ipoh dengan Bek..berhenti sekejap di RnR Tapah untuk solat Asar dan isi minyak Bebek.. dalam area pukul 7mlm sampai.. Hati mula tak best bila dapat tahu bukan sembarangan orang leh melawat Atan..dan masa untuk melawat juga dah habis.Dapat ke tak aku ziarah Atan ni??huhh tapi atas bantuan Mak Ngah Bek..Terima kasih tak terhingga aku ucapkan pada Mak Ngah Bek ni..akhirnya kami berdua dapat juga masuk menziarah Atan..Sungguh menyayat hati bila tengok keadaanya..dengan muka nya yang agak sembab..wayar2 berselirat kat badan dan muka Atan.dengan tiub masuk kat mulut..sedih sangat aku rasakan..terbayang2 perawatakan Atan yang sentiasa happy go lucky time pagi2 jumpa kat Yard TNB.. terbayang2 senda gurau ketika cakap di walkie talkie bila ada breakdown.. tapi kini ?? Atan senyap terbaring begitu.. Ya Allah Ya Tuhan ku.. Kau sedar dan sembuhkan lah umat-Mu ini..
Bangun lah Atan..ramai rakan2 dukacita bila Atan begini..