Tuesday, October 20, 2009

PerkemBangan Positif Atan


Salam..

Alhamdulillah, ada perkembangan terbaru tentang Atan. Ini pun berdasarkan info yang Kakak Atan SMS pada aku tempoh hari yang lalu. Dan semalam Wan pergi melawat Atan lagi sekali di Hospital. Gambar Atan ni aku perolehi dari PDA Wan. Wan di maklum oleh bapa Atan, keadaan Atan sudah mula beransur baik.Setiap kali bapanya memanggil nama .. Air mata Atan mengalir di hujung mata nya. Dan setiap kali Bacaan Yassin di perdengarkan, mata Atan turut berkedip-kedip.Kalau kita lihat , badan Atan tak bengkak / sembab macam mula2 tu hari. Mungkin ini petanda Atan akan kembali sedar.. Terima kasih juga pada Mak Fahmi yang sanggup berulang dari Kuala Kangsar - Ipoh untuk menjaga Atan..Moga Atan cepat sedar dan sembuh dari koma ini.. Kami di sini sentiasa merindui Atan ..

2 comments:

shahmivec said...

alhamdulillah syukur pada tuhan...

Miz Ellysu Bahari said...

Amin ~
Ramai yang merindui Atan.. Bak kata Abg Yeop tadi.. rindu2kan Atan tengok gambar ni jer la.. Sedih pun ada de .. Atan.. Wake Up..