Monday, August 22, 2011

Preparation For Eid Lebaran 2011

Aucakkk !
Yey !! Tinggal lebih kurang 8 hari lagi untuk kita berpuasa

* Semangat *
whoott...whoott..

Syukur, dalam tak lalu..
Aku dan encik suami telah menutup tirai persiapan untuk raya 2011
pada Sabtu lepas..

Endingnya.. dapat juga lah baju raya untuk tema 2011 ini
temanya adalah

H I J A U L U M U T


lokasi pencarian yg pertama 2 minggu lepas di Midvalley & Garden
Lokasi pencarian kedua adalah di PKNS Shah Alam
Perghh.. jangan cakap la on that time..
manusia kat situ dah macam ulat aku tengok
penuh, sampai parking kereta pun park kat tempat zon tunda
hehehe
dalam hati semangat nak shopping raya
dan berbanyak terima kasih pada Encik Suami
yang banyak meringankan badan aku

Kesian tgk dia, segala barang yang dibeli termasuk la handbeg aku dia bawak
kira aku jalan betul² bawak diri sendiri je lah
park kereta pun dekat gile dengan pintu masuk PKNS Shah Alam
Thanks yayang !!

First round,cuci mata dan servey harga dulu
Second round, dah mula mencari baju melayu suami tercinta
alhamdulillah, dapat dah !
round ke 3 ronda dan pusing lagi
round ke 4 baru lah dapat baju aku
Di sebabkan saiz badan yang dah mula gumukk
Baju kurung moden terpaksa lah di lupakan
Baju kurung menjadi pilihan, memula macam nak pakai kaftan je
tapi bila try macam kelawar je aku tengok
langsung CANCEL !
hahahaa

Tu bab baju,bab kerepek .. kuih muih..
Encik suami memberi sepenuh kepercayaan kepada aku
untuk membereskan semua duit-duit peruntukan
tu dia, berkampit2 kerepek.. berbalang2 kuih aku tibai ..
hwa hwa hwa..


Duit raya ?
Dah tukar minggu lepas lagi, dapat je gaji + bonus
terus tukar kat CIMB
Kalau rajin , malam ni baru nak masukkan dalam sampul

Kasut raya dan handbeg raya untuk tahun ni TIADA
sebab , handbeg dan kasut hantaran kahwin tu hari pun tak guna lagi
so.. declare tu sebagai handbeg & kasut raya je lah
Jimat sikit !

~itu la serba sedikit persiapan raya kami ~
:)

Thursday, August 18, 2011

s.i.m.p.t.o.n !

Hari ni rasa semangat pula nak updated belog..
maybe mood menaip sudah mula kembali
pun mungkin juga mood kekeyangan membuatkan aku nak updated belog..
apo-apo je lah kak !


actually, sejak dua menjak ni aku perhatikan
ada simpton-simpton baru yang aku dapat

yang pertama nya

MALAS ! - sume malas, nak pegi keje malas, wat keje malas..
KUAT TIDO - sehari dalam waktu siang mesti nak tido. dapat 10 minit pun jadi
DIET NASI - ouchh.. skang memang takde nafsu nak makan nasi.hari2 berbuka kuih
KUAT BERJALAN - memang kuat, boleh katakan satu hari tak merayap setiap tingkat kat opis memang tak sah
CEPAT DAHAGA - uihhh..ni jangan cakap lah..mentang-mentang bulan puasa... air sejuk/suam berbotol2 minum starting berbuka sampai nak tido
HARI-HARI MIMPI- 1 malam tak mimpi mesti tak sah ! merepek2 plak tu mimpi nya




haishhh...

Wednesday, August 17, 2011

Ramadhan 1432H

As salam

Pejam celik..pejam celik..
17 hari dah kita menjalani ibadat berpuasa
Blog pun makin berhabuk ..uhuksss


Alhamdulillah..
Ramadhan kali ini membawa seribu makna kepada saya
Pertamanya, menjalani ibadah berpuasa yang pertama dengan title ISTERI
Syukur, mata dan badan masih gagah untuk bangun menyiapkan juadah sahur dan berbuka
buat suami tercinta..


Alhamdulillah juga, ramadhan kali ini saya berpuasa bersama "mybuble"..
Semakin hari semakin kuat saya dan "mybuble" berpuasa
Tak seperti permulaan ramadhan...
macam-macam persoalan..pertanyaaan terlintas di fikiran

"mampukah aku berpuasa penuh tahun ini Ya Allah"...


Alhamdulillah...
* saya semakin kuat *



Lastly..
Semoga bulan ramadhan 1432H ini kita sama-sama dapat melalui dan mengimarahkan lagi


Salam Ramadhan untuk semua !

Thursday, June 23, 2011

My Graduation Day !





hye semuaa ...
Settle majlis perkahwinan ,saya melalui satu lagi majlis gembira iaitu

My Graduation Day

Ye ! tak penat dan tak sia-sia.. berulang alik Banting - Shah Alam evey weekend.
Akhirnya kami grad jugak. Yang buat happy lagi, kami belajar dalam status kawan .. kemudian tunangan orang.. lastly status husband & wife.

Buat suami tercinta, thanks membantu dalam kuiz serta ujian di sepanjang Part Time Study ni ! terima kasih kautim kehadiran kuliah saya , terima kasih bagi saya tiru sikit2.. terima kasih bagi saya tiru assignment ! hehe..





Thanks bunga pemberian dari mak , abah dan anyah
love u all !

Thursday, June 02, 2011

All about my big day !



Salam oullss...
Lama sungguh tak hapdated belog nih..Habuk dah setebal 3 inchi dan takde mood langsung youu!!...last update time title saya single. Alhamdulillah.. Kini telah selamat melalui kehidupan alam rumahtangga. Terima kasih tak terhingga kepada mak abah , adik beradik ku.. yang banyak membantu meringankan tulang menjayakan majlis saya ini. Thanks juga kepada family mertua, jiran tetangga, Haniz Catering, Jimmy Band, Sam Collection , Ogee Andam dan Lakar Lensa yang menjadi tulang belakang di majlis saya. Tak lupa kepada tetamu yang hadir especially rakan2 dari Sekolah Rendah .. SMTSI .. TNB .. PUO ..PSA dan lain2..












Monday, May 23, 2011

Jemputan Majlis Perkahwinan Saya



Map Rumah Pengantin Perempuan
Klik gambar untuk lebih jelas

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua rakan-rakan blogger saya.
Saya dengan sukacita menjemput semua rakan-rakan ke majlis perkahwinan saya pada

29 M E I 2011

bertempat di

Lot 1789 Jalan Muhibbah 5
Kg Tersusun Muhibbah
Batu 33 , Temoh
Perak Darul Ridzuan


semoga kehadiran datuk/datin/encik/puan/cik akan memeriahkan lagi majils ini.
Sekian ..
Terima Kasih

Wednesday, May 11, 2011

Bila hati mula berubah

Terkejut tak tengok tajuk post aku kali ni?
hahaha

Bukan

Betul lah apa yang selalu orang kata. Manusia ni tak pernah yang cukup dengan apa yang ada.Post kali ni serba sikit cerita pasal perilaku diri ni jugak la.

Bila merenung balik kehidupan aku di masa lampau, sedih rasa nya
Yelah, hidup adik beradik ramai. Tapi alhamdulillah.. aku di kurniakan abang-abang, kakak-kakak yang bertanggungjawab. Semua kehendak aku di penuhi even time tu dorang sendiri dah kering poket. Thanks Along , Anyah , Kak Yang dan Kak De..

Tapi bila di lihat life aku sekarang ni aku rasa makin boros untuk berbelanja

Kalau dulu zaman sekolah, aku rasakan handbag Bonia, Carlo Rino tu mahal ya amat.. Tapi jiwa semakin berubah mengikut aliran masa kini.
Masuk alam pekerjaaan ni, 1 tahun lebih.. aku habiskan duit berfoya-foya beli barang apa yang terlintas..terhajat kat hati ni. Puas sangat ! (sambil lidah terjelir..)
Dari beg sekolah Puma Biru (anyah beli) -> Radioactive (along beli) -> beg etnik sarawak (kak yang beli ) -> alfio raldo (mak beli) -> converse -> nike -> carlo rino -> guess

dulu aku cakap, teringin sangat nak pakai Guess.. dan siap cakap ni je last nak beli handbeg memahal..pasni takde lagi brand lain aku nak. tu janji time tengah nak pay kat kaunter ..ehehehe

Sekali .....
Aku dah mula terjatuh hati kat brand COACH la plak..
Aduii..
manusia-manusia tak pernah rasa cukup
kemonnn Sue, jangan membazir pelisss

1st design & colour yang paling aku minat
nak ! nak ! ada sape2 nak bagi free tak ??
;p


Simple & Nice

Ohh..Hitam itu menawan
tapi Encik Tunang dah bosan dengan colour ini
dia suruh aku jangan di bayangi oleh warna hitam



Sweet gituwww..
tapi da sama design dgn handbeg saya yang ni





Brown + Soft Blue
aummmm... lawa jugak


lawakan? korang-korang pun mesti terliur tgk design handbag Coach ni kan..
aduhaii..

Monday, May 09, 2011

Cak Ping Cak Pong

Berlalu sudah tournement Ping Pong TNB Selangor dalam ENTRI ini ..
Seperti biasa atlet-atlet bidan terjun seperti kami menerajui nya..
Terjun bukan sebarang terjun ..
Malah kaum hawa bukan lah penyebab kekalahan pasukan ini.. (hahaha ayat bongkak)

Berpoluhh aku dan Warda kalahkan stesen Port Klang, Klang, Kuala Selangor dan PBN
begitu juga dengan single perempuan Akma yg dapat anugerah Pemain Single Terbaik (P)
cuma luck tak berapa baik sebab markah di kira secara berkumpulan
single lelaki dan bergu lelaki kalah dlm setiap game
so saddddd ;(


ape bola skru? bola pusing?
hahh .. macam-macam bola lah ..

Pasukan Banting


Cak Lempong Perempuan


Pasukan Klang


Pasukan Petaling Jaya




GM Selangor





Akmal - Single Lelaki



Akma - Single Perempuan


Bergu Perempuan - Warda & Sue



Bergu Lelaki - Muzri dan Shahaizan






Kami menang bergambar ...hahaha


bagi support kat Akma

Muzri dan Akmal
Walaupun kalah.. korang menang bergambar
hahahahaa


makan pagi harus di utama ! model Teh Tarik 2011

Nak balik daaa...bye semua