Thursday, January 28, 2010

Pedoman Bersama ~sakitnya MATI

Allah merahsiakan saat kematian kita, adalah untuk melihat sejauh mana kita melaksanakan amalan yang telah ditetapkan kepada kita dan sedalam mana pula kita meninggalkan larangannya. Manusia yang hatinya sentiasa ingatkan mati, akan melaksanakan tugas yang telah diamanahkan kepadanya dengan lebih jujur, bersungguh-sungguh dan ikhlas untuk mendapat keredhaan Allah. Manusia begini sentiasa merasai setiap tingkah lakunya diperhatikan oleh Allah SWT. Dan ia juga mengetahui setiap tanggungjawab dan amanah yang dipikul akan ditanya satu persatu oleh Allah di akhirat kelak.


Kesakitan bila nyawa dicabut oleh malaikatul maut tidak dapat dibayangkan sama sekali. Walau bagaimanapun Nabi ada bersabda, maksudnya: "Bahawa Rasulullah mengingatkan tentang mati dan keseksaannya, maka sabda Baginda: Iaitulah sakitnya 300x tetakan pedang." Bayangkanlah jika kita ditetak atau dipukul dengan kayu, rotan mahupun besi bukan banyak, cuma sekali saja, itupun sudah tidak dapat digambarkan kesakitannya. Inikan pula ditetak dengan 300x tetakan.


Bayangkanlah sendiri. Cuba kita tanggalkan pula kuku daripada isinya, pastinya sakit tidak tertahan. Daging disiat-siat dan dilapah hidup-hidup, dahaga yang amat sangat sehingga air lautan di dunia ini tidak mampu menghilangkannya. Semuanya ini cuma secebis dari perbandingan kesakitan maut,malah beribu-ribu kali lebih sakitnya daripada itu. Oleh itu, untuk meringankan keseksaan roh ketika dicabut oleh malaikat maut, maka digariskan beberapa amalan tertentu yang perlu diamalkan. Antaranya:-

Sebelum tidur:
1] Bacalah surah Al-Ikhlas tiga kali
2] Selawat ke atas Nabi
3] Membaca tasbih


Amalan harian:
1] Sentiasa membaca Al-Quran
2] Memelihara solat terutama solat fardu
3] Menghormati (jangan bercakap) waktu azan diperdengarkan
4] Membaca tasbih
5] Membanyakkan sedekah
6] Sentiasa berzikir menyebut Allah


Amalan yang perlu dijauhi:
1] Dusta
2] Khianat
3] Mengadu domba
4] Kencing berdiri


Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: "Bersuci kamu sekalian dari buang air kecil kerana sesungguhnya kebanyakkan seksa kubur itu dari sebab buang air kecil."


Pada suatu hari malaikatul maut datang untuk bertemu dengan Nabi Idris as lalu Nabi Idris meminta agar malaikatul maut mencabut nyawanya dan kemudian Allah menghidupkannya kembali. Permintaan ini dilakukan untuk Nabi Idris as mengetahui kesakitan sakaratul maut agar taqwanya lebih mendalam dan teguh lagi. Maka Allah memberikan wahyu kepada malaikatul maut supaya mencabut nyawa nabi Idris dan meninggalkan ketika itu juga. Malaikatul maut menangis dan memohon kepada Allah supaya Dia (Allah) menghidupkan kembali Nabi Idris lalu dimakbulkan Allah.


Setelah di dapati Nabi Idris as sudah hidup kembali, malaikatul maut bertanya: "Ya saudaraku, bagaimana rasanya kesakitan maut?" Jawab Nabi Idris: "Sesungguhnya ibarat terkelupasnya kulit dalam keadaan hidup-hidup, maka rasa sakit menghadapi maut itu lebih dari 1000 kali sakitnya." Kata malaikat maut: "Secara berhati-hati dan tidak kasar yang telah saya lakukan khusus mencabut nyawa engkau itu, belumlah pernah aku lakukan terhadap seseorang pun."


Diriwayatkan lagi bahawa Nabi Isa as telah menghidupkan beberapa orang yang telah mati dengan keizinan Allah. Maka sebahagian orang kafir berkata: "Sesungguhnya engkau telah menghidupkan orang-orang yang telah mati yang masih baru, yang mungkin mereka itu belum benar-benar mati. Maka cuba hidupkan untuk kami orang yang telah mati seperti zaman yang awal dulu." Kata Nabi Isa as: "Cubalah kamu pilihkan?" Mereka berkata:Hidupkanlah untuk kami anak Nabi Nuh as (Sam bin Nuh)."


Maka Nabi Isa as pergi ke kuburnya, lalu mengerjakan solat dua rakaat dan berdoa kepada Allah. Dan Sam bin Nuh dihidupkan kembali, tetapi rambut dan janggutnya sudah beruban. Nabi Isa as hairan kenapa jadi begitu. Berkata Sam bin Nuh: "Saya telah mendengar panggilanmu dan saya mengira hari kiamat telah tiba, maka rambut dan janggut saya berubah menjadi putih seperti ini dari sebab takutnya hari kiamat. Berkata Nabi Isa as: "Sudah berapa tahun kau meninggal dunia?" Kata Sam: "Semenjak 4000 tahun lalu maka belumlah hilang sakit dari sakaratul maut."

Thursday, January 28, 2010

P.A.D.A.H




Salam..
bila tengok gambar-gambar ni.. naik bulu roma dan seram sejuk aku. Perasaan takut mula menyelubungi diri ni untuk bekerja dalam bidang yang aku ceburi sekarang ni.. Gambar ni merupakan gambar 2 pencuri yang mati terkena flashover akibat nak mencuri cooper di pepasangan voltan tinggi .. kalau kita dapat lihat, hampir 99% badan mangsa terbakar. Nauzubilllah.. sungguh berani mereka untuk melakukan aktiviti merbahaya ini. walhal duit yang mereka peroleh berapa sen sangat nak di banding kan dengan bahaya yang harus mereka hadapi. Semoga gambar ini menjadi iktibar kepada semua terutama yang bermain dengan radas Voltan Tinggi dan Radas Voltan Rendah.

Tuesday, January 26, 2010

2010 ~SoaLan Cepumas !!!!


2010 ~
dah nak sampai penghujung bulan Jan dalam tahun ni. Tapi apa aku dah buat ?Bosan dengan segala pertanyaan dari
umat sekeliling ni. asyik-asyik soalan yang sama..

"Bila nak kahwin"..

adoii..gue ni tuo sangat dah ke? duk asyik tanya dan tanya.. bila dah sampai masa dan ketika. gue kawen la.. ingat kawen senang ?? duit pun ada dua tiga kupang..lagi nak kawin..releks2 dulu.. Walaupun hakikatnya adik beradik serta abah suruh kawin.. tak cukup tu, office mate aku selalu sangat duk bercakap nak menjodohkan dengan anak sedara sepolan la..anak si Mak Bedah la..
uittttt.... tak payah la rekomen kan kak-kak..makcik2 ... kekadang tu,tak cukup bertanya selagi ada pamplet,template,email berkaitan pakej2 kawen,semua di tabur kat meja ni. tak cukup tu lagi,siap bagi no hp aku kat mak andam nih..gue belom nak kawen laaaaaa~.sekalung ucapan terima kasih la gue ucapkan..susah2 je letakkan atas meja gue yang memang bersepah ni.. hahaha..gue bukan ape.. sedangkan yang cari sendiri pun masih ada yang tak kena ini kan di kenalkan dek orang.. biarlah gue mencari nya sendiri.. dan kalau itu jodoh gue, kemana dia pergi..dia tetap dengan gue..

Insyaallah, sampai masa nya..akan gue edarkan .. tapi bila ketika nya entah la.. hahaha

(^^,) (^^,) (^^,) (^^,) (^^,) (^^,) (^^,) (^^,) (^^,) (^^,) (^^,) (^^,)


Wednesday, January 20, 2010

Trouble is a friend ~Lenka

Trouble he will find you no matter where you go, oh oh
No matter if you’re fast, no matter if you’re slow, oh oh
The eye of the storm or the cry in the mourn, oh oh
You’re fine for a while but you start to lose control

He’s there in the dark, he’s there in my heart
He waits in the wings, he’s gotta play a part
Trouble is a friend, yeah trouble is a friend of mine, oh oh!

Trouble is a friend but trouble is a foe, oh oh
And no matter what I feed him he always seems to grow, oh oh
He sees what I see and he knows what I know, oh oh
So don’t forget as you ease on down the road

He’s there in the dark, he’s there in my heart
He waits in the wings, he’s gotta play a part
Trouble is a friend, yeah trouble is a friend of mine, oh oh

So don’t be alarmed if he takes you by the arm
I won’t let him win, but I’m a sucker for his charm
Trouble is a friend, yeah trouble is a friend of mine, oh oh!

Oh how I hate the way he makes me feel
And how I try to make him leave, I try
Oh oh, I try!

He’s there in the dark, he’s there in my heart
He waits in the wings, he’s gotta play a part
Trouble is a friend, yeah trouble is a friend of mine, oh oh

So don’t be alarmed if he takes you by the arm
I won’t let him win, but I’m a sucker for his charm
Trouble is a friend, yeah trouble is a friend of mine, oh oh!
Ooo, oh ooo, ooo ahh

Friday, January 15, 2010

Adnan Sempit ~superbbbbb !










Durasi:1 Jam 25 Minit
Pengarah:Ahmad Idham
Lakonan:Cat Farish, Intan Ladyana, Julia Hana, Reanna, Shaheizy Sam

Sinopsis:

Mengisahkan Adnan, seorang mat rempit yang berusia lingkungan 27 tahun. Adnan atau lebih dikenali sebagai Nan Sempit di kalangan rakan-rakannya adalah seorang anak yatim piatu yang dibela serta dijaga oleh makciknya sejak kecil selepas kematian ayahnya. Namun dia berhijrah ke Kuala Lumpur kerana tidak mendapat kasih sayang dan layanan yang baik dari keluarga makciknya. Di ibu kota, Adnan tinggal bersama Macha, abang saudaranya dan menjadi tempat dia meluahkan rasa hati. Dia mula hidup di Kuala Lumpur dan bekerja sebagai mat despacth di sebuah syarikat swasta dan menyimpan perasaan pada bosnya,Nadia.

Nadia dilahirkan dalam keluarga mewah dan stabil dalam kerjayanya. Nadia sering ditemani pembantu peribadinya,Wawa.Wawa adalah teman wanita kepada Bobby dan juga menjadi sahabat pada Adnan. Nadia pernah kecewa akibat putus cinta, menyebabkan Nadia susah dan takut untuk bercinta lagi. Sehinggalah pada suatu hari, rakan-rakannya merancang untuk membuat “reunion party”. Pada mulanya Nadia kurang bersetuju, tetapi Nadia disindir enggan pergi ke reunion tersebut kerana malu tiada teman lelaki. Nadia tercabar dan kebetulan Adnan lalu di hadapan mereka dengan tidak sengaja. Nadia terus menarik Adnan dan terus memperkenalkan Adnan adalah teman lelakinya. Adnan terkelu. Sejak peristiwa itu,pelbagai cerita yang berlaku antara mereka sehinggalah pada satu hari Nadia cedera akibat diserang sekumpulan remaja dan telah diselamatkan oleh Adnan. Nadia mula menyimpan perasaaan pada Adnan. Walaubagaimanapun Nadia tidak pernah mengabaikan kerjayanya sehinggalah Nadia telah mendapat tender kontrak besar dari Datuk Harun seorang usahawan yang berjaya dan telah bertemu dengan Jofri. Jofri adalah rakan Nadia ketika di kolej mempunyai agendanya tersendiri. Jofri menyimpan hasrat dendam pada Adnan untuk memiliki Nadia dan bersubahat dengan Zack bagi membantu rancangannya memisahkan Adnan dan Nadia selain ingin mendapat tender Datuk Harun.

Namun, Nadia dan Adnan semakin mesra, Nadia berjinak-jinak dengan dunia Adnan sebagai seorang mat rempit dengan niat untuk mengenali Adnan dengan lebih mendalam. Nadia sangat teruja. sehinggalah satu kejadian berlaku di mana Zack telah cuba mengambil kesempatan pada Nadia dan Adnan menyerang sehingga menyebabkan pergaduhan besar. Nadia mula merasa tidak selesa serta memarahi Adnan dan semenjak kejadian itu Nadia mula rasa benci pada Adnan walaupun Adnan cuba memujuk. Nadia mengambil keputusan untuk memecat Adnan selain memaki dan menghina Adnan. Jofri mengambil kesempatan itu untuk menenang dan menceriakan Nadia dengan harapan Nadia jatuh ke tangannya. Namun,segalanya terbongkar apabila Adnan mengetahui Jofri dan Zack bersubahat merancang segalanya selepas Jofri mengupah Zack merompak bag laptop yang mengandungi pelbagai proposal dan dokumen penting untuk tender Datuk Harun. Nadia menyesal mengenali Jofri. Nadia cuba memandang Adnan tetapi Adnan tidak mengendahkannya dan berlalu pergi... nak tahu ape kesudahan nye? Saksikan sendiri.. dari mula sampai la habes.. penuh dengan hilai tawa para penonton !


Wednesday, January 13, 2010

Majlis Berendoi Qistina

Muka terbaru Qistina setelah 4 bulan

Time Mak Bidan,cukur jambul ..

Photographer jemputan .. :-P

Qistina pas botak..huahua







Hari ini updated blog pakai lappy kak ipar aku.. Malas nak on laptop sendiri..Belek punya belek..ternampak picture Majlis Cukur jambul anak buah aku yang paling latest nih.. hehe.. Buat pengetahuan,baby ni dah 4 bulan..Tarikh cukur jambul ni buat pada 4/11/2009..tapi baru la ni aku updated ..hahaha...Sorry Anyah,tak jumpa picture..ni baru gua updated..haha



Tapi dalam banyak anak buah aku,si Qistina ni la..paling banyak ragam..banyak peel..banyak hal.. lain macam perangai dia nih.. Kalau nak tido siang..letak dalam buaian..pantang kalau buaian tu tak di henjut..dia nak sentiasa berayun je..sampai abang aku pun surrender nak jaga..
huhu~

Tuesday, January 12, 2010

KurSus ERMS~

Salam..

Huhuhu.. time aku update blog ni..aku ada kat Wisma TNB Jln Kepong dalam nama lain Office TNB KL Barat lah.Sementara instructor tak masuk lagi..baik aku online.. hehehe. ke sini aku datang untuk training updating data system Banting dalam ERMS.. Dah rasa reunion bacth intake TNB aku lak.. Majoriti kawan2 yang ada sumer nya satu bacth dan kenal.. So, tinggal esok satu hari lagi.. Kami berkursus.. Semoga segala data untuk stesen masing-masing dapat di updating dengan penuh berjaya..dan Selangor Jagoan mempunyai 100% dalam percentage nya di antara negeri-negeri yang lain..Chayok2 Selangor !!

Tuesday, January 12, 2010

My BFF WeddiNg ~ HUda Zulkefli











Congrat's Huda dan Rizal..
akhirnya ke jinjang pelamin..
Semoga menjadi isteri yang solehah dan terbaik di mata suami..

Monday, January 11, 2010

Aku Cinta Allah ~Wali Band

Andaikan diriku bisa
Seperti yang lain
Yang Kau sayang
Yang Kau rindukan
Yang Kau cintai

*
Aku lemah tanpaMu aku lelah
Aku sungguh tak berdaya
Tolongku
Tolongku
Yaa Allah

Reff:
Setiap air mataku mengalir
Allah aku lemah dan tak berarti
Setiap derai tangis membasahi
Allah jangan tinggalkan aku lagi

**
Aku sayang Allah
Aku rindu Allah
Aku Cinta Allah

Back to *
Back to Reff
Back to **
Back to Reff

Syahdu bila dengar,tidak memerlukan lirik yang puitis..Pendek..jelas dan mudah di fahami..

Sunday, January 03, 2010

T.a.H.N.i.a.H

Akhirnya termeterai juga impian yang selama ini dia mahukan. Mungkin rezeki dia lambat dari kawan-lawan seangkatan nya. Tapi alhamdulillah,penantian yang selama ini dia tunggu akhirnya sudah dapat di genggam dalam tangan. Sekalung ucapan tahniah kepada insan yang teristimewa iaitu Shahrul Nizwan Bin Ismail kerana berjaya dalam temuduga Juruteknik TNB sesi January 2010 Bahagian Penghantaran (Transmission). Welcome to TNB Family ..

Bermula dengan melihat iklan tawaran Juruteknik Kontrak Bhgn Penghantaran..kemudian di isinya borang di saat akhir.dah tu siap cakap gambar pulak takde.hmmm ..Tarikh tutup jatuh pada hari dia hantar borang..Rasa macam nak telan je dia nih.Suka buat kerja last minit. Padahal borang tu dah lama bagi,dia siap peram dulu.Nasib baik la Bukit Jalil dengan PJ tu dekat..hantar by hand tu.Lama jugak menunggu,akhirnya dia melepasi dari saringan pertama iaitu temuduga dan seterus nya melepasi saringan kedua iaitu Medical Check up dan akhirnya pada 29 Dis 2009.. Surat lapor diri di terima oleh nya di samping ibu dan keluarganya.. Tahniah syg !

Dengan kedatangan tahun baru ini,dengan pekerjaan yang baru. Aku harapkan dia bekerja bersungguh-sungguh dan dapat memegang amanat dan tanggungjawab sebagai anak sulong didalam keluarganya. Semoga semua impian mu tercapai.. May God Bless U sayang...