Monday, August 31, 2009

Happy National Day


Dalam kesempatan ni aku mengucap Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Ke 51
buat korang, rakan-rakan sekerja dan ahli keluarga.
Aku bangga menjadi anak Malaysia.
Kita punya banyak sumber makanan, kestabilan ekonomi dan kita juga punya kelebihan untuk menjana income seharian

Aku bersyukur menjadi anak Malaysia, kerana Aku diberi pendidikan,
sumber ilmu dan peluang besar untuk mencapai kejayaan dalam kerjaya, keluarga serta kehidupan.

Menjadi anak Malaysia membuat Aku punya peluang melakar hidup lebih bahagia!

Jika Aku ditanya apa pengertian merdeka pada aku, jawapannya,
biar kita merdeka dari rasa takut dan merdeka dari perampas impian.
Biar merdeka di jiwa, juga di minda.

Takut yang cemana? Takut membuat sesutu kerana tak pasti menjadi ke tidak.

Takut adalah perasaan dominan yang menghalang ramai orang berusaha rajin memburu kejayaan.
Takut benda tak menjadi, takut gagal dan takut merana.

Apa pula takut dari perampas impian? Takut dengan orang-orang yang mentertawakan usaha kita
memburu kejayaan dan usaha keras kita merealisasikan impian. Kita selalu takut berdepan dengan mereka.

Biasanya mereka akan memberi komen-komen seperti ..

"jangan nak mimpilah"

"hmmph, impian konon, boleh tercapai ke?"

Kita perlu merdeka dari rasa takut usaha tak menjadi dan takut usaha keras kita diketawakan orang .
Kita perlu bebaskan minda dari semua itu.

dan yang terakhir dan yg paling penting..
luhur dari hati aku..
merdeka adalah bebas dari penjajah..
Hidup Tanah Melayu..

Merdeka di jiwa di minda memberi maksud berlainan bagi setiap orang.
Bagi aku, maksud ketiga2 nya aku dah kongsikan di atas. Itulah slh satu makna merdeka pada diri aku..

Merdeka ! Merdeka ! Merdeka

0 comments: