Wednesday, December 08, 2010

Tips Bagi Menjaga Jantung Anda

Salam Jumaat ~
Pagi ini terdetik untuk sharing maklumat bagaimana nak jaga jantung kita yang merupakan aset terpenting dalam tubuh seorang manusia. Bukan apa, kebanyakan penduduk Malaysia amat senang untuk menjerumuskan diri ke penyakit "J" ini.



Antara sedikit tips yang boleh kita lakukan adalah :

1.Elakkan dari meminum minuman yang mengandungi kafein yang boleh merosak buah pinggang dan elakkan sama sekali apa jua jenis krimer yang dibuat dari selain susu (non dairy creamer)
2. Elakkan dari mengambil coffee mate kerana ia adalah non dairy creamer
3. Elakkan makan ais krim kerana mengandungi krimer yang tinggi
4. Elakkan susu pekat manis yang mengandungi krimer dari selain susu.
5. Elakkan memakan sebarang makanan yang mengandungi margarine
6. Elakkan memakan burger, nudget, kentang goreng, potato chip dan segala yang sewaktu dengannya
7. Elakkan mandi selepas makan
8. Amalkan amalan: Ambil segenggam kacang hijau, rendam dalam air kira-kira 10 minit,selepas itu rebus asal masak dan bukan rebus sehingga pecah tanpa membubuh garam. Selepas itu buang air rebusan dan makanlah kacang hijau ini dan amalkan amalan ini setiap hari.
9. Boleh beli jintan hitam dan makan setiap hari atau pun belilah yang sudah siap diproses atas nama habbatussauda
10. Amalkan makan sayuran pahit seperti kailan, peria, pegaga, daun ubi, pucuk betik, ulam-ulam dsbnya.
11. Kurangkan makan nasi lemak terutama sekali nasi lemak di kedai kerana mereka mencampurkan minyak masak kepada nasi lemak agar nasi lemak ini kelihatan cantik berderai dan tidak melekat.



p/s : baru jerk pagi tadi bekpes nasi lemak ~
Ouchhh kena stop mamam nasi lemak, kata kan YA pada Quacker Oat :)

5 comments:

Unknown said...

aku plg risau ngn jantung ni.. ari2 au bersenam x kasi mati cpt.. :)

Ellysu Bahari said...

itu sudah semestinya...
mari bersenam bagi mengelakkan jantung kita di selaputi lemak tepu ..

Unknown said...

One of the truly best blog..

www.fdausamad.blogspot.com

Baca 3-4 entry lepas tu mesti jadi ketagih!

i m not kidding..blog brader ni memang awesome!

hamzah ian said...

yg penting exercise selalu.. haha

Ellysu Bahari said...

hamzah : yup..mmg bersenam itu penting ! dapat sekali seminggu pun dah memadai..