Thursday, April 29, 2010

<< Bila Mau Start Study >>



Huhh.. Permulaan cerita dah mengeluh aku nih. Bukan apa. Minggu hujung bulan April ni adalah minggu paling sibuk , paling pack aku rasa. Dengan tengah Audit GIA unit Maintenance ni. Dengan aduan customer Low Voltage, tiang condong,talian sagging.. Huhh.. Berpeluh den nak attend weii~

Tak cukup tu,minggu ni hujan+angin=ribut kawasan Banting ni. Aduhaii..time den standby la ribut taufan,pe lagi.. Banyak la pokok2 menyembah Overhead 415v aku ni. Ape lagi "breakdown" ler.. Orang duk kata "Masyukkkkkkkk".. Masyukk menda. Den surrender dah wei. Kalau dapat minggu ni hingga 19 Mei den nak kojo office hour ..ngam 5.15pm gedebus balik. Tapi sampai skang den tak dapat archieve nak balik awal ! Pagi-pagi dah kuar estimate + pantau kerja kontrak .. Tengah hari berhenti lunch,tu pun kadang2 lunch dah nak kul 4pm.. Camna den tak dapek gastrik.. huhu..

Ni dah nak masuk 1 Mei, tinggal lbh kurang 2 minggu aku nak final Sem 3 nih.. Tapi satu ape den tak study lagi. Pe nak jadi Sue oii.. kecut perut gak bila memikirkan nya. Subject Mate ? den nye killer paper tu.. Takut + Cuak + gabra! haishh.. Dah tu satu, antara paper Mate dgn Paper Data Comm langsung takde gap .. satu kira-kira..satu ngafal teori..hmm.. Data Comm alhamdulillah aku dah mula study skit2.Harap study kat office sementara tak de call breakdown..


Komunikasi Data



Table den yang berterabur


PC Office yang telah di salah guna ~study tue..hahaha

Jadi la . Tapi Mate ni ..satu ape tak selak pun nota2 ..Harap belajar time kuliah je. Tekad ! Pas abis Standby Week ni, den nak mula study Mate.. Tak bole jadi nih..
Doakan den dan rakan2 den berjayo eh..

Friday, April 23, 2010

PerGi nYa LoCaL TranS PPU TPG No 1


Kedudukan asal Transfomer Local Trans di PPU TPG No 1

Bila di imbaskan kembali, dalam banyak2 Shutdown yang aku arrange. Ngeri pun ada rasanya. Shutdown Mengubah Off Point LV.ape tu?? Kira macam aku kena ubah punca bekalan elektrik dari source PPU TPG NO 1 ke Pencawang Rotai.Shutdown ni terpaksa di lakukan sebab nak merombak Transfomer Local Trans 33KV ni. dan di sebabkan TPG ni kawasan ataupun Zon jagaan aku. aku kena handle lor..Kawasan ni nak di naikkan banggunan PPU yang baru.Shutdown ni penuh dengan cabaran dan dugaan. Bertalu-talu dugaan datang. Dari masalah keluar barang, kena sound dengan GM Jo****** nye.. sebab takde permit nak lay kabel kawasan dia.. Dah tu kontraktor wat hal nya.. Tapi semua itu dapat di harungi oleh aku dan penyelia . eh yeke? nak nangis jugak ler..siap call mengadu domba dengan yg tersayang.. hahaha .Alhamdulillah,setelah berkampung 3 hari 2 malam stgh kat situ segala nya selesai dan skang telah pun di feedback supply nya dari Pencawang Rotai. Dah siap lay Single Core 500mmp.. Align CenterSkang keje merombak Transfomer Local Trans ni plak untuk di bawa balik simpan di Stor Transit. Jom tengok saat2 akhir TX Local Trans ni di kedudukan asalnya.. isk3.. sedeyyy...

Vendor nak sangkutkan Hook Auger kat TX Guard~


Dah sangkut.. Nak tarik da :-(


Selamat di angkat tanpa gegaran supaya minyak TX tak licking

Local Trans dah atas Auger Vendor


Di ikat supaya lebih kemas dan tak bergerak ke sana ke mari


Auger berlalu, SELAMAT JALAN Local Trans :-(


Langsai ~ Skang dah kosong .. Pihak 33Kv dah boleh tanam cerucuk


Transfomer Kesayangan aku dah selamat berkunci di Stor Transit..
Dah siap banggunan baru PPU TPG tu , kita feedback normalise balik ok?
Buat masa ni, kamu ( TX) releks2 sebelum di energised kan..
:-)

Thursday, April 22, 2010

Iman Membesarrrrr Riangggg !


Ni time Iman shopping @ Tesco Kampar

Ini lah anak saudara pojaan ramai dalam family ku.. Nama nya Nurul Iman Syuhada .. Boleh juga di panggil Iman ataupun Cukada (atok yang bagi) .. Sedar tak sedar usia Iman semakin membesar. Dah setahun empat bulan... Dari baring dah meniarap.. Dari meniarap dah merangkak..Dah merangkak dah tumbuh gigi.. dan sekarang dah dapat kaki..

Rutin harian Iman, Wake up je pagi2.. Nama first dia akan panggil adalah "Pahhhhhhhhh" iaitu Opah tercinta nya. Dah panggil Opah dia, dia kan tunjuk jari kat lelangit lidah dia menandakan yang dia nak susu.Hanya opah dia je tau ragam budak sorang nih..Dah dapat sebotol susu, dia akan bertenaga dan turun dari katil (sambil di perhatikan oleh opah la) .. dan pe lagi.. berlegar-legar la serata rumah.

Time tu kalau grill or pintu tak tutup.Maka, sampai ke jalan dan silap2 sampai ke rumah Opah Milah ,Iman boleh berjalan.. Penah jadi ooo.Opah panggil2.. Senyap jerkkk.. Last tengok gate umah terlapang..dia boleh sengih depan rumah Opah Mila .. Nauzubillah..Iman punya hal..

So kat bawah ni boleh la tengok gambar2 Kucuk Kango Makcu nih...



Before Mandi Pagi..


Iman dan Ibu Mucukkk dia~


Iman in Ivy Ebony Black ~sambil makan roti jagung


Iman with MakDe.. Along Iman turut mencelah :P


Iman & Cousin dia.. Along Nana~


Iman @ Playground ~



Ni gambar paling latest Iman.. Dah boleh jalan wooo~

Tuesday, April 13, 2010

Retrosyndicate Punya Cerita !


Dalam banyak-banyak forum kereta. Forum ini la paling lama aku pernah join. Forum yang memaparkan kisah2 keta lama atau pun lebih di kenali kete Retro lah. Nak di jadikan al- kisahnya.. Di sebabkan terlalu lama aku tak onl9 forum RS ni.. aku terus lupa dia nya password daaa.. hahaha. Maklum la skang zaman Facebook.. Apa2 event ke TT Teh Tarik ke ape ke tentang Forum RS ni dah tentu aku akan di invite di FB.. Jadi skang ni tiba masa untuk aku aktifkan semula diri ni dalam Forum Retrosyndicate ini.. Yeeehaaaaa.. Tapi agak sedih sebab aku kehilangan sorang rakan RS iaitu Bard .. Arwah Bard telah pun kembali ke Rahmatullah pada 10 Feb 2010 yang lalu di sebabkan kemalangan. Semoga roh nya di cucuri rahmat. Al ~ Fatihah..

Tuesday, April 06, 2010

Kasihnya Mak Abah

Syukur ke hadrat Ilahi, aku hampir pulih ke sepenuhnya. Berkat dari doa insan-insan sekeliling aku. .. Alhamdulillah... Di dalam perjalanan menaiki Bas Edaran Tapah - KL .. Ayat di bwah berlegar-legar di ruang pemikiran

" Bolehkah suatu hari nanti,aku menjaga Mak dan Abah seperti mana mereka menjaga aku ketika sakit ini? ".. kata diri ini..

" Ah.masakan tidak.. ", balasku ..

Ya Allah, bila mengimbaskan kembali nostalgia Jumaat yang lepas.. Jelas terpancar wajah kerisauan di wajah kedua orang tuaku tatkala aku mengatakan aku semakin teruk dan tak sihat. Dengan tidak semena.. Teksi di jadikan pengangkutan untuk mengambil diri ini di Sungai Buloh.. Betapa letih nya dapat aku rasa kan. Nak drive tak sanggup badan tak mengizinkan..Tapi di sebabkan nyawa seorang anak.. Abah dan Mak begitu tabah mengambil aku.. Tak cukup tu ketika di tahan di Ward.. Subuh-subuh Abah datang hantar sarapan pagi.. Tengah hari datang.. Petang datang.. Tiada istilah " PENAT" agak nya di mulut mereka ini.. Ya Allah, aku bersyukur sebab di kurniakan Mak Abah yang begini. ..

Hampir seminggu aku bersama Mak Abah.. di tatang bagai minyak yang penuh..dijaga..di belai..Aku lihat Mak Abah tak penah sedikit pun rasa jemu melayan karenah aku yang lagak nya seperti seorang budak. Kelihatan raut wajah keduannya semakin tua di mamah usia.. Ya Allah. tah mengapa malam ini begitu sedih bila mengimbaskan kenangan itu.. Semoga Allah melindungi kedua-dua orang tuaku di kampung dan moga di sihatkan tubuh badan mereka berdua.

Love Mom & Dad

Thursday, April 01, 2010

Kenangan di Tanah Suci \(^_^)/


Sempat di capture oleh saya dgn camera hp
danger !! ikutkan x bleh bawak hp bercamera ooo




Dalam Feri di Sungai Nil


with Bonda Tercinta di Makan Imam Syafie



Kilang Roti Kerasssss..


Seperti mahu terbang..Kenangan di Kubu Pertahanan Salahuddin Ayubi


Kenangan Sekeluarga






Dewan Malaysia Abbasiah Kaherah


Sarapan Pagi di Rumah Anak Selangor di Kaherah


Tak dapat study, ambil gambar jadi la.. muehehe


Tiba di Airport Cairol


Peewittt..
Bonda saya sedang posing sambil menunggu Pakwe Zainal ~

Ni tengah tunggu Bus sampai nak g Ziarah ~
Saya dan Bonda

Morning Face from me..
ni kat Hotel lagi before brekpes!

Salam..
Di atas ni ada beberapa foto kenangan saya dan keluarga sepanjang menunaikan Umrah di Tanah Suci.Pengalaman yang tak dapat saya lupakan.. Alhamdulillah segalanya saya lalui dengan lancar. Bermula dengan Ziarah Kaherah, Madinah dan seterusnya ke Tanah Suci Mekah.. Pelbagai kenangan dapat di timba ..dengan budaya .. Ape yang boleh di simpulkan ini lah hadiah hari lahir saya yang paling tak dapat di lupakan pemberian Bonda tercinta.. Mahu lihat lebih banyak gambar? Rakan-rakan boleh ke Photo Facebook saya ya ..

Wassalam ..














Thursday, April 01, 2010

Campak Girl..

Dugaan..dugaan.. Setelah pulang dari Tanah Suci..Mula nya di serang demam,selsema dan sakit2 kepala.. Isnin gagahkan jugak ke office.. Maklum la keje banyak..2 mggu nye keje menunggu. Seperti biasa.. Lunch tengah hari aku dan Akma seperti biasa makan la Bihun Sup Taxi Stand.. Nak di jadikan cite..Bintik2 merah mula naik sejam pas aku makan tu..tmpt 1st ruam ni naik kat pergelangan jam ni.. tak ambil port pun.. then petang tu..sblm balik sggh la pasar malam..jalan punya jalan tak beli ape..sampai le keta..Menung jugak..ape motif aku singgah pasar malam ni.. Aku patah balik..dan g kedai Ayam Percik Yusof ( femes kat Banting).. balik aku pun makan la..

Dalam pukul 2 pagi.. aku rasa len macam kat lengan.. garu.. ye lah nyamuk gigit kan.. garu dan garu sampai tak tahan.. aku bangun,hummmm dah naik ruam2 ..banyak..sampai la kat kaki pun ada.. G klinik pagi selasa.. Doc cakap aku allergic makanan dan serangga.. bagi ubt makan dan sapu.. Balikk dpt MC... Ubat tak lut rr.. Pas mgrib aku tak tahan..aku g balik.Ni dpt injection satu..tetttttttttttttt... sakit nyeeeee..Hopefully aku sembuh ! Selasa di beri MC.. tp aku tak MC.. Maintenance perlu kan aku untuk siapkan data Tools untuk budget Tahun 2010/2011.. Aku gagahkan.. Wat keja macam biasa.. Sedih gak kenkadang duk kat Maintenance ni.. Dah kat nak 2 tahun air cond tak elok2.. Kejap repair..kejap out.. Nasib aku dpt kawan2 yg prihatin..Kiri kanan di letakkan kipas..dengan harapan aku tak berada dalam kepanasan.. Thanks a lot friend :)

Tapi bila dah nak kul 5 aku rasa makin tak lalu..kat bawah lutut aku rasa sakit sgt..Ingat nak g Emergency kat Hospital Banting ni.. Tapi takut lak kalau kena warding susahkan abang aku nak kesini.Kuat kan jugak drive ke Sg Buloh.. Sampai terus g Hospital Sg Buloh.. Kena g Jab Pesakit Luar.. last.. di sahkan aku menjadi Campak Girl... huhu.. MC sampai Jumaat~ Dugaan..Dugaan..

Nak balik kampung .. Weekend ni punya kuliah ada Ujian.. Semoga aku cepat sembuh !