Balik kampung jer..Kolam Ternak Ikan dan Sawit pasti kami adik beradik kunjungi.. Tapi sebelum ini,tak boleh memancing..tapi balik yang lepas ni. Boleh kata kan tiap2 pagi dah menjadi rutin melawat sambil mancing. Cucu-cucu abah di bekalkan sorang satu joran yang di buat dari batang pokok bertam.. Dengan penuh kasih sayang,Abah letak kan umpan untuk tiap2 joran cucu-cucunya.. Tu la kasih Atok terhadap cucunya...Hmm..
hoho..tapi bukan cucu dia je yang nak mancing, anak2 abah pun sama.. baik anyah,along dan aku turut gian nak mancing,tapi apakan daya..joran tak mencukupi..kejap2 jadi la ..tu pun pinjam dan berebut joran dengan Awi anak buah sulong aku.. haha..
De dengan Abg Sham tengok je lah..Maklum la..tak sesuai dorang nak memancing memandangkan Kak De tengah pregnant. Org dulu2 kata tak elok kan..Jadi mereka berdua di amanatkan menjaga Kucuk Kango aku iaitu Baby Iman !
Tapi itu lah, tak semestinya memancing kat kolam ikan, umpan kita pasti mengena.. Jadi lah aku dapat naik kan anak ikan puyu..haha..kena gelak dek anak2 buah aku jer..Maksu tak pandai mengail ! lantak la korang.. Yang penting..Aku happy dapat berkumpul adik beradik ramai2 macam ni.. dan aku bahagia mempunyai family begini.. (^_^)