Tuesday, February 09, 2010

26 hari lagi


Assalamualaikum ..

Resah gelisah..Aku pun tak pasti kenapa dengan diri ini.. smbil dengar lagu "Selagi Ada Rindu" ni.. ku coretkan ape yang terbuku dalam hati ni..Rindu terhadap Yang Maha Kuasa.Sedar tak sedar, masa makin hampir . Segala persiapan sudah pun di buat. Bonda tercinta banyak membantu dalam persiapan ini.Thanks Bonda.. Cuti pun dah di approved oleh Pengurus Kawasan. Macam-macam bermain di fikiran. Mampukah aku untuk melakukannya ? mampukah aku untuk menghadapi segala cabaran dan dugaan ketika di sana? Kau tabahkan hati hamba mu ini Ya Allah..

"Ya Allah,Ya Tuhanku..
Kau permudah dan lancarkan lah segalanya",

Semoga aku, mak, pakwe dan maknyah di sihatkan tubuh badan dan dapat buat segala nya dengan sempurna.
amin ~

2 comments:

zull said...

Alhamdulillah dpt menjejak kaki ke tanah haram pada usia sebegini..doakn kami dcna nti.

Miz Ellysu Bahari said...

Alhamdulillah..insyaallah Zull..