Sunday, February 28, 2010

Sepetang di Pekan Ipoh ~

Lokasi : Jusco dan Pekan Ipoh
Masa : 03pm - 01 am
Tarikh : 14 Feb 2010

Agenda : Makan Pizza .. Ronda2 habis duit ,De cari barang baby, cuci mata dan usha motocross Pak Sham di Tambun


Uhh..letih jugak la melayan karenah 3 orang budak dalam Jusco tu..dah la dengan crowded nye.. macam2 perangai dorang ni ada.. naik pening aku dan Kak Yang di buatnya.. kering air liur jugak la menjaga nya..dan aku siap remind setiap sorang kalau sesat dan terpisah daripada kami supaya cepat2 cari kaunter bayar suh inform cari Maksu dan Ibu maklum la orang ramai kan..So,tengok jelah aksi2 dari diaorang ni .. Layannnnnnnn...........................




Hah ni plak gambar aku..Iman dan motocross yang Pak Sham tak jadi beli tu.. Malam tu jugak Pak Sham dan Makde pegi nego price kat owner motorcross nih.. tapi takde rezeki sebab motorcross ni dah ada buyer.. So,cari yang lain je la Makde dan Pak Sham..Sempat lah aku melaram jap..Nak bawak kaki "panjang" sangat... hahaha
j


Sunday, February 28, 2010

Kolam daN JoraN~



Balik kampung jer..Kolam Ternak Ikan dan Sawit pasti kami adik beradik kunjungi.. Tapi sebelum ini,tak boleh memancing..tapi balik yang lepas ni. Boleh kata kan tiap2 pagi dah menjadi rutin melawat sambil mancing. Cucu-cucu abah di bekalkan sorang satu joran yang di buat dari batang pokok bertam.. Dengan penuh kasih sayang,Abah letak kan umpan untuk tiap2 joran cucu-cucunya.. Tu la kasih Atok terhadap cucunya...Hmm..


hoho..tapi bukan cucu dia je yang nak mancing, anak2 abah pun sama.. baik anyah,along dan aku turut gian nak mancing,tapi apakan daya..joran tak mencukupi..kejap2 jadi la ..tu pun pinjam dan berebut joran dengan Awi anak buah sulong aku.. haha..


De dengan Abg Sham tengok je lah..Maklum la..tak sesuai dorang nak memancing memandangkan Kak De tengah pregnant. Org dulu2 kata tak elok kan..Jadi mereka berdua di amanatkan menjaga Kucuk Kango aku iaitu Baby Iman !


Tapi itu lah, tak semestinya memancing kat kolam ikan, umpan kita pasti mengena.. Jadi lah aku dapat naik kan anak ikan puyu..haha..kena gelak dek anak2 buah aku jer..Maksu tak pandai mengail ! lantak la korang.. Yang penting..Aku happy dapat berkumpul adik beradik ramai2 macam ni.. dan aku bahagia mempunyai family begini.. (^_^)


anyah mencuba nasib untuk mengail..

memerhati tindak tanduk setiap anak2 buah

Friday, February 26, 2010

all iN oNe




Salam pembuka bicara..
Lambat updated post yang ni.maklum la..gambar nya tiada.Balik Chinese New Year tu hari..selamat lah kenduri yang telah di rancang.Alhamdulillah..Kenduri ni merangkap kenduri Tahlil buat ahli keluarga terdekat yang telah meninggal dunia .. + kenduri Doa Selamat untuk Kakak Tercinta yang dah cukup bulan + kenduri doa selamat untuk kami anak beranak yang bakal berlepas dan merangkap sambutan hari lahir untuk saya dan Kak Yan iaitu Kakak Ipar sulong saya..Eh yeke ??? haha Dengan menu yang simple, kenduri lepas isyak kan..semua nya selamat di jamu pada jemputan..

Nak di jadikan cerita,kami adik beradik langsung tak janji nak sama2 pakai jubah hitam time kenduri ni. tp atas rasa hati yang kuat.. Masing bawak balik jubah hitam..last2 time nak iron semua gelak..dah macam berjanji plak nk pakai jubah .. so sweet my sista ! tapi Mak Buyung iaitu Sista De.. kamu tidak tersenarai..kerana.. kamu memakai uniform Ibu Mengandung.. hahaha..Jangan jeles kami berlima termasuk Bonda memakai Jubah Black Maria.. hehe.. So boleh la tgk sekeping..dua..tiga..memories yg sempat di capture.








Monday, February 22, 2010

Meningkat Tua..

Sekejap saja masa berlalu.. dah 11 hari berlalu dari tarikh 11 Feb 2010.. Meningkat satu tahun lagi .. semakin tua dan tua..ahh apa yang pasti saya tetap harung dengan life sebegini.. untuk tahun ini..tiada sebarang sambutan yang meriah pun... dan tahun ini tiada apa pun yang best untuk di kongsi bersama.. tah la..mungkin di sebabkan umur yang semakin meningkat..but thanks to my BFF yang menyambut birthday saya tempoh hari..

Dengan umur yang baru ini.. saya akan tabah menghadapi segala cabaran dan dugaan dan melaksanakan tanggungjawab saya sebagai anak terhadap kedua orang tua saya..

Tuesday, February 09, 2010

26 hari lagi


Assalamualaikum ..

Resah gelisah..Aku pun tak pasti kenapa dengan diri ini.. smbil dengar lagu "Selagi Ada Rindu" ni.. ku coretkan ape yang terbuku dalam hati ni..Rindu terhadap Yang Maha Kuasa.Sedar tak sedar, masa makin hampir . Segala persiapan sudah pun di buat. Bonda tercinta banyak membantu dalam persiapan ini.Thanks Bonda.. Cuti pun dah di approved oleh Pengurus Kawasan. Macam-macam bermain di fikiran. Mampukah aku untuk melakukannya ? mampukah aku untuk menghadapi segala cabaran dan dugaan ketika di sana? Kau tabahkan hati hamba mu ini Ya Allah..

"Ya Allah,Ya Tuhanku..
Kau permudah dan lancarkan lah segalanya",

Semoga aku, mak, pakwe dan maknyah di sihatkan tubuh badan dan dapat buat segala nya dengan sempurna.
amin ~