Saturday, December 17, 2011

Homestay Malim nawar

As salam

Kepada sesiapa yang ingin mencari rumah penginapan boleh la berkunjung ke Homestay kami ini.



Bertempat di KG TANJUNG BANGKUNG MALIM NAWAR
Keluasan 30" X 50"
Homestay bersuana kampung

Tel : 016- 2155067 (Sue) / 017-4612994 (Bahari)
(keselesaan Diutamakan)

Selesa dan Bersih
Berada di pekan Malim Nawar di antara Pekan Ipoh dan Pekan Kampar
Dekat dengan Pusat ILSAS Malim Nawar ( 500m sahaja)
Lokasi homestay yang berdekatan dengan Surau Kg Tg Bangkung
Berhampiran dengan kemudahan ATM (Maybank)
Berhampiran dengan kemudahan Pam Minyak ( Esso )
Terdapat kedai makan yang beroperasi 24jam di Pekan Malim Nawar
Boleh di sewa oleh staff2 TNB yang berkursus di ILSAS Malim Nawar.


Kelebihan di dlm rumah :-

* Kelengkapan perabot (semua baru)
* Ruang tamu yang besar
* Ada meja makan,mempunyai penghawa dingin di dalam bilik utama, peti ais, tv, dapur, cerek, katil, seterika, kipas , sofa dll
* Bilik tidur ada 2
* Bilik air 1
* Dapur yang selesa lengkap dan bersih
* Tempat letak kereta yang luas
* Bilik Pertama di lengkapi 2 katil double decker
* Bilik Kedua di lengkapi dengan set katil queen

Rm200 sehari (per day)
Jika customer menginap lebih dari 2 malam , customer akan di beri potongan harga.

p/s : Untuk tempahan (booking) bayaran hendaklah dijelaskan sebanyak 50% (RM100)



















Sunday, December 11, 2011

Kenduri Kesyukuran + angah bersunat + birthday Iman

Kenduri kesyukuran untuk kami bertiga bawah nih..
kami 3 stooges mak buyung
ikut kan due, kak ipar aku yg tudung biru tu yang bersalin dulu...
then aku lastly baru akak aku yang tengah tu
Kira nya tahun depan mak abah kita orang tambah cucu 4 orang sekali gus !
berderet plak tu... tahniah mak abah ! :)




sis aku yang tengah tu pregnant kembar .. 1st check up kembar 3 lagi !
check up seterusnya yang satu tu macam tak berapa jadi.
so, sekarang tinggal la dua je..
Harap semua nye mak2 buyung ni sihat & senang ketika melahirkan baby masing2
*nervous ooo*


Tu dia mak kesayangan aku yang sentiasa memberi sokongan tak kira time susah dan senang
thanks sgt2 bersusah payah dia masak kan untuk kenduri nih
love u mom !!


Ini plak party girl on that day
anak akak aku
Birthday yang ke 3 tahun Nurul Iman Syuhada aka Gendut <-- nick name yg aku bagi
Pandai kan dia pose ? pantang nampak paksu halakan DSLR budak nih !
Happy Birthday Iman , semoga menjadi anak yang pintar dan berguna di dunia dan akhirat sayang...


Ini mentua aku.. hensem bergayakan? weewitt! hahaha
thanks ayah .. mak kat belakang tu sbb datang bawak durian + pulasan + manggis + rambutan
untuk menantu gendut mu ini..

btw, utk pengetahuan korang .. sepanjang preggy ni aku jadi giler durian .. dari awal pregnant sampai la skang ni . Pantang nampak durian.. sekali makan bukan 3 ulas.. 3 bijik aku leh hadap weh. Jenuh di tahan2 dan di bising2 oleh encik suami.. mak abah sume

"elly, panas budak kat dalam tu.. tahan2 skit makan"

tu contoh ayat yang keluar.

siyes weii.. tak le tahan la nafsu aku yang ni. pepagi lagi dengan baju kelawar tak tukar
aku da hadap sensorang durian kat dapur..

atenyeeeeee...orang perak kan..
mana leh pisahkan doroyan dengan teman..
hehehe


Ni budak bersunat.. yang buat peace tu..
berjunjung bukan kemain lagi. dah macam orang kawin kauuu..
ada geng kompang Atok datang..
kelepakkkkkk2 kelepungggg2 lagi..

Ucapan untuk angah : Semoga cepat sihat & selamat melangkah ke alam baru

Sunday, December 11, 2011

Pengembaraan barang si kenit



Alhamdulillah
kandungan dah masuk 28week time ni !
12 week jer lagi tinggal ..
badan pun makin di pam2 macam belon.
berat pun dah cecah 80kg..
ayoyo tambhi !! bule kurus balik ka?

pengembaraan mencari barang2 si kenit pun dah bermula
shopping jangan tak shopping
memula ingat nak tunggu duit bonus..
tapi tetiba plak shopping awal guna duit gaji November ..hehe
excited la beb tengok baju2 barang2 sikenit ni
bukan aku jer yang excited, bakal 'yayah" pun semangat mengembara
sorang2 kat Sogo tue..
pandai plak tu shopping sensorang..

Semua kelengkapan mcm baju2 , set toiletries , napkin semua tu dah beli..
the last one yang kami shopping adalah car seat si kenit
untung sikenit aku .. belum kuar yayah dah belanja car seat !


kasih nya yayah pada anak .. segalanya di pikul pada bahu
si mummy hanya mampu membawa diri nya saja.. (tu pun kekadang tak lalu)
*mengah sentiasa*
hahahaha

Sunday, December 11, 2011

Spec mata Acu habis di gayakan !







Lama dah tak updated blog kan..
sungguh sekarang takde mood dan masa terlalu pack
dengan my tummy yang makin membesar nih..
tido je aktiviti yang paling best

hari ni ahad
aku lonely.. cik abe aku outstation ke Penang
belek-belek laptop ni
baru aku perasan gambar-gambar 3 raksasa kenit ni

Bukan main lagi dorang duk mengayakan cermin mata aku nih.
Siap berlako jadi orang tua lagi ye !

Bertuah punya bebudak !