Friday, March 18, 2011

90% sudah !

Segala persiapan hampir siap.
Terima kasih pada abah , mak , adik beradik yang banyak membantu serta melayan karenah adik bongsu mu ini.Tak sia-sia balik kampung minggu lepas dengan si dia,
2 hari balik kampung yang pack dengan schedule xtvt
Mana tak nya, seawal jam 7pagi hari Jumaat xtvt kami sudah bermula.
Pengembaraan di mulakan dengan menjamah breakfast mak buat iaitu kuih masalodeh dan karipap. Si dia asyik makan karipap yang mak saya buat ... haishh ( abes r kuih saya ! ;p)
Seteguk kopi je dapat di hirup, gara-gara masa yang agak suntuk untuk hantar anak sedara saya (sorry makcu terbangun lewat).

"Let's go sayang.. Pakai stokin , amik beg tu Awi " jerit kecil saya kepada anak sedara

Awi dengan muka monyok sebab tak dapat breakfast Tosai & Carrot Susu kat Mapley depan umah ni ! haishh kesian anak sedara makcu nih ..


Jam 7:25am, sepantas kilat jentera kuat bakal Paksu Awi ni tiba di luar pagar sekolah SK 1 Tapah , sepanjang perjalanan dari rumah ke sekolah pun Si Awi tak habes-habes puji kekuatan kereta Uncle Shahrul nye tu.. Cehhh ;p (jeles sekali lagi)
Di hulur RM5 ke tangan Awi, senyum sampai ke telinga terus .. Mesti Si Awi dah imagine nak beli apa time rehat hari tu .. hahaha

Adiknya si Awi , iaitu Si Iman hanya tersengih tak habes-habes sebab pepagi buta dah dapat ikut makcu & "charul" ( nama cumell untuk Uncle Shahrul)
Then, amik Kak Yang ( mak kepada Awi & Iman ) kat rumah dia, kat traffic light tetiba macam lapo balik..
haishhh .. nak melantak lagi la ni, aroma Mee Kicap Tapah berlegar-legar.
Pe lagi, dalam kata pukul 8pg nak tiba kat Klinik Kesihatan Bidor, ahaiii..
Pukul 9.30pg baru kami sampai.. banyak sangat Rehat & Rawat nya :)

Ekceli, berdebar jugak lah time nak buat Ujian Saringan HIV ni, bukan berdebar pe.. Takut sakit & banyak sangat ke dorang ni nak amek darah aku?? hahaha
Dah isi borang, menuju ke Lab, secoittt jer darah dia amik.
Alhamdulillah..
Kami dah lulus cemerlang di Ujian Saringan HIV
yeayyy!!!!

Test HIV sudah , misi seterusnya ke Butik Andaman Pengantin
untuk acara Fitting Baju Kawen !
Mak aii, bukan sonang rupo nya nak jadi raja sehari nih..
naik berlengas try baju ni, baju tu..
Tapi ada satu scene nih, aku cam nak nanges sebab pelamin pilihan aku dah sume orang book on that day.. Tinggal pelamin tahun Jepun masuk Malaya jerk !
Maybe Allah tu menguji aku supaya lebih bersabar kot.
Tapi , endingnya.. Aku dapat gak pelamin idaman aku tuhhh!!
Owner Butik datang bagitau set pelamin aku tu ada 1 set lagi kosong
Syukur !!!!
Acara Fitting Baju berjaya di tamatkan sebelum masuk waktu sembahyang Jumaat.
Kereta Uncle Charul ke kiri, kereta Kak Yang ke kanan
kami masing-masing berpisah untuk meneruskan perjalanan masing-masing


Sementara aku pulak,terus ke Kampar untuk mencari baju kaftan & bayar deposit live band untuk kenduri nanti.
Setiba je kat rumah. Ingat dah habis acara fitting baju.
Rupanya tidakk.. balik rumah kena fitting baju hadiah dari Mak & Abah untuk di pakai
harian menjelang hari bersejarah nanti. Untuk catering & canopy semua telah abah settlekan terlebih dahulu..
Thanks Mak Abah..

Malam tu plak, aktiviti aku dan abah untuk settlekan Borang Nikah Perempuan
Alhamdulillah..
Jumaat berlabuh menutup tirai nya ..


Cuti 2 hari ni jugak, Si Dia dan keluarganya juga pack dengan xtvt.
Satu family bergotong royong , bantu membantu mengecat rumah ..
Ehem..
nak sambut ketibaan Menantu Sulong kan..
lalalalalalaa


KESIMPULANNYA :

Kad Kahwin - DONE
Ujian Saringan HIV - DONE
Fitting Baju - DONE
Borang Nikah - DONE
Book Catering & Canopy - DONE
Goodies Tetamu & VVIP - DONE
Gubahan Hantaran - tengah buat , tggl touch up jerk :)


Esok plak nak g photoshoot Pre Wedding with Lakar Lensa
yeawwww~

ouhhh sungguh teruja..


-------------------------------------------------------------------

Ucapan Penghargaan kepada :
--------------------------------
1) Mak Abah - tak terhingga jasa-jasamu
2) Along & Kak Yan - Moral Support kepada aku
3) Anyah & Kak Nor - teman g beli goodies kat Nilai 3
4) Kak Yang, Awi & Iman - yg sentiasa menemani aku kemana sahaja. Thanks a lot " ibu "
5) Tunang tersayang - bagi tumpang blk kg naik keta laju dieee ;p










0 comments: