Thursday, September 09, 2010

Hukum Bertunang

Hukum Khitbah / Bertunang Dalam Islam


Hukum khitbah ini adalah "harus" tetapi Imam As-Syafie di dalam buku Mughni Almuhtaj mengatakan hukumnya adalah "al-istihbab / sunat". Dan Dr. Abd. Karim Zaidan di dalam buku Almufassal fi Ahkam Al Mar'ah mengatakan bahawa hukum "al-istihbab / sunat" ini lebih aula (utama / baik) dari hukum "harus" tadi.



Makna dan Hikmah / Kelebihan Bertunang


Khitbah / bertunang bermaksud muqaddimah atau permulaan kepada nikah / kahwin. Sesungguhnya Allah menjadikan khitbah sebagai salah satu dari syariat-syariat Agama Islam.

Bertunang memberi peluang kepada kita semua untuk berta'arruf / berkenalan dengan pasangan masing-masing dari segi zahir dan batin sebelum kita bernikah / berkahwin.




Dalil Disyariatkan Khitbah / Tunang


1) Hadis Rasulallah saw yang mafhumnya: " Tidak halal bagi kamu penjualan di atas penjualan orang lain dan tidak halal bagi kamu pertunangan di atas pertunangan orang lain".
Mengikut hadis ini kita faham bahwa kita tidak dibenarkan oleh syarak untuk meminang seseorang wanita / laki pabila wanita / laki itu sudah dipinang orang. Ini dalil dibolehkan 'khitbah' tetapi, dalil ini tidak 'soreh' / tidak terus (indirect). Ulamak dan orang-orang yang 'faqeh' / faham hukum-hakam mengambil hukum "boleh" khitbah dalam Islam dari sini. Khitbah dibolehkan dalam Islam, tetapi yang tidak bolehnya ialah meminang seseorang wanita / laki di atas pinangan orang lain.


2) Hadis dari Jabir bin Abdillah bahawa Rasulallah saw bersabda: " Apabila salah seorang dari kamu bertunang, maka jika sekiranya dia boleh melihat wanita itu hingga membawa kepada kehendak atau kemahuan untuk bernikah / kahwin, maka lakukan". Berkata Jabir (perawi) hadis ini: " Aku telah bertunang dengan wanita dari Bani Salamah, aku telah bersembunyi tanpa dilihat oleh wanita itu sehingga aku melihat sebahagian dari 'diri / tubuh badan' wanita itu yang boleh membawa kepada kehendak dan kemahuan aku untuk menikahi atau mengahwininya".


**Dua dalil di atas dipetik dan diambil dari buku Fiqh Assunnah oleh Syed Sabiq.


Mak Cu nak tunang dah ke ?
Siapa bakal Pakcu Ecah makcu??
.:: Hah ::.
Siapa ye bakal Inchek Tunang saya

0 comments: