Thursday, June 10, 2010

Lagenda Budak Setan ! Superbbbb ~



Bila tengok Novel kat atas tu,teringat zaman remaja gue dgn novel kegemaran Along.. Novel yang di tulis oleh Akhadiat Akashah. Memang superbbb dia nya jalan cerita. Semalam tercapai nak tengok movie yang di adaptasi dari Novel nih dengan yang tersayang..

Malas nak membebel panjang, jom terjah sinopsis cerita tentang " Lagenda Budak Setan" ~


Lakonan: Farid Kamil , Lisa Surihani (pelakon kesukaan cinta hati gue), Que Haidar, Raja Farah, Sheila Mambo
Pengarah : Sharad Sharan
Syarikat Penerbit : Astro Shaw Sdn. Bhd.


Kisah bermula dengan kenakalan Kasyah, seorang pelajar kolej yang sering membuli dan mengenakan pelajar lain, bersama beberapa rakannya. Sikap dan kenakalan Kasyah berubah dengan kehadiran pelajar baru, Ayu, yang menambat hati pemuda terbabit.

Hubungan Kasyah dan Ayu bertambah erat dengan bibit percintaan mulai bercambah. Pada semester akhir, Kasyah ke kawasan pedalaman bagi menjalankan kajian untuk tugasannya. Mereka tidak berhubungan dengan harapan Kasyah dapat menumpukan perhatian pada kajiannya.

Ketika pemergian Kasyah, bekas kekasih Ayu, Azmi, muncul menagih cinta. Azmi menggunakan kedudukan dan kemewahan keluarga bagi mempengaruhi ibu Ayu, Mak Leha, agar memujuk gadis itu berkahwin dengannya. Berpura-pura sakit tenat, ibu Ayu berjaya meminta anaknya berkahwin dengan Azmi, meskipun hatinya mencintai Kasyah.

Sebaik saja pulang ke kampus, Kasyah yang tidak mengetahui perkahwinan Ayu dan Azmi, terkejut dengan berita yang diterimanya itu.

Masa berlalu, rumah tangga Ayu dan Azmi berantakan lantaran sikap Azmi yang panas baran dan pemabuk. Ayu sering dipukul. Suatu malam, akibat tidak tahan dipukul Azmi, Ayu bertindak melarikan diri dari rumah dengan memandu kereta. Ayu hilang kawalan lalu terbabit dalam kemalangan. Ayu cedera parah dan dibawa ke hospital. Mukanya hancur dan terpaksa melakukan pembedahan plastik. Wajahnya berubah, tetapi dia pulih semula. Seterusnya Ayu menuntut perceraian.

Bersama wajah berbeza dan dengan trauma kehidupan lampau, Ayu kini bertekad untuk memulakan hidup baru. Bersama wajah barunya dan dengan pampasan perceraian, dia membuka syarikat perniagaan serta menampilkan diri sebagai Emilia. Menerusi Suzana, kawan rapatnya ketika di universiti, Kasyah diambil bekerja.

Kasyah yang mulanya tidak perasan kehadiran Ayu dalam diri Emilia, mulai berasakan sesuatu kerana persamaan yang dimiliki antara dua wanita itu. Emilia mendapati Kasyah masih setia menyintai Ayu. Melalui Suzana juga Kasyah mengetahui segalanya tentang Ayu / Emilia. Hubungan mereka kembali bertaut. Azmi yang sakit hati cuba mengagalkan hubungan itu kembali. Azmi sekali lagi meminta bantuan Mak Leha untuk memujuk Ayu / Emilia. Semasa di rumah Emilia, Azmi telah memukul Emilia dihadapan Mak Leha sehingga milia terjatuh dan tidak sedarkan diri. Emilia cedera parah di kepala dan hilang ingatan. Berbagai cara dilakukan oleh Kasyah dan Mak Leha untuk memulihakn ingatan namun belum berhasil. Emilia yang senakin pulih, akhirnya mengahwini Kasyah. Kebahagian yang diharapkan Kasyah tidak kekal lama. Ayu / Emilia meninggal dunia ketika melahirkan anak..


p/s : Mmg toching cau ini story, gue yg kasar ni pun leleh air mata.. Sedih :(

so,sediakan tisu banyak2 k ! kalau tade tisu , lap je kat tudung.. hik2 !









Write By :

0 comments: